Ahad, 20 Disember 2009

Kota Aur (gotong-royong)





Penduduk kampung mengadakan gotong-royong membaiki atap sebuah rumah yang didiami oleh ibu tunggal warga emas. Walaupun yang membantu tidak ramai seperti yang dijangka namun objektifnya tetap berjaya...SEMOGA KAMPUNG INI AMAN DAN MAKMUR..

Rabu, 9 September 2009

tamu ramadhan tamu Al-Quran

Dia mencipta dan Dia memilih. Dia bebas dengan kehendak dan mahuNya. DiciptaNya langit dan bumi, lalu dilayarkan lewat samudera masa dalam 12 bulan yang berulang – ulang. DipilihNya 4 daripadanya, lalu dinobatkan kemuliaannya sebagai bulan – bulan yang haram (mulia). Itulah pilihanNya sedari alam tercipta di tangan dan mahuNya.

Ramadhan adalah daripada 12 tetapi bukan daripada 4 yang terpilih oleh mahuNya itu. Ia terpinggir dari arus kemuliaan tetapi ia tiada gusar! Ia menanti dalam sabar dan rindu. Ia merindu dalam cinta dan tasbih. Saatnya nabi agung terutus, saatnya umat agung terbangkit, ia akan menari dan bersuka ria dalam malam tiada terperi.

Di malamnya, satu daripada 30, dari lapis langit ketujuh tersaksilah pada sekelian alam kejadian janji agung yang terkota oleh al Rabbul Jalil. Turun berjejeranlah dan berbanjar – banjarlah para malaikat Allah didepani 'al Ruuh' beralunan lunak tasbih dan tahmid, memuji dan memuja pada meraikan dan merayakan turunnya sebuah janji agung daripada empunya semesta alam, Rabbul alamiin.

Malam itu al Quran turun. Turunlah dari kota Lauh Mahfuz, dari utuh Ummil Kitab, dari sisi arasyNya yang agung. Turunlah ke lapis terbawah daripada langit yang terhias oleh jutaan bintik – bintik bintang bercahaya berkerdipan bagai lampu – lampu neon di majlis perajaan.

Ia malam penuh berkat. Diberkati dan memberkati. Malam Lailatul Qadr. Malam setanding seribu bulan, sejangkau 80 tahun hayat insani. Berimanlah, beramallah di malam terkota janji ganjaran seribu bulan dalam iman dan amal! Bertempiklah, bertakbirlah, manikam janji yang tidak terperi..

Satu malam yang memberkati 30 malam disekelilingnya. Malam – malam Ramadhan yang penuh keberkatan. Dia bertandang kepada kita, tetapi kitalah tetamunya, bukan dia tetamu kita. Dia menjamu dan kita dijamu sepuas – puasnya.

Al Quran turun dari langit diiring Jibril 'alaihissalam menuju insan teragung, Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam di gua Hira', gua tauhid dan kebenaran. Bacalah wahai Muhammad, dengan nama Tuhanmu..

Kita di bumi. Al Quran di langit. Ramadhan menarik langit ke bawah dan menolak bumi ke atas. Ramadhan adalah medan masa kita dan al Quran berjabat. Berpeganglah pada tali al Quran sekuat – kuatnya agar kita tidak jatuh ke bumi, ke lembah palsu dan plastik! Atau, al Quran diangkat langit dek tiada yang mengendahinya.

Kallaa! Tidak sesekali tidak! Inilah umat Muhammad. Tercipta untuk terpilih oleh mahu Empunya alam. Terpilih untuk menjadi pemegang amanah kalamNya yang suci dan yang agung hingga dunia digoncang janji dan ajal tuannya. Selagi umat Muhammad, selagi itulah al Quran dibaca, ditadabbur dan dilunaskan dalam medan amal dan perjuangan. Dalam hidup dan kehidupan..

Allah, Allah, Allah.. Aku tersyahdu menghirup al QuranMu. Jadikan aku hambaMu. Kerana aku hambaMu.

Selamat berkunjung ke qaryah Ramadhan. Kampung masa yang kudus dan khusyu' diterangi juntaian neon ayat – ayatNya yang memancar menerangi dunia yang kelam dan gelap.

(nikabduh.wordpress.com)

Jumaat, 12 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan

Posting yang kat bawah tu aku ambik kat blog seorang sahabat.aku tertarik dengan semangat & konsep UG tu.Tapi aku hairan jugak mengapa PAS tiba-tiba saja nak bergabung dengan UBN.Tak serik2 lagi ka.Lanie rakyat jelata dah tak mau dah kat UBN, tup-tup Presiden PAS pulak nak buat kerajaan perpaduan dengan UMNO.Pelik bin ajaib betul.Apa2 pun aku harap Malaysia akan terus maju dan sejahtera......

SEMANGAT ‘ UNITY GOVERNMENT ‘

01- Nas : i) Ani'budullah wajtanibut thoghut ( Beriman dgn Allah dan menjauhi thoghut ) … Al Qur'an .

ii) Amal ma'ruf nahi mungkar ( Menyeru kepad kebaikan dan mencegah kemungkaran) asas perpaduan … sumber Al Qur'an .
iii) Tegakkan agama ( Ad-deen ) dan memerintah dunia dengannya kerna Islamu yaklu wala yakla alaiah

02 – Pembelajaran mata pelajaran matematik dan sains menggunakan Bahasa Pengantar Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu ) sebagaimana peruntukan yang sediada dalam perlembagaan di samping memberikan kebebasan kepada Bahasa lain digunapakai .

03- 'Air Time' yang relevent dan sekukupnya diberikan kepada semua parti politik yang bertanding pilihanraya di dalam RTM melalui Ketua-Ketua parti menyatakan dasar,agenda dan manifesto parti masing-masing secara adil dan saksama kerna RTM bukan milik mana-mana parti dan pembayar cukai kepada kerajaan berhak untuk mendapat maklumat daripada semua pihak dengan maklumat yang jelas , betul dan tepat daripada mulut ketua-ketua parti yang bertanding bukan daripada mulut parti lawan yang disogokkan dan yang dipaksakan.dengan fakta fitnah dan pembohongan.

04- 'Air Time' yang releven dan adil untuk semua ketua-ketua kerajaan negeri iaitu MB dan Ketua Menteri untuk menyatakan dasar-dasar kerajaan Negeri masing-masing untuk di nilai dan di justifikasi oleh rakyat kemudian secara adil melalui peti undi. Penghapusan JKKKP(Persekutuan); Hapuskan 'kerajaan dalam kerajaan' mengikut PRINSIP FEDERALISMA yang menghormati wibawa dan prerogatif MB.

05- Siaran langsung keseluruhan sidang Parliamen dan Dewan Undangan Negeri dan siaran ulangan sepenuhnya tanpa sebarang'censorship' supaya rakyat bisa saksi siapa yang tidur , siapa yang bekerja dan layak sebagai wakil rakyat mereka.

06- Untuk menghapuskan sebarang keraguan ke atas SPR dan ketelusan serta ketulusan semua pihak; CHAP JARI ( DAKWAT ) digunapakai, semasa mengundi jika semua pihak jujur untuk hapuskan 'Pengundi Hantu" , penghapusan UNDI POS TENTERA dan pendaftaran pengundi yang cukup umur dan layak secara " ON-LINE'

07- Majlis Syura Ulamak Negara yang bebas dariapada belenggu mana-mana parti politik yang terdiri daripada golongan ulama', profesyenal, dan pakar-pakar seperti jurutera, hakim, doktor , peguam, intelektual , professor, saintis, researcher dsb yang diketuai oleh Mursyidul Am yang bertindak sebagai ketua AL HISBAH yang bertanggungjawab langsung kepada Parliamen( DYMM AGONG ) bukan kepada PM atau Kabinet selaku PENGAWAL SELIA NEGARA ke atas perjalanan pemerintahan berjalan secara telus, tiada salahgunakan kuasa, nepotisma, kronisma, korupsi dan penyelewengan dengan menerapkan nilai -nilai sejagat dan universal sebagaimana yang dituntut dan diperintahkan di dalam KITABULLAH DAN ASSUNNAH sebagai ASAS FUNDAMENTAL yang ternyata cukup sesuai dengan FITRAH semulajadi kejadian manusia. ISLAM UNTUK SEMUA ( RAHMATAN LIL ALAMIN ) tanpa mengira kaum, ras, etnik, agama, ideologi dan pegangan ; JUSTICE 4 ALL insya Allah

KONSEP ‘ UNITY GOVERNMENT ‘

01 Speaker mengatasi kehakiman kerna beliau adalah Ketua Badan Perundangan yg menggubal undang-undang samada di dalam State Assembly" ( Dewan Undangan Negeri ) maupun di dalam Parliament ( Dewan Rakyat ) seperti yang dijamin di dalam perlembagaan.

02 'Unity Government" bermakna Satu Kerajaan Tiada Pembangkang. Semua parliamentarians adalah anggota kerajaan kerna elaun mereka dibayar oleh kerajaan ( Rakyat) bukan parti yang diwakili. Namun status dan identiti kekal seperti sediaada. Tiada sebarang perubahan dari segi konsep dan prinsip perjuangan parti masing-masing. dan ianya bukannya menjadi 'Coalition Government" ( Kerajaan Campuran ) maupun 'National Front" BN atau Pakatan Rakyat. Konsepnya berlainan samasekali sebab 'Unity Government" sebenarnya pada hakikatnya gugur BN, gugur Pakatan tegak RAKYAT.
.
03. Tiada lagi wakil BN atau Pakatan. Semuanya adalah wakil rakyat Malaysia bukan lagi wakil parti. 'Mind -set " parliamentarians kena berubah kerna tatkala mengangkat sumpah sebagai parliamentarians gugur habis pengaruh dan kongkongan kepartaian kerana semua anggota parliament dalam Dewan Rakyat yang mulia ini adalah bertaraf sama sahaja, yakni, ANGGOTA KERAJAAN ( PILIHAN RAKYAT ) yakni, selaku WAKIL RAKYAT BUKAN LAGI WAKIL PARTI. Justeru kerna, rakyatlah sebenarnya yang membayar elaun mereka dan yang pasti bukannya daripada sumber parti. Justeru itu, yang ada hanyalah Kerajaan Perpaduan (Rakyat ) bukannya kerajaan Parti BN atau Pakatan.

04 Bukan parti yang bayar elaun parliamentarians tetapi kerajaan Malaysia (Government Revenue). Justeru itu, di dalam parliament; tiada parti pemerintah dan tiada parti pembangkang. Semua parti gugur dan ahli parliament semua parti tiada lagi terikat dengan parti masing-masing, BEBAS daripada sebarang ikatan dan kongkongan parti (parti hanya digunapakat sewaktu pilihanraya sahaja ). Bila menang dan angkat sumpah selaku anggota parliament Malaysia, automatis gugur parti dan element kepartaian dalam parliament justeru kerna semua sudah menjadi angota kerajaan perpaduan belaka , satu negara , satu warga. Sudah bersumpah berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira parti lagi. Bahkan bukan lagi boleh dianggap sebagai wakil parti kerna persidangan di Parliament bukan lagi mesyuarat Bahagian atau Kawasn parti masing-masing. Tenyata di dalam Parliament; parti bukanlah kerajaan dan kerajaan bukanlah parti; tetapi kesemua parliamentarians adalah anggota kerajaan Perpaduan ( Rakyat ) bukan lagi boleh dinisbahkan sebagai wakil parti lagi.

05 Justeru itu, tiada perlu lagi ISA untuk tangkap pembangkang tanpa bicara , Akta Percetakan sekat akbar pembangkang, Akta Universit/Kolej sekat pelajar sokong pembangkang ( Di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang amalan konsep gunapakai sekarang Umno/BN adalah pembangkang ) Kesemua akta draconion ini dimansuhkan kerna di dalam dewan mengikut Konsep 'Unity Government" sudah tiada lagi parti pembangkang tetapi kesemua ahli parliament pada hakikatnya datang dari rakyat , kepada rakyat, untuk rakyat; yakni untuk semua rakyat malaysia , mana ada parti lagi mengikut konsep dan sumpah selaku wakil rakyat.

06 SEMUA PARLIAMENTARIANS ADALAH ANGGOTA KERAJAAN YAND DIPILIH RAKYAT SATU KERAJAAN (KERAJAAN PERPADUAN /RAKYAT ) THE PEOPLE'S GOVERNMENT NO MORE BN OR PAKATAN; Satu Negara, Satu Kerajaan dan Satu Rakyat ( Warga ) yang SAMA

07 'Wakil Rakyat BN' atau ' Pakatan' boleh kritik parliamentarians dari parti masing-masing dlm berhujjah kerna pada hakikat dan konsepnya tiada lagi wujud parti di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Justeru , nama pun DEWAN RAKYAT bukannya Dewan BN atau Dewan Pakatan.

08. PM bukanlah Presiden Parti di dalam Dewan Rakyat, tetapi PM rakyat Malaysia. Tiada lagi parti dan gugur-mansuh kepentingan parti dan element-element kepartaian kerna yang ada hanyalah KEPENTINGAN RAKYAT,AGAMA DAN BANGSA : MENEGAKKAN NAFIDEENILLAHU DAN MEMERINTAH DUNIA DENGANNYA;

Nescaya bisa tertegaknya Insya Allah Hu Negara Baidatun Thoiyibatun Warobbun Ghafur( " Negara yang makmur , aman damai dan mendapat keredhaan Allah Hu Ta'ala.

09. PSRM, SPR, Jabatan Pendafaran Negara, IGP, Peguam Negara, Hakim Negara, Pengarah Penjara, Audit Negara, Akauntan Negara, Ketua Tulus Tentera, dalam 'Unity Government" bebas lepas daripada 'Ketiak" atau sebarang pengaruh PM sebaliknya diletakkan seratus peratus dibawah kuasa Parliament ( DYMM Agong ) Justuru , ruang lingkup sistem pemerintahan negara dalam 'Uniy Government" Insya Alla Hu Ta'ala, dengan petunjuknya bisa menjadi telus, berwibawa dan berintegrity tinggi kerna tiada amalan-amalan ' Bias" dan berkepentingan Kroni bisa bertapak kerna PM ,Peguam Negara, Hakim serta pegawai tertinggi kerajaan sendiri bisa di bawa ke muka pengadilan ( Mahkamah ) jika berlaku korupsi, salah guna kuasa dan penyelewengan tanpa sebarang imunity atau perlindungan politik . Rakyat bisa bicara bebas tanpa budaya takut ISA yag dipaksakan utk menyambung talian hayat 'parti pemerintah' dan negara akan berkembang maju dan makmur insya Alla hu tanpa rasuah politik dan budaya kronisma. Jika ada element yg mengancam negara bawa sahaja ke mahkamah terbuka atau dakwa bawah Akta Hasutan yg boleh bela-diri bukannay di cekup bawah ISA yang ternyata zalim, primitif , tiada bertamadun dan ketinggalan zaman.

10. 'Unity Government" juga bererti ; Tiada lagi campur tangan PM ke atas kehakiman (sudisciary ), atau kehakiman ke atas badan perundangan/Legislatif ( Speaker ). tetapi berlakumnya ' Separation of Powers " secara teori dan praktis ke atas tiga cabang Pemisahan Kuasa iaitu :

i] Judiciary (badan Kehakiman )
ii)]Badan Eksekutif dan
iii] Legislative ( Badan Perundangan ) 3 IN 1 yang kembali kepada yang maha ESA yakni KITABULLAH dan ASUNNAH.

THE ABSOLUTE LAW GIVER dan parliamen membolehkan AKta Hudud di perundangkan supaya HUDUD KISOS TA'AZIR boleh terlaksa kerana ' la ikro hafideen " (Tidak ada paksaan dalam agama /" There's No Compulsion In Religion) Hudud just meant for the muslims only n non-muslim could be abide to the present civil Law. Parliamen juga menerima pakai SISTEM KEWANGAN DINAR sebagai penyelesaian 'Global Economic Recession' bebas-lepas daripada sistem kewangan riba, laba dan cengkaman kapitalisma monopolisma.

**********************************

Rabu, 13 Mei 2009

Ulu Muda. - Sg Besar








Barang2 yang dibawa.















Inilah kenderaan kami,enjin V10...Walaupun jeram2 yang ada kat sini agak bahaya, namun kami dapat juga mengharunginya...syabas kpada pemandu bot...










Cantik tempat nie...Bukan senang nak smpai sini.Bagi yang inginkan kedamaian,keindahan alam semulajadi ini adalah tempatnya.Tempat yang tiada pencemaran.Banyak lagi gambar ni tapi berokband buat hal la..tapi tak pa akan di pastikan semua gambar yang diambil akan di upload...sabar yea...





Isnin, 4 Mei 2009

PERANGI LUMBA HARAM........

Orang ramai kena bantu banteras lumba haram

BERMULA 1 Mei lalu, polis melancarkan operasi bersepadu secara besar-besaran untuk menangani kegiatan lumba haram dan jenayah membabitkan pengguna motosikal. Operasi itu bakal berlangsung selama tiga bulan. Sama-sama kita membantu pihak polis agar usaha ini dapat mengurangkan gejala lumba haram.

Orang ramai boleh membantu dengan menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan memaklumkan lokasi lumba haram atau mengawasi dan menasihati anak masing-masing atau sanak saudara supaya menghindari kegiatan berkenaan.

Kegiatan lumba haram dan gejala mat rempit yang semakin menjadi-jadi menimbulkan kegelisahan dan kebimbangan anggota masyarakat. Tambahan pula, mereka yang terbabit adalah remaja belasan tahun.

Orang ramai juga bimbang untuk berhadapan kumpulan itu yang bertindak ganas jika ditegur.

Pihak berkuasa juga kadang-kadang turut menjadi mangsa mereka yang nampaknya tidak takut dengan undang-undang. Akhbar ini pada 1 Mei lalu turut melaporkan seorang anggota polis trafik cedera selepas dilanggar mat rempit yang cuba melarikan diri daripada 'Ops Lejang' di Lunas, Kulim, Kedah.

Tindakan polis melancarkan operasi selama tiga bulan ini juga berikutan peningkatan kemalangan yang membabitkan pengguna motosikal khususnya golongan muda terutama yang masih bersekolah.

Sikap masyarakat yang kurang prihatin juga menjadikan masalah itu semakin serius.

Orang ramai tidak menganggap masalah itu sebagai masalah sendiri selagi tidak ada ahli keluarga yang terbabit sehingga tidak mahu membuat laporan jika melihat kegiatan lumba haram di kawasan masing-masing.

Keadaan itu menyebabkan polis sukar untuk menahan mereka yang terbabit dalam kegiatan negatif berkenaan.

Antara tindakan yang sangat penting untuk dilaksanakan bersama ialah mendidik golongan muda yang masih berada di bangku sekolah mengenai bahaya serta risiko yang berkaitan dengan lumba haram.

Ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sekolah memandu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan polis perlu duduk semeja berbincang bagi tujuan mengenal pasti strategi jangka panjang untuk mendidik remaja agar menjauhkan diri daripada lumba haram.

Harapan kita semoga dalam tempoh lima hingga 10 tahun yang akan datang, negara kita bebas daripada gejala lumba haram serta kegiatan jenayah yang berkaitan seperti rompakan, samun, ragut, dan pergaduhan termasuk menyerang pengguna jalan raya yang lain.

DR SHAIFUL ANNUAR KHALID,
Pensyarah Kanan
UiTM Perlis.

Kedahlanie.blogsport.com

Ahad, 3 Mei 2009

MENYUSOR JALAN PINTAS, TETAPI BERLIKU......

MENYUSOR JALAN PINTAS, TETAPI BERLIKU
– DURI PEDUKANG KEPALA BUSOK; HAKIKAT UM No-BN DI PERAK.

Silih berganti naik turunnya mentari, pasti berlakunya kemaraan hari dan tarikh menjadi tua dan meningkatnya setiap usia dan umor dari semua jenis mahluk sedunia, dalam bumi, di mana mana juga . Semuanya tidak ada kuasa diatas dunia fana ini mampu mengganggu sanggah kerja Allah ini. Walau sekalipun seluruh manusia dunia dan di planet, hatta dengan kuasa besar dunia bertindak bersatu minda dan bersatu tenaga dan kekuatan untuk menghalang tuanya umur dan usia dunia dari terus berpusing dan beredar, mengikut perentah arahan Allah. Sesungguhnya pastilah, tidak temampu dilakukan oleh manusia.

Ianya pasti berlaku samada mau atau manusia menolak, mengeluh dan menafikannya. Sebagaimana tabie keatas perubahan berlaku kepada setiap perempuan, perubahan dari kanak-kanak menjadi dara sunti, remaja berpinggang kerengga, monipus dan tua usia, menjadi ketakutan wanita. Ketakutan yang tidak dapat di elak dan melarikan diri. Ianya pasti akan di hadapi. Maka sanya ketakutan dan kengerian begitulah yang melanda UM No-BN negeri Perak Darul Redzuan sejak 6 Februari 2009 sehinggalah disaat saya membicara rencana ini.

UM No-BN menghadapi dan berdepan dengan ketakutan dan badi musibah yang akan terus menghampiri dan menghantui diri dan punak pribadi Zambry mamak pedukang. Samalah juga umpama ketakutan hakiki dan ngeri sekali dengan menyebut sahaja Altantuya Shaaribu dan peledak C4 dikalangan pimpinan utama negara mengikut berita dan ceritanya. Apalagi beban memikul serta cuba menjalankan kerja-kerja tugas haram MB haram dari produk haram rampasankuasa yang dikepalai oleh kepimpinan utama negara lanie iaitu DS Najib dan Menteri Pertahanan DS Dr Ahmad Zahid Hamidi keatas negeri Perak Darul Redzuan.

Begitulah episod kerja-kerja rampasan kuasa haram dan episod menaja penubuhan kerajaan haram UM No-BN sejak 6 Februari 2009 dalam penuh peristiwa yang penuh dramatis. Umpama Zorro dan paling tidak ala Rambbo telah berlaku di Negeri Perak Darul Redzuan. MB haram UM No-BN yang haram itu, umpama sembilang pedukang hidup yang di kelar-kelar badannya, dalam memikul bangkai bewak hidup yang ditinggalkan kepadanya oleh kepala perampas kuasa yang cemar dan mencemarkan. Itu PM DS Najib dan M Pertahanan DS Ahmad Zahid Hamidi. Sebaik-baik mereka berdua di pileh oleh ahli-ahli UM No menjawat peneraju utama dan penguasa mutlak ke3 rangking-haraki genggaman penguasaan dalam UM No baru-baru ini.

Diantara langkah awal dan tindakkan sulong adalah melepaskan reba dan duri kerkuk, beban diri terus keluar serta bebaskan dari memikul - cursed black stone - batu hitam sial dan sumpahan rakyat Perak keatas mereka berdua. Iaitu melarikan diri dari tanggungjawab hasil perancanaan kerja cemar haram lagi buruk cemar, dalam sesi kronologi merampas kuasa yang tidak dapat diselesaikan di Perak. Sekalipun UM No-BN dikelilingi immuniti yang pakej komplek di dapati mereka UM No- BN. MB haram mamak pedukang, dalam kerjausaha untuk menimbul dan mewangikan bangkai yang menusuk dirinya sebagai MB haram dan kerajaan UM nO-BN haramnya, yang terpaksa pula berdepan dengan tarikh lupus – tamat.

Maka bertambah ketar dan menggigil, macam gila babi sampai usaha mendapatkan pertolongan dari para dukon, pawang dan bomoh untuk pelimun ADUN dikalangan Kerajaan Sah PR. Keliru dan bercelarunya untuk mendapat pengesahan dari mahkamah untuk menghalalkan haram jawatan MB yang disandangnya yang telah berlanjutan 3 bulan. Rakyat telah kotakan menolak dan kelongkangkan MB haram ini bersekali kerajaan haram UM No-BN dalam referendum rakyat di PRK P.59 Bukit Gantang pada 7 April yang lepas.Rakyat Perak tengoklah betapa celaru dan kelirunya apabila jalan pintas dikehendaki MB haram Zambry di mahkamah terhadap saman Zambry.

Tetapi Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengenai siapa menteri besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi. Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebulat suara memutuskan wujud pertikaian fakta dalam dua afidavit yang diikrarkan oleh Mohd Nizar dan Penasihat Undang-undangan Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid. Prosiding untuk meneliti afidavit Ahmad Kamal akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim pada hari Isnin. Ini merupakan kali kedua kes itu dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi.

Kali pertama ialah pada 23 Mac apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan isu membabitkan tafsiran Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi dan hanya boleh dirujuk semula ke Mahkamah Persekutuan melalui rayuan. Hakim-hakim tersebut dijadual mendengar permohonan Zambry, yang difailkan pada 21 April, untuk memohon pengisytiharan bahawa beliau adalah menteri besar yang sah didengar di Mahkamah Tinggi minggu ini. Jelas percanggahan antara apa yang diikrarkan oleh Ahmad Kamal dalam afidavitnya dengan apa yang sebenarnya berlaku dalam pertemuan antara Mohd Nizar dan Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada 4 Februari 2009.

"Saya menegaskan bahawa semasa saya menghadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan, saya tidak pernah menyatakan dan tidak memaklumkan, dan tidak pernah mencadangkan kepada DYMM Sultan bahawa terdapatnya kehilangan kepercayaan terhadap saya sebagai Menteri Besar oleh majoriti ahli-ahli DUN. Saya juga tidak pernah mencadangkan kepada DYMM Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri selaras dengan Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak. "Merujuk kepada afidavit penasihat undang-undang, saya menyatakan bahawa versi Datuk Ahmad Kamal berkenaan apa yang telah berlaku adalah salah dan tidak tepat," kata Sulaiman ketika membacakan afidavit yang diikrarkan oleh Mohammad Nizar.

Beliau juga berhujah Ahmad Kamal telah mewakili Zambry apabila kes itu disebut di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof pada 18 Februari. "Datuk Kamal telah mewakili Zambry dan ini jelas menunjukkan yang beliau tidak bersikap berkecuali," kata Sulaiman. Justeru di luar mahkamah, Mohd Nizar berkata ia mengharapkan bahawa keputusan hari ini adalah petanda yang krisis politik Perak akan dapat mencapai penyelesaian muktamad. "Saya harap persidangan Dewan Undangan Negeri 7 Mei ini ditangguhkan sehingga pertikaian ini diselesaikan di Mahkamah Tinggi. Tidak perlulah kita tergesa-gesa (untuk membuat persidangan itu)

Apa yang berligar di Perak sekarang ini, adalah rentetan mempertahankan kerajaan haram UM No-BN Perak yang bermenteri besar haram mamak pedukang Zambry yang akan berhadapan dengan lupus umur persidangan DUN Perak yang sampai tahap wajib. Mamak pedukang MB haram bukan saja bergelut menyembah susun jari merokok memohon dan meminta restu sokongan rakyat rakyat, sebagaimana rukuknya jenis manusia hipokrit mantan MB Perlis Shahidan Kassim mengucup tangan PM iaitu kepala perampas kuasa di Perak baru-baru ini, yang memual lagi memuntahkan seperti muntah badang. Gelagat pemuka, pengampu UM No untuk terus mencengkam menjadi lanun negeri dan negara. Sama-samalah melihat mereka ini.

Samalah saya umpama dan kiaskan disini, akan apa yang telah dikerjakan oleh DS Naib dalam mengepalai merampaskuasa dan menubuh kerajaan haram UM No-BN yang ditolak oleh sekelian rakyat kerana menjatuhkan kerajaan PR yang dipileh oleh rakyat melalui PRU12. Samalah saorang itu mendirikan solat tanpa berwuzuk. Pakaikanlah pakaian tutup aurat macammana sekalipun mengikut sunah Rasulallah serta bermandi minyat atar (menggunakan jubah dan minyak attar curi). Rakaat pertama khatam surah Al Baqarah dan rakaat kedua khatam surah Yusof, penuh dengan khusyuk bacaan. Tetapi solat itu tetap tidak sah kerana ianya tidak dalam berkeadaan berwuzuk dalam keadaan sedar mendirikan solat.

Begitulah cara menubuh kerajaan UM No-BN adalah menerusi melanun haram rampasankuasa. Menubuhkan kerajaan juga sudahpasti kerajaan haram UM No-BN secara merampaskuasa juga. Maka pastilah akan berlanjutanlah kerja-kerja haram yang melanggar perlembagaan dan undang-undang negeri Perak akan dihadapi oleh MB haram Zambry dari UM No-BN. Mereka pasti membelakang kelangit, perentah-perentah mahkamah yang cuba menyekat kehendak nafsu serakah Zambry mamak pedukang disaat ia perlu mendapat pengesahan mahkamah tentang suci bersih dirinya. Termasuk beliau maseh percaya fungsi DUN mesti dihidupkan untuk umurnya berbaki sebagai MB haram jadah yang dipegangnya hampir mencecah 3 bulan yakni kurang 3 hari.

Sebaik dukun dan pawang memutuskan, sebelum hasil jampi serapah langkah penyelamat mengikut menghalalkan cara adalah puleh dan mesti berada didewan sebelum luput luput edah. Maka MB haram akan terus menjanakan kerja-kerja haram untuk menyelamatkan jawatan haram yang disandangkanya itu. Iaitu Barisan Nasional (BN) Perak telah mengemukakan usul untuk memecat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN), V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat apabila ia akan bersidang 7 Mei ini.Bagaimanapun, Pakatan membantah keputusan tersebut atas alasan Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, yang kini digantung tugas, telah mengeluarkan surat berkaitan dengan usul undi tidak percaya untuk memecat Speaker.


"Surat itu menyatakan Zambry (Menteri Besar Perak) dan kerajaan BN negeri akan mengemukakan satu usul undi tidak percaya untuk pecat Speaker (Sivakumar). "Usul itu tidak sah kerana dia (Abdullah Antong Sabri) telah digantung tugas oleh Speaker,"katanya kepada mStar Online hari ini.Tegasnya, surat tersebut jelas menghina Speaker kerana Sivakumar tidak diberitahu mengenai usul berkenaan. "Mereka perlu rujuk dan beritahu kepada Speaker dahulu. Tapi mereka (BN Perak) buat macam itu,"katanya.Ngeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beruas berkata, BN Perak tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya dalam isu tersebut."Bagi saya ini tidak betul dan surat yang dikeluarkan ini jelas menunjukkan kerajaan BN tidak ikut undang-undang.

MB haram membuat keputusan terdesaK dan sesak nafas kerana dihadapannya adalah jurang dalam beracun sedang menunggu serta ledakkan peletup lebeh dahshat dari C4 akan UM No-BN menghadapinya. Iaitu DUN Perak akan luput tarikh kalau tidak diadakan persidangan genap 6 bulan pada 13 Mei ini. Diatas fktor itulah MB haram UM No menjadi keruan dan gila haluan dan gila dalam tindakkan disudut menyelamat keadaan dan menyelamatkan diri dan kerajaan haram terus berfungsi haramnya. kalau tidak silap saya. Menteri Besar haram UM No-BN Perak, Datuk Zambry Abdul Kadir memanggil sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak melalui pintu istana dan Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak melalui arahan dan panggilan Speaker melalui notis lazim dibuat.

Persidangan DUN kali ini perlu diadakan sebelum 13 Mei ini dan Speaker boleh memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN sekiranya persidangan tidak dilangsungkan menjelang tarikh berkenaan. Mamak pedukang terus tidak menghurmati dan mematuhi, wajib baginya patuhkan setelah mahkamah putuskan kedudukkan haramnya menjawat MB haram yang akan dibicarakan pada 4 atau 5 Mei 2009 iaitu besok atau lusa. Tetapi penjenayah tidak berpegang kepada undang-undang dan peraturan. Sebab itulah haram pekerjaan, haramlah juga jalan keluar dicari dan di temui mamak pedukang Zambry cambry pada 7 Mei 2009 ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak perlu bersidang pada 7 Mei ini walaupun kes semakan kehakiman mengenai siapa Menteri Besar yang sah yang difailkan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih belum diputuskan mahkamah. Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ini kerana kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak adalah sah selagi mahkamah tidak membuat apaapa keputusan berkenaan pelantikan beliau ke jawatan itu."Tuan Yang Dipertua Dewan mesti mengiktiraf dan menghormati pelantikan kami sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Untuk mengenjur dan melanjutkan kerajaan haramnya dan jawatan haramnya menjawat MB haram, maka istana terus digunkan oleh mamak pedukang ini. "Sebagai Menteri Besar, kita memberi pandangan dan kuasa yang terakhir untuk menentukan bila tarikh persidangan dewan diadakan ialah Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Sultan yang menentukan tarikh itu (7 Mei)," katanya. Sementara itu, Zambry berkata beliau menerima dan menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya semalam yang menolak notis usul yang difailkan beliau di bawah Fasal 63 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.


Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff memutuskan bahawa pertikaian antara Zambry dan Mohammad Nizar mengenai siapa Menteri Besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi. Zambry berkata beliau sentiasa berpegang kepada prinsip keadilan mahkamah walaupun keputusan-keputusan yang dibuat tidak Zambry berkata, tindakannya memfailkan notis usul berkenaan adalah untuk mendapatkan penyelesaian muktamad bagi menentukan kesahihan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar yang telah dicabar oleh Mohammad Nizar.


Rakyat ingin melihat mahkamah dalam sesi perbicaraan di Mahkamah tinggi untuk mahkamah dalam membuat keputusan Menteri Besar Haram UM No-BN dijadikan halal menerusi pintu mahkamah sekali pun rakyat telah menolak menyatakan ianya kerajaan haram rampasan kuasa dan Menteri Besar haram dan diterjermahkan tutas di PRK P.59 Bukit Gantang melalui referendum dan melalui bukit Selambau.

Sama-samalah kita saksikan untuk besuk Selasa 4 Mei, lusa Rabu 5 Mei dan tulat 6 Mei yakni hari perbicaraan di MT fasal MB haram sekarang di Perak. Bagaimana kesnya yang berserabut macam akar serabut dan cacing kerawit mampu beliau untuk memintas secara haram dengan melalui pintu istana memohon ehsan atau paksaan untuk membuka pintu DUN PDR melalui cara-cara haram dan hitam bermesyurat wajib.

Kita tunggu dan kita saksikan kronologi yang berikutnya.

Rencna di buat oleh: Ibn Abdullah Al Awab.

Isnin - 3 Mei 2009 jam 3.10ptg.

Jumaat, 1 Mei 2009

TANGKI AIR HIASAN KEDA...........






Betoi ka nie...itulah perkataan yang keluaq dari mulut merbau apabila seorng sahabat menceritakan masalahnya.Sahabat merbau itu dudk kat perumahan KEDA Kota Aur.Sudah 12 tahun dia dok kat situ.Masalahnya perumahan itu tak air.Walaupun ada tangki air yang besar tapi tangki tu sekadar hiasan saja.Tak boleh guna pun.Macam2 dah depa buat tapi semuanya hampehhhhhhh......



Merbau pun rasa kesian jugak kat depa.Bayangkanlah dia kata dia dok kat situ 12 tahun dah cerita tak dak ayaq ini sebelum dia mai dok kat situ lagi.Makna kata cerita tak dak ayaq ni lebih 12 tahun la..



Merbau hairan jugak,kampung tu kawasan tadahan ayaq untuk empangan ulu muda tapi perumahan depa tak da ayaq.Harap2 pihak yang berkenaan dapat menyelesaikan masalah yang bertahun-tahun dah ni....



PENDUDUK PULAU LANGKAWI TAGIH JANJI KEM. KESIHATAN.....

CHANDEK KURA - Janji tinggal janji, bot ambulans yang dijanjikan kepada penduduk Langkawi masih belum diperoleh seperti mana janji Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkannya bagi keperluan kecemasan di pulau ini.

Ketua Parti Pakatan Rakyat (PKR) Wan Salleh wan Isa mendesak KKM supaya menyegerakan kehadiran bot ambulans di pulau berkenaan.

Menurutnya, bot tersebut dijanjikan pada 1 April lalu namun sehingga sekarang ia gagal diperoleh.

"Dahulu kita nak buat, mereka juga nak buat, tetapi sehingga sekarang belum ada lagi, jangan menabur janji sekiranya tidak dapat ditunaikan.

"Keperluan bot ini sangat penting kepada penduduk Langkawi, banyak kejadian telah berlaku atas ketiadaan bot ini," katanya ketika melawat penduduk di Chandek Kura.

Wan Salleh berkata, parti Pakatan Rakyat (PR) kini berusaha mendapatkan bot mayat bagi urusan penghantaran jenazah dari pulau ini ke Kuala Kedah atau Kuala Perlis.

Menurutnya, PR akan berusaha mendapatkan bot mayat berukuran 10 meter yang diubah suai pada Ogos nanti.

"Kami masih di peringkat mengenal pasti bot mayat yang sesuai memandangkan bot itu harus dilengkapi dengan ruang penyimpanan mayat yang selamat," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Rokiah Saidin, 40, berkata, mengikut pengalamannya sendiri dia pernah berhadapan dengan situasi kecemasan sedemikian.

"Jenazah di Alor Setar pada jam 8 malam, disebabkan ketiadaan bot, jadi kami terpaksa menunggu keesokan harinya, pada jam 6 pagi baru jenazah dibawa ke Langkawi.

"Kami terpaksa meminjam duit daripada saudara mara dan jiran tetangga bagi membayar kos penyewaan bot tambang untuk penghantaran jenazah tersebut," katanya.

Seorang lagi penduduk, Firdaus Ali, 28, kecewa dengan janji yang ditaburkan kepada seluruh penduduk di pulau ini.

"Kami mengharap sangat bot ambulans dan bot mayat ini dan mengikut pengalaman kami sekeluarga, suatu ketika dahulu kami terpaksa mengeluarkan kos RM800 untuk menyewa bot tambang.

"Sudahlah keluarga diselubungi kesedihan ditambah pula terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk pengurusan jenazah," katanya.


 


 

kalau tak mampu jangan berjanji........

Buat rakyat sakit ati ja.......

Lanie sapa yang susah.........

Rakyat lanie cheredik dah.......

Jangan sampai rakyat langkawi tak mau kat hangpa dah........


 

Khamis, 30 April 2009

RM 130 SEBULAN CUKUP KA...



 


120,000 PESARA GLC TERIMA PENCEN RM130
– berita hairan


KUALA LUMPUR: Kira-kira 400,000 ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) kecewa dengan sikap pengurusan syarikat mereka yang mengabaikan kebajikan pekerja dengan membayar pencen serendah RM130 sebulan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak kesatuan itu, Mohamed Shafie BP Mammal, berkata bayaran rendah di bawah kategori paras kemiskinan itu tidak munasabah pada masa sekarang, lebih-lebih lagi ketika dunia dilanda krisis kewangan.

Beliau berkata, bayaran pencen itu terlalu rendah berbanding pencen minima kakitangan kerajaan iaitu RM720 sebulan.

Dianggarkan kira-kira 30 peratus atau 120,000 ahli kesatuan itu yang mewakili 80 GLC di seluruh negara menerima bayaran pencen RM130 sebulan meskipun berkhidmat lebih 25 tahun.


 


 

Rasa macam tak pecaya plak...

rm130 sebulan.!!!!!..........

nak mentekedarah apa............

terok betoi la depa nie........

kat depa berjuta-juta.......

memang peragai yahudi sungguh depa nie...........

MENGENAL KAPITALISMA GLOBAL.......


 

Minggu ini kita terbaca bagaimana Najib Razak terpaksa membuka lagi pasaran Malaysia kepada syarikat multinasional. Kaum pemodal luar negara kini dibenarkan membawa masuk modal untuk melabor dalam 27 subsektor termasuk juga bank dan hospital. Kalau dulu pelaboran luar hanya dibenarkan memiliki kepentingan pelaboran tidak lebih dari 30% kini dinding dan atap itu telah diruntuh.

Ini buktinya bagaimana perancangan kapitalisma global telah berjaya untuk memindahkan harta kekayaan rakyat dari Asia, Afrika dan Amerika Latin ke saku para banker dan pemodal Anglo-Amerika. Inilah buktinya bagaimana dasar pasaran terbuka dapat menerbus masuk ke dalam Dunia Ketiga.

Hujah memberi peluang pekerjaan selalu digunakan sebagai khidmat yang akan kita terima jika kaum pemodal antarabangsa ini masuk melabor. Kapitalis antarabangsa ini juga dikatakan akan membawa modal. Apakah ini betul ? Untuk memahami mari kita melihat dan memahami kembali apa itu duit dan apa itu modal.

Seperti yang telah saya terangkan dahulu duit yang kita gunakan ini adalah fiat money - kertas yang nilainya dipaksakan ke atas kita. Kertas ini dipaksakan ke atas kita kerana kita terikat dalam sistem kapitalis global. Kita menjerut leher kita dengan menerima dasar Bank Dunia, International Monetary Fund ( IMF) dan World Trade Organisation.

Dasar yang diajukan oleh lembaga-lembaga ini tidak pernah berniat untuk membantu kita. Tugas kapitalisma bukan membantu umat manusia tetapi membuat untung. Tidak ada orang yang memulakan satu perniagaan dengan tujuan untuk membantu. Kapitalisma bukan badan amal seperti Food Not Bomb.

Kita selalu mendengar bahawa banyak kilang ditutup di Singapura, Pulau Pinang atau Thailand kerana berpindah ke China atau Vietnam. Kenapa? Kerana upah buruh lebih murah di sana. Inilah buktinya bahawa kapitalisma bukan datang untuk membantu tetapi mencari untung. Jadi hujah mengatakan modal luar membuka peluang pekerjaan terbukti satu dongeng.

Dari mana modal datang? Modal ialah tenaga manusia. Justeru tidak munasabah jika kita katakan Malaysia tidak memiliki modal. Ini bohong. Di Malaysia ada lebih dari 20 juta warga – semua ini adalah modal. Apabila politikus mengatakan kita tidak memiliki modal atau dana – apa yang dimaksudkan ialah kita tidak memiliki kertas dolar.

Juga jangan lupa - keuntungan yang dibuat oleh kaum pemodal antrabangsa akan dibawa pulang ke negara masing-masing. Yang dibawa pulang itu ialah modal. Inilah sebab utama kenapa negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin terus menjadi miskin. Tenaga yang dicurahkan oleh warga dihisap oleh lintah-lintah darat ini.

Kerana kita tidak memiliki kertas dolar maka kerajaan kita ke hulu ke hilar meminjam dari Bank Dunia, IMF, bank-bank dari Eropah atau negara menjual bond. Ertinya kita meminjam duit dari para banker dan pelabur dari luar negara. Mereka sedia meminjamkan kepada kita untuk mendapat untung buta melalui bunga dan riba.

Mari kita lihat satu contoh sejarah yang berlaku di zaman Perang Saudara ( 1861-1865) di Amerika Syarikat. Ketika itu Presiden Abraham Lincoln cukup terdesak. Presiden Lincoln mungkin terpaksa meminjam duit dari para banker di Eropah yang amat bersedia meminjamkan duit dengan riba dan bunga yang tinggi.

Lincoln telah dinasehatkan untuk mencetak duit sendiri agar dapat membebaskan diri dari lintah darat para banker yang sedang memasang lukah di Pasar Selayang. Sebanyak 450 juta dolar - yang dipanggil greenbacks - telah dicetak. Wang ini berjaya membantu Lincoln membayar hutang piutang negara. Amerika di zamam Lincoln telah bebas dari berhutang dengan para banker dari Eropah. Dari segi sejarah ketika Lincoln menjadi Presiden ekonomi Amerika berkembang permai.

Ringgit yang kita gunakan hari ini dinilaikan dengan bandingan kertas dolar. Tetapi kertas dolar yang menilai ringgit ini pada hakikatnya tidak memiliki apa-apa nilai. Majoriti warga Malaysia hanya memiliki nilai keyakinan untuk menjalankan pertukaran melalui ringgit. Kertas ringgit ini bertujuan untuk menyenangkan kita berjual beli tidak lebih dari itu. Kertas ringgit ini juga adalah fiat money yang tidak berasaskan emas atau perak. Ia hanya berasaskan keyakinan warga Malaysia.

Justeru jika sesebuah negara dapat membebaskan dari belenggu kertas dolar maka negara itu boleh mencetak duit mereka sendiri – seperti yang telah dilakukan oleh Abraham Lincoln. Jika negara mencetak duit sendiri maka negara tidak akan memiliki masalah hutang. Kita mencetak kertas ringgit kita sendiri tanpa merujuk kepada Bank Dunia atau IMF. Atau meminjam dari mereka.

Saya yakin warga akan menerima pakai kertas ringgit yang kita cetak untuk kita bersama membangunkan negara. Tidak timbul masalah negara tidak memiliki modal. Tidak timbul masalah negara tidak ada dana. Kenapa kita menjadi bodoh meminjam kertas dolar dari IMF atau Bank Dunia atau menyimpan dolar sebagai duit simpanan negara walhal kertas dolar ini juga tidak bersandarkan emas atau perak. Nilainya dipaksakan ke atas kita.

Amat jelas - Bank Dunia, World Bank dan IMF adalah lembaga kapitalis yang menjual kertas kosong kepada kita. Kenapa kita membeli kertas kosong dengan harga yang mahal walhal kita boleh membuat kertas itu sendiri.

Apa yang saya katakan ini kelihatan cukup enteng. Lalu timbul persoalan – kalau bagini senang kenapa kerajaan tidak melakukan sesuatu? Jawabnya juga cukup enteng – kerajaan Malaysia hari ini sedang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Negara kita terikat dalam satu sistem kapitalis global.

Perangkap kapitalis global ini telah dipasang oleh kabal Illuminati untuk kepentingan para banker seperti Rockefeller dan Rothschild telah memerangkap kita. Pemimpin politik kita tahu jika mereka cuba membebaskan diri dari sistem kapitalis global ini maka mereka akan dijatuhkan.

Sejarah menunjukkan bahawa United Malays National Organisation ini dinaikkan oleh penjajah British melalui Tunku kerana gerombolan ini tidak akan melawan atau menentang kepentingan kaum pemodal Anglo-Amerika. Gerombolan ini dipilih oleh British kerana mereka akan menjaga kepentingan kaum pemodal melalui seribu satu macam undang-undang yang bukan bertujuan menjaga kepentingan kaum pekerja dan buruh tetapi menjaga kepentingan kaum pemodal.

Hanya sebuah kerajaan rakyat yang berpaksikan kekuatan rakyat sahaja yang dapat membebaskan diri dari belenggu kapitalis global. Satu ketika dahulu Indonesia dibawah pimpinan arwah Bung Karno adalah contohnya. Iran di bawah pimpinan arwah Mussadigh satu lagi contoh.

Hari ini contoh terdekat ialah Cuba yang dipimpin oleh Castro, Korea Utara yang dipimpin oleh Kim Jong-il , Venuzuela di bawah Chavez dan Iran di bawah Ahmadinejad – adalah negara-negara yang cuba membebaskan dari sistem kapitalis global. Lihatlah berapa banyak konspirasi dan propaganda telah, sedang dan akan dilakukan untuk merobohkan benteng ekonomi negara-negara ini. Modal global melihat negara-negara yang ekonominya berdiri bebas sebagai musuh mereka.

Lalu persoalan timbul kenapa kita semua tidak melakukan sesuatu dan membiarkan diri kita terus ditipu bulat-bulat untuk sekian lama?

Sesiapa yang berani mengeluarkan soalan seperti ini maka susuk ini adalah susuk yang memiliki fikrah merdeka. Susuk ini berfikiran progresif kerana ingin membebaskan diri dari belenggu kapitalisma. Susuk-susuk yang sedar dan tidak mahu ditipu oleh kertas dolar. Jika semakin ramai yang menimbulkan soalSan ini ada kemungkinan Malaysia negara kita ini akan menuju ke zaman pencerahan..

(post nie merbau ambik dari blog tukar tiub)

Jumaat, 24 April 2009

IKAN BESARRR


Rasa-rasa berapa kilo berat ikan ni.....


Ikan ini berjaya dipancing oleh kawan Merbau.


Beratnya hampir 30kg..