Rabu, 17 Februari 2010

Tasik Ulu Muda.....tiada pemantauan menyebabkan pengunjung semakin rakus dan tamak.



Tiada pemantauan pihak berkuasa menyebabkan tasik Ulu Muda/Gubir semakin dinodai. Jika 5 tahun yang lalu begitu banyaknya spesis ikan yang terdapat di sini, namun kini semuanya bakal tinggal kenangan saja jika tiada pemantauan dilakukan.

KotaLabua masih ingat lagi, dulu ikan-ikan seperti Tengas, Kelah dan Sebarau begitu banyak sekali. Tak susah kalau nak makan ikan2 ni tapi sekarang nie jangan kata nak makan tengas atau kelah, sebarau pun belum tentu lagi. Ini semua disebabkan aktiviti2 mengebom ikan yang berleluasa(ikut sedap hati mak bapak depa saja) dan jugak aktiviti karan ikan.

KotaLabua rasa sudah sampai masanya kerajaan Negeri Kedah melakukan sesuatu sebelum keadaan menjadi lebih parah lagi. Kalau boleh wartakan Tasik Ulu Muda/Gubir sebagai taman negeri.

Kepada pengunjung2 yang ingin datang ke tasik Ulu Muda/Gubir ini hargailah anugerah yang ALLAH berikan kepada kita.

KotaLabua......

Isnin, 15 Februari 2010

Gua Labua di Tasik Gubir


Gambar2 nie kotaLabua ambik masa aktiviti meneroka gua ari tu..


Inilah hero2 yang berjaya menawan Gua Labua....


yang nie kami panggil batu anak gajah sebab bentuknya seakan2 anak gajah....


ha..ha..ha yang nie hantu pocong tidoq tergantung......


jejaka2 hansem....cuba teka yang mana satu KotaLabua..he.he..


batu air terjun...


batu nie kalau wat pintu gerbang pun ok gak nie....


Gua nie yang terbesaq sekali..rasa2 10,000 orang masuk pun celuih nie....







Manusia lebih zalim daripada binatang.......

Anda perhatikan gambar2 nie..
kemana hilangnya sifat kemanusiaan..
Jika anda salah sorang yang melakukannya
BERTAUBATLAH......




Demi Allah, sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami kepada umat-umat sebelum kamu, tetapi syaitan menjadikan umat-umat itu memandang baik perbuatan mereka (yang buruk), maka syaitan menjadi pemimpin mereka di hari itu dan bagi mereka azab yang sangat pedih. (An-Nahl :63)














BAKAR BAYI MACAM BAKAR ROKOK


Bila berlaku satu peristiwa yang menggemparkan iaitu kes buang dan bakar bayi semalam, maka beberapa orang tertentu yang berpengaruh mengeluarkan kenyataan untuk bekerjasama membendung kejadian ini.

Iaitu untuk membendung supaya kes buang dan bakar seperti ini tidak berulang lagi. Kes buang bayi ini bukan sikit, saya percaya banyak berlaku di setiap negeri, cuma saya tak tahu statistik yang tepat saja. Saya percaya, banyak juga kes buang bayi ini tidak diketahui kerana orang yang melakukannya berjaya melakukannya dengan selamat.

Bagaimana nak bendung masalah buang bayi ? Pada saya, bukannya kita nak cegah buang bayi saja. Kalau cegah buang bayi saja, mungkin kita minta pihak berkuasa atau sukarelawan jaga tong sampah, selongkar tong sampah dan halang orang buang bayi dalam tong sampah. Kalau orang bakar tong sampah, lagi kita halang takut-takut ada bayi dalam tong tu. Pada saya, kalau nak jaga tong sampah, ini kerja kelakar macam kerja pengutip sampah.

Cegahlah Zina Pada Peringkat Awal
Pada saya, kita kena cegah zina itu diperingkat awal iaitu benteras ruang-ruang untuk orang ramai melakukan maksiat. Jangan tunggu sampai gadis kita dah 'kembung' tiada gunanya. Zina tak bermula dengan zina terus, tetapi ada permulaannya atau ringan-ringannya, kemudian barulah berat-beratnya. Permulaan itu apa ?

Mula dengan berkenalan lelaki perempuan, kemudian keluar bersama, kemudian pegang-pegang, kemudian cium-cium, raba-raba, kemudian romen-romen, kemudian mulalah berani masuk hotel atau rumah, maka barulah zina berlaku. Zina tak akan terus jumpa terus zina.

Bahan lucah

Sekarang amat mudah memiliki VCD atau DVD lucah. Di Johor Bahru dan bandar lain seperti Kuala Lumpur, senang saja nak dapat. Malah kalau kita pergi ke pusat beli belah tertentu, kalau kita tak tahu pun akan jadi tahu, kerana kita ditawarkan oleh penjual. Tindakan demi tindakan oleh pihak berkuasa seolah-olah tidak menjadi ketakutan kepada penjual ini. Sekarang, kedai jual telefon bimbit, bukan hanya jual telefon dan 'top up', tapi banyak juga yang jual video lucah.

Dengan bayaran serendah RM 10, kita boleh dapat video lucah Melayu percuma yang boleh dimasukkan dalam telefon bimbit kita. Kalau telefon kita tak boleh masuk video, penjual akan tawarkan kita telefon yang boleh masuk video atau dia jual memori card yang lebih besar. Sebuah kedai jual 100 klip video lucah dengan bayaran RM 50, penjual hanya perlu masa tak sampai 5 minit untuk masukkan video itu dalam telefon bimbit kita.

Kalau beli telefon baru, penjual akan menawarkan video baik itu secara percuma saja. Saya tahu sebab saya sendiri, nak tahu cerita lanjut, dengarlah ceramah saya dalam blog saya. Ini bukan cerita rekaan, itu pengalaman kisah benar saya.

Apa kaitan bahan lucah ini dengan buang anak ? Lu fikirlah sendiri apa kaitannya. Bila sudah teransang melihat video ini, maka timbul keinginan. Lebih dahsyat lagi, kalau mereka sendiri yang berzina dan buat video sendiri, kemudian menjualnya ke kedai telefon dengan bayaran tertentu. Semua video tadi, bukannya video dari luar, tapi semuanya Melayu termasuk budak sekolah yang masih berpakaian sekolah, buat kerja tak senonoh ini.

Arak Ibu Segala Maksiat
Senangnya nak dapat arak, di kedai 24 jam pun ada jual, tak payah nak pegi kelab malam. Bila minum arak, disertai dengan pergaulan bebas, maka perzinaan mudah berlaku. Kalau pergi ke kelab malam (saya dah biasa sangat masuk kelab malam), minum arak pasti disertai pergaulan bebas lelaki dan perempuan. Bermula di kelab malam itu mereka kenal dan bergaul bebas, kemudian disambung pula dengan masuk hotel berdua atau rumah sewa.

Pusat Hiburan Penggalak Maksiat Terbesar

Sekarang ini, kelab malam, disco dan karaoke yang ada arak, muzik dan wanita GRO ini bersepah-sepah dan perniagaannya bagus gitu, ikut bahasa Indon. Sebabnya kerana orang kita yang memberi sokongan. Pukul berapa kelab malam ini tutup ? Jam 12 atau 1 pagi ?

Kalau anda ronda-ronda di bandar Johor Bahru (dan bandar lain), hampir tak ada kelab malam yang tutup jam 1 pagi, yang tutupnya hanya pintu luar. Yang dalam sedang hangat beroperasi. Jam 1 pagi, makin ramai orang mula datang. Maka banyak juga yang tutup bila tiba waktu subuh. Ini saya bukan buat cerita menipu, tak percaya, sila tengok sendiri. Malang sekali, pusat hiburan ini tidak diambil tindakan sewajarnya.

Ikhlaskah kita Membenteras Maksiat ?

Kesimpulan saya, bukanlah suatu yang tepat kalau kita nak bendung kes buang anak bila dah termengandung. Tetapi benteraslah dari awalnya dari sekecil-kecil punca hinggalah sebesar-besarnya. Hari ini kes berlaku kepada orang lain, jangan suatu hari nanti berlaku kepada keluarga kita sendiri. (sumber)

Khamis, 4 Februari 2010

Datuk kita adalah ikutan terbaik

Salam Kamunting,

Datuk kita, Ibrahim 'alaihissalam adalah seorang rasul. Baginda diutuskan ke bumi oleh Allah taala ribuan tahun yang lampau, satu jarak masa yang panjang yang penuh teka teki dalam mengenal sejarah ketamadunan manusia. Pengkisahan al Quran tentang datuk kita ini begitu banyak membantu pengkaji sejarah mengenali perjalanan kehidupan dan tamadun manusia sebelum dan selepasnya.

Salah satu mukjizat al Quran adaaalah sejarahnya yang benar, hidup dan sarat pedoman.

Bukanlah perjalanan datuk kita itu sealkisah dengan perjalanan sejarah cucunya Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. Nabi Ibrahim sampai wafatnya hidup tanpa penyokong yang ramai. Berbeza sekali dengan cucunya yang agung, nabi kita yang mana di Hajjat al wada' di hujung hayatnya telah berjaya untuk bersama lebih 100 ribu sahabatnya yang bersiap siaga menggempur demi dakwah dan perjuangannya.

Datuk kita pernah membisikkan pada isteri kecintaannya bahawa tiada di dunia yang menyembah Allah yang esa hari ini selain hanya mereka berdua! Ah, bagaimana mampu dibayangkan kemuliaan datuk kita ini apabila Allah memilih mereka berdua untuk bercerita mengenai manusia seluruhnya pada masa itu. Inilah seorang insan yang berjalan di bumi dan Allah hanya memerhatikannya tanpa jutaan manusia yang lain. 

Jutaan manusia adalah buih dan sampah yang hanyut dan hilang, sedang datuk kitalah yang kekal dan berguna untuk menyambung hayat manusiawi. Syirik adalah kebatilan yang sifatnya adalah lenyap tanpa kesan. Tauhidlah yang kekal berguna buat kehidupan manusiawi.

Allah menguji datuk kita dengan pelbagai ujian dan Allah meluluskannya dengan izin dan kekuatanNya jua. Dalam hidup tanpa pengikut dan pendukung yang ramai, baginda dilantik oleh Allah menjadi imam kepada seluruh manusia.

Baginda diuji untuk mendepani ayahnya, pengukir dan penjual patung berhala. Baginda diuji untuk berhadapan dengan raja Namrud yang maha zalim. Baginda juga dicampakkan ke lubang api yang besar. Pelbagai ujian melanda baginda sehinggalah ia memuncak dengan sebuah pengorbanan yang tak terfikir oleh kita apabila Allah menuntutnya menyembelih anak kecintaannya sendiri, Ismail alaihis salam.

Baginda tanpa ragu dan syak telah melaksanakannya dengan jayanya. Datuk kita adalah hamba Allah yang agung.

Allah sentiasa memuji datuk kita dengan puji – pujian yang menghangatkan iman di dada untuk kita terus mencontohinya. Allah berfirman:

"Sesungguhnya untuk kamu adalah contoh yang baik pada diri nabi Ibrahim dan orang – orang bersamanya ketika mana mereka berkata kepada kaum mereka, sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah. Kami kufur terhadap kamu dan nyatalah perseteruan dan kebencian di antara kami dan kamu.." –  al ayat (al Mumtahanah:4).

Banyak – banyak pedoman daripada datuk kita Ibrahim alaihissalam, pernyataan tauhidlah yang paling utama. Sesungguhnya semua cerita mengenai Ibrahim adalah pedoman yang akan menyuluhi hidup kita.

Ibadah haji adalah kefardhuan yang dikaitkan dengan sejarah agung datuk kita. Di musim haji, para jemaah haji akan diajak mengenang pengorbanan hebat datuk kita. Sementara kita di tanah air tidak dibenarkan selain untuk bersama mengingati datuk kita juga. Hari raya korban adalah kisah Ibrahim alaihissalam yang berjaya melepasi ujian agung tuhannya.

Jika anda mengikuti sirah datuk kita, kita akan menemui beberapa pedoman yang hebat, antaranya:

1) Berani 2) Sentiasa mencari kebenaran 3) berkata benar 4) tidak menghiraukan hiruk pikuk kata nista dan persepsi buruk manusia 5) sabar 6) bertaubat 7) tidak mengharap pujian manusia.

Hari ini adalah hari terakhir kita berhari raya korban. Marilah bersama mendukung ajaran nabi Ibrahim alaihissalam.

Jangan takut berkata benar. Jangan hirau persepsi manusia. Jangan takut kehilangan jika berganti kebenaran. Sentiasa mengajak manusia menginsafi kebenaran dan menikmati manisnya.

Jika anda ditanya, tak takut kalahkah? Jawablah, Islam adalah kemenangan. Jika Islam, ia takkan kalah!

Nik Abduh.wordpress.com.