Selasa, 27 Disember 2011

Hanya 20% isi rumah berpendapatan lebih RM 3,000

Oleh Lanh

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhzj1FrpiEZfP5mtJ2J74YSB9DoZMqTT1o5mgeGKlAd46Rt46YpF0HGirMk44lUJR7cm-RmZXfaLEn74ENU6ly5r8CYiqIMUfcd1BdpEuzGYxDNr1Svby2T2sIkdMwBe-BgxqUktjb_GAIT/s1600/bantuan500_thumb%255B4%255D.jpgKita mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada kerajaan dan rakyat dalam pemberian wang bantuan RM500 sekali beri, tetapi dalam keghairahan pemimpin negara dan media massa membesar-besaran pemberiaan berkenaan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan; terdedahlah satu hakikat yang perlu direnungkan – hanya 20 peratus saja isi rumah di negara ini yang berpendapatan lebih RM3,000 sebulan!

Kementerian Kewangan menyatakan RM2.6 bilion akan mula dibayar mulai pertengahan Januari depan yang akan memanfaatkan 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada isi rumah di negara ini. Jika 79.5 peratus daripada seluruh isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan, bermakna hanya ada 20.5 peratus saja isi rumah yang berpendapatan lebih RM3,000 sebulan.

Sekarang ini pendapatan isi rumah biasanya disumbangkan oleh suami dan isteri; ini bermakna jika sebuah keluarga itu berpendapatan RM3,000 sebulan; masing-masing hanya berpendapatan dalam lingkungan RM1,500. Jika perkiraan begini dilakukan apakah ini bermakna kira-kira 80 peratus daripada rakyat berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan?

Dengan berpendapatan RM1,500 atau kurang daripada itu sebulan, hakikat ini perlulah menjadi bahan renungan kita – benarkah rakyat dalam ambang berpendapatan tinggi seperti yang dicita-citakan sesetengah pemimpin negara ini. Bagi kita perolehan sebanyak RM1,500 sebulan tidak begitu jauh daripada garis kemiskinan apatah lagi jika seseorang itu tinggal di kota dan bandar-bandar besar.

Jika sedar bahawa sebahagian besar daripada rakyat adalah miskin atau golongan sederhana (kira-kira 80 peratus daripada penduduk), maka sewajarnya langkah-langkah drastik dan berkesan dilakukan untuk mengatasi masalah ketidak-mampuan rakyat ini. Dengan pendapatan RM1,500 sebulan di kota sebenarnya tidak banyak perkara keperluan hidup yang boleh dilunaskan. Sewa (bayaran ansuran) rumah, tambang pengangkutan dan bayaran utiliti bulanan sudah cukup untuk melangsaikan wang sebanyak itu

Jadi bagi kita, usaha mengurangkan beban golongan majoriti rakyat golongan miskin dan sederhana ini bukanlah dengan pemberian sekali beri tetapi merancang mengurangkan penderitaan dan kesempitan hidup mereka. Isu jelas yang paling membelenggu rakyat adalah kenaikan harga barangan keperluan dan perkhidmatan yang sejak akhir-akhir ini seperti tidak dapat dikawal oleh pihak berkuasa.

Memberi rakyat wang tunai RM500, dengan cepat mereka boleh menghabiskannya tetapi dengan berwibawanya kerajaan memastikan harga barangan keperluan harian seperti beras, gula, kopi, tepung, susu, minyak, sayur-sayuran, ikan serta ayam dan daging dalam jangkauan rakyat miskin, inilah seribu kali lebih baik dan mulia.

Demikian juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang baik dan efisien terutama di kawasan luar bandar adalah amat dialu-alukan. Kini krisis pengangkutan awam di kawasan pinggir kota dan kawasan luar bandar menjadi terlalu buruk sehingga ribuan penumpang di Seremban, Temerloh, Shah Alam dan Kuala Selangor terkandas gara-gara penguasaha pengangkutan awam seperti bas berhenti-henti terpaksa memberhentikan perkhidmatan kerana syarikat mereka mengalami kerugian yang teruk.

Kita sedar syarikat-syarikat ini rugi besar kerana penggendalian perkhidmatan di luar bandar tidak menguntungkan tetapi bukankah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menangani permasalahan seperti ini. Jika kerajaan boleh berbelanja berbilion-bilion ringgit untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam canggih seperti MRT di ibu kota, mengapa tidak boleh diperuntukkan sedikit sebanyak untuk melegakan penderitaan rakyat luar bandar?

Berkenaan bantuan sekali beri RM500, kita berharaplah ia bukan umpan di kail, tetapi jika betul-betul umpan, harap-haraplah ikan yang ‘bersekolah’ akan mengigit-gigitnya secara bijaksana, jangan mulut tersangkut di kail sudahlah. Biarkah umpan habis tetapi ikan tak dapat-dapat juga!

sumber

PERBEZAAN MB BN & MB PR...!!

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/396251_10150448941977157_319981142156_8673427_622564377_n.jpg
Pautan
Allah..huakbarr....

Isnin, 26 Disember 2011

Berhati-hati Dengan Penipuan Transaksi Internet.

Penipuan transaksi Internet meningkat sejak 2009 - Polis

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMhIGTMzLa3FmCKlP0O2DqiGjP2-qeRbPUoe2Ie5ljnOl8YyRQ-TNgmCbn2zbmoH9D6PKZ8HWgeD1rQqbOtQW5mXd7KHeDhOWfg8XFclYOV5YtmBF9dpZwNV518ZnXJr4CyCRwp5XELVg/s1600/istock_000004936705xsmall.jpg

POLIS menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dalam membuat transaksi bagi pembelian barangan melalui internet berikutan meningkatnya kes penipuan cara itu sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini, sebanyak 1,424 kes dilaporkan berbanding 1,114 kes sepanjang tahun lepas dan 551 kes pada 2009.

Jumlah kerugian untuk tahun ini pula ialah RM3.519 juta berbanding RM3.124 juta sepanjang tahun lepas dan RM786,000 bagi 2009, katanya dalam kenyataan, di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata pada tahun ini, kes paling banyak membabitkan ”mudah.my” dengan 1,009 transaksi melibatkan kerugian RM1.7 juta, diikuti transaksi lain-lain sebanyak 415 kes dengan kerugian RM1.84 juta.

Selain itu, polis juga menerima 2,472 laporan mengenai kes penipuan kewangan atas talian sejak 2008 sehingga Okt tahun ini, dengan kerugian kira-kira RM19 juta.

Ramli berkata modus operandi yang digunakan ialah dengan menyamar sebagai kakitangan bank atau pegawai polis, yang meyakinkan mangsa agar menyerahkan nombor akaun bank bagi mendapatkan tawaran hadiah, menyelesaikan hutang kad kredit atau tawaran mendapatkan barang lelongan kastam.

Katanya mangsa hanya menyedari telah tertipu apabila mendapati wang dalam akaun mereka berkurangan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan agar menghubungi urus setia Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di talian 03-26163972 pada waktu pejabat, atau bilik gerakan di talian 03-26163999 selepas waktu pejabat.

— BERNAMA

Khamis, 3 November 2011

Untuk Usahawan2 di Negeri Kedah

Dapatkan pinjaman dari Tabung Usahawan PKNK

http://wartakedah.net/images/stories/OKTOBER2011/kuih%20tra.jpgKODIANG – Mana-mana usahawan yang ingin memperluaskan bidang perniagaan mereka, bolehlah membuat pinjaman daripada Tabung Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, pihak PKNK turut menyediakan pinjaman maksimum sebanyak RM50,000 dan usahawan terbabit perlu menyediakan kertas kerja terlebih dahulu sebelum membuat pinjaman.

“Industri kecil yang melibatkan pengeluaran produk industri kecil dan sederhana (IKS) iaitu kuih tradisional merupakan salah satu industri yang mampu menjana pendapatan bagi usahawan kecil terutama di kampung-kampung,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan bagi meninjau perkembangan perusahaan menghasilkan kuih tradisional di Kampung Manggol Bongor, Megat Dewa, di sini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri ingin melihat ramai usahawan Bumiputera berjaya dilahirkan dalam bidang perniagaan walaupun secara kecil-kecilan.

http://wartakedah.net/images/stories/OKTOBER2011/kuih.jpg“Minat dan kesungguhan adalah matlamat utama untuk berjaya dalam bidang perniagaan kerana ia mampu menjana pendapatan yang lumayan serta berupaya meningkatkan taraf ekonomi penduduk,” katanya.

Menteri Besar memberitahu, bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan, bolehlah menghubungi pihak PKNK untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Ini merupakan peluang terbaik untuk usahawan-usahawan membina perniagaan sendiri dan ia secara tidak langsung mampu memberikan kesan terbaik kepada ekonomi negara,” ujarnya.

Tambahnya, setiap usahawan diharap dapat berhubung dengan pihak PKNK dan Jabatan Pertanian dalam memasarkan produk mereka ke pasaran terutama dari segi pembungkusan dan pelebelan.

“Kita ingin menjadikan produk seperti menghasilkan kuih tradisional sebagai satu jenama yang terbaik serta mampu menembusi pasaran negara dan juga antarabangsa,” katanya.

Seramai enam orang penduduk Kampung Manggol Bongor menjalankan perusahaan menghasilkan kuih tradisional seperti bahulu, kuih bakar, peneram, karas, kuih lapis dan kuih kacang.

Menteri Besar juga turut mengadakan lawatan ke Kampung Telok Berangan, Mukim Gelong, di sini bagi meninjau perusahaan menghasilkan biskut pelbagai jenis seperti tat nenas gulung, biskut Mawi, kuaci pistachio, shortbread, almond London dan macadamia flake yang diusahakan oleh Hajah Suzalina Haji Awaludin, 45 tahun.

Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Hajah Suzalina mampu memberi perangsang kepada usahawan-usahawan di negeri ini untuk memperkembangkan perniagaan mereka walaupun pada awalnya hanya secara kecil-kecilan.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, YB. Abdul Ghani Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato’ Ir. Amiruddin Hamzah serta Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Encik Ismail Salleh.

Peringatan dari Mat Sabu

Mat Sabu, integriti dan perisytiharan harta

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Memang agak pedih menerima kritikan pedas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa isu integriti dan akauntabiliti seakan-akan tidak diberi perhatian utama oleh sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat yang diberi amanah untuk menerajui kuasa di negeri-negeri tertentu.

Malah beliau membandingkan, negara-negara Barat jauh lebih ke hadapan dalam hal ini, sambil merujuk beberapa indeks penting seperti berkaitan demokrasi, antirasuah, keselamatan dan kebebasan akhbar. Kecenderungan pemimpin parti Islam yang menang di Tunisia, An-Nahdah, Raschid Ghanoushi untuk meneladani model ekonomi Sweden -- bukannya negara Islam -- turut dibangkitkan Mat Sabu.

Selepas menyemak indeks berkenaan, saya dapati memang ada pertalian rapat di antara ranking demokrasi dan korupsi, kecuali untuk Singapura. Lima negara teratas demokrasi, seperti Denmark, Sweden, Finland, New Zealand dan Switzerland juga menduduki posisi lima negara terbaik dari segi ranking antirasuah. (Malang sekali apabila negara-negara Islam tercorot jauh ke belakang).

Program negara kebajikan mereka juga dikenali seluruh dunia. Memang peratus peruntukan kebajikan buat rakyatnya daripada KDNK begitu tinggi, dan cukai yang dikenakan ke atas rakyatnya juga besar, tetapi saya kira dengan pengurusan kewangannya yang telus dan berhemah, pembayar cukai akan berlapang dada. (Sebenarnya kadar cukai di Malaysia, sama ada cukai korporat mahupun individu, tidaklah jauh berbeda dengan cukai di negara berkenaan).

Sedangkan negara kita saban tahun menyaksikan pembaziran dan salahguna berleluasa, antaranya ditunjukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan pendedahan berterusan mengenai ketirisan puluhan bilion ringgit, maka pembayar cukai sentiasa memprotes dalam diam (dan mutakhir ini berani meledakkannya di petak undi).

Lebih keras apabila Mat Sabu menujukan teguran langsung kepada sahabat-sahabatnya, dalam saf kepemimpinan Parti Islam, PAS sendiri. Beliau mahu teladan lebih unggul, terutama dalam urustadbir sumber negeri dan amalan integriti dizahirkan secara lebih meluas. Jangan sewenangnya ghairah menggunakan 'hak' untuk menikmati keistimewaan atas jawatan dalam kerajaan (yang digubal Umno-BN semasa mereka berkuasa); seharusnya budaya hidup sederhana dipraktikkan.

Sesungguhnya integriti tidak akan dicapai melalui undang-undang atau institusi formal semata-mata. Seseorang individu itu kekal mengamalkan prinsip dan nilai hidup unggul meskipun dihapuskan segala kekangan perundangan serta adat dan kebiasaan tertentu dalam masyarakat. Justeru, konsep ehsan dalam Islam merupakan jawapan terbaik. Cukup malang jika aktivis gerakan Islam boleh mengetepikan integriti selepas diuliti kekuasaan.

Kisah hidup Umar Abdul Aziz, seperti diungkapkan Dr Siddiq Fadzil, perlu ditelani pemimpin gerakan Islam: "Ditakdirkan Umar tampil pada zaman menggejalanya kehidupan materialistik. Beliau cukup menyedari gaya hidup bermewah-mewah adalah punca utama pelbagai kebejatan moral, sosial, politik dan ekonomi ... membuka ruang rasuah, penyalahgunaan harta awam.

"Untuk menutup ruang kebejatan itulah Umar berusaha mempromosikan gaya hidup sederhana dengan menampilkan diri dan keluarganya sebagai teladan yang hidup ... Memang tidak mudah melaksanakan langkah korektif apabila ia melibatkan kepentingan keluarga dan kerabatnya sendiri. ...

"Keadilan sosial tidak hanya dikhayalkan .... direalisasikannya menerusi agenda pemerataan keadilan dan kesejahteraan, termasuk perapatan jurang kaya miskin."


Meneliti realiti di negara kita, saya semakin sedih terutama selepas membaca prakata buku Reformasi Pembiayaan Politik di Malaysia, terbitan Transparency International Malaysia: "Masyarakat Malaysia sudah terlalu lama bertolak ansur dengan rasuah. Kita menerima adalah tidak menjadi kesalahan untuk terlibat dalam rasuah asalkan kita sendiri memperoleh sesuatu atau merasa selesa.

"Justeru, kita sering menutup mata terhadap perlakuan rasuah dalam semua bentuk, dan tidak mengendahkan soal kurangnya akauntabiliti dan urus tadbir dalam urusan menerajui sumber negara, asalkan pemimpin politik berupaya memberi manfaat ekonomi kepada masyarakat, meskipun tidak sebanyak mana atau tidak setimpal sekalipun berbanding dengan ketirisan yang berlaku."

Mungkin ada baiknya difirkan secara mendalam cadangan seorang rakan yang mahukan setiap calon PAS dalam PRU13 membuat pengisytiharan harta, iaitu salah satu elemen penting untuk mengekalkan integriti. "Kita sudah berkuasa di beberapa negeri, dan ramai pemimpin yang memegang jawatan kerajaan. Tanpa perlu diminta, biarlah kita menunjukkan teladan dengan secara sukarela membuat perisytiharan aset, agar nampak kita berpegang dengan ketelusan dan transparensi," hujahnya.

Di Amerika Syarikat, calon-calon yang bertanding akan meneliti borang perisytiharan sesama sendiri dan menjadikannya isu jika ada calon yang hidup mewah di luar kemampuannya. Borang yang menghendaki perisytiharan tentang sumbangan dan perbelanjaan kempen juga tidak terkecuali.

Jika ada calon mendakwa hanya menerima sumbangan sederhana tetapi menaiki jet sewa dan tinggal di hotel mewah, maka calon saingan akan menjadinya isu. Terdapat juga kumpulan masyarakat sivil yang memeriksa borang dan laporan tentang ahli politik yang membuat perisytiharan meragukan.

Wajar sekali pemimpin dan kerajaan Pakatan Rakyat sedaya mungkin membuktikan bahawa dengan keterbatasan ruang lingkup yang ada, mereka secara jujur mahu mempraktikkan segala amalan mulia yang dilaungkan. Akhlak, integriti dan etika menjadi budaya hidup dalam menerajui amanah rakyat.



Kelak akan tampil menyerlah perbedaan nyata sosok tubuh dan perwatakan seorang ahli politik Pakatan Rakyat (khususnya PAS) dengan Barisan Nasional, setelah terbukti berjaya melepasi godaan kuasa yang menggila itu.

Khamis, 15 September 2011

Jamil Khir Baharom ubah suai rumah guna duit sendiri...Banyaknya duit dia????

Saya guna duit saya sendiri....

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan dakwaan portal pembangkang kononnya beliau menggunakan wang zakat untuk mengubah suai kediaman di Kampung Batu Muda, Batu Caves di ibunegara.

NONEBeliau berkata wang yang digunakan untuk mengubahsuai rumah yang dihuni anggota keluarganya sejak 1994 itu, adalah hasil titik peluh sendiri ketika berkhidmat dalam angkatan tentera dan menyifatkan dakwaan itu sebagai 'politik terdesak'.

"Ini perbuatan politik terdesak... Saya dulu bukan penganggur. Jawatan terakhir saya dalam tentera ialah Mejar Jeneral. Jadi, tidak mungkin seorang Mejar Jeneral tidak mampu ada rumah.

"Dia kena faham, saya tentera yang berpencen dan ada ganjaran, tetapi tiadalah sampai RM1 juta... anak-anak seramai enam orang juga tinggal bersama, jadi sebab itu banyak kereta di rumah," katanya kepada pemberita hari ini.

Jamil Khir berkata pinjaman perumahan bagi rumah yang didiami sejak 17 tahun itu, masih lagi berbaki malah lebih 10 anggota keluarga tinggal sebumbung, termasuk kedua orang tuanya.

"Rumah, hutang kerajaan, itupun tak habis lagi, hutang sejak dari 1994, (anda) boleh rujuk, dan bukan hutang masa saya jadi menteri ni," katanya.

Jamil Khir sanggup bersumpah bagi membuktikan beliau tidak menggunakan wang zakat untuk membesarkan rumahnya.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Khairul Anuar Ahmad Zainuddin hari ini dilapor menggesa menteri berkenaan menjelaskan tentang pengubahsuaian rumahnya yang didakwa menelan belanja jutaan ringgit.- Bernama

p/s: mudah-mudahan apa yang dikatakannya benar2 belaka....

MKK&Pas Cawangan Kota Aur

TAHNIAH!!!!!!Kerana berjaya menganjurkan Majlis Kesyukuran&Jamuan Hari Raya Aidilfitri






Penduduk kampung sedang menjamu selera sambil bersembang.



Ahli Parlimen Sik(YB Che Uda Che Nik) turut hadir ke majlis tersebut.





YB serta rombongannya sedang menjamu selera.


Ketua Kampung(berkopiah) sedang sibuk melayan tetamu












Termenung jauh pak long kita nie.








p/s: Dari maklumat yang ulumuda terima belum pernah lagi umno cawgn atau JKKK mengadakan majlis sebegini sepanjang mereka memerintah. Insyaallah majoriti UPU Kota Aur pasti meningkat...

Rabu, 14 September 2011

Tu dia!!!! besaqnya rumah Jamil Khir Baharom.....

Mahligai mewah Menteri Hal Ehwal Agama..

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit.

Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.

“Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri),” katanya mengulas isu yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam.

Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah.

Beliau merujuk kes bekas Menteri Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mencetus kontroversi kerana kos kediamannya dikatakan melebihi kemampuan sebagai menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

“Rakyat pun tidak terperanjat dengan isu yang sudah dianggap biasa ini. Oleh itu, jika beliau (Jamil) ada sedikit rasa tanggungjawab dengan imej dan kedudukannya, beliau perlu tampil memberi penjelasan.

“Walaupun (dia) Jamil Khir merupakan Menteri Agama namun ia bukanlah jaminan beliau berperangai seperti Menteri-menteri lain” katanya kepada Keadilandaily.

Sebelum ini KEADILAN pernah mempersoalkan kehilangan RM32,000 wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didakwa membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Pengarah Jabatan Islam (JAWI), Datuk Che Mat Ali.

Ia terbongkar melalui kenyataan media Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, beberapa bulan lalu.

Wang zakat tersebut didakwa digunakan bagi menghalang permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan, sedangkan Jamil dan Che Mat tidak tergolong dalam kategori yang layak menerima zakat. BatuvsKayu

p/s: 2,3 kucing berlari, berlari-lari didalam dewan, mula-mula jadi menteri, lepas tu boleh la jadi jutawan...hehe mcm tak betul ja pantun nie.

Najib: GST kemungkinan selepas PRU13

Wahai orang2 kampung bersiap sedialah!!!!!!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata bahawa kerajaan sedang meninjau kemungkinan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum akan datang.

NONEBercakap kepada pemberita selepas majlis makan malam Persidangan CEO Global Forbes Ke-11 di Kuala Lumpur hari ini, Najib berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri telah diminta untuk memastikan segala sistem sudah bersiap-sedia. Katanya, isu sekarang ialah masa yang sesuai bagi pelaksanaan berkenaan.

"Kami telah umumkan, secara prinsip bahawa kita akan memperkenalkan GST dan mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menubuhkan sistem bagi membolehkan kita untuk melaksanakan ini.

"Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST," kata Najib.

Beliau berkata adalah penting untuk bersedia memandangkan akan terdapat gangguan dan penilaian semula apabila tiba masa pelaksanaannya.

"Saya percaya apabila sesuatu sistem diperkenalkan, tidak kira betapa rapi persediaan dilakukan, tetap akan ada kesilapan dan kelemahan dalam pelaksanaan nanti," katanya.

azlanNajib yang juga menteri kewangan juga mendakwa penerimaan rakyat terhadap pelaksanaan GST semakin meningkat.

Daripada 12 juta rakyat, hanya 1.2 juta yang membayar cukai, katanya.

"Rancangan kami ialah untuk mengurangkan defisit fiskal kami daripada 5.6 peratus kepada 5.4 peratus tahun ini dan turun kepada kira-kira tiga peratus dalam masa beberapa tahun akan datang. Jadi, apabila kami mngurangkan defisit fiskal kami, akan terdapat lebih keyakinan dalam ekonomi serta kami akan dapat menyaksikan asas yang lebih kukuh di Malaysia," kata Najib.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan pada dialog selama 45 minit itu yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarang dan Pengerusi Forbes Asia, Steve Forbes, Najib juga berkata tindakan afirmatif untuk membantu Bumiputera, yang diperkenal di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan dikekalkan.

new economic policy nepBagaimanapun menurut perdana menteri, DEB akan berubah menjadi lebih mesra pasaran dan berdasarkan merit.

Najib, yang juga menteri kewangan, berkata strategi kerajaan sekarang yang mewujudkan lebih banyak peluang bagi Bumiputera, tanpa mengenakan kuota ke atas kaum lain, juga menarik bukan Bumiputera.

"Apa yang kita dapati ialah cara ini (tindakan afirmatif di bawah DEB), pertamanya, ia tidak popular dengan pasaran; dan keduanya, tidak benar-benar membantu bumiputera.

"Apa yang cuba kita lakukan sekarang ialah mengubahnya; tindakan afirmatif kekal, tetapi ia harus lebih mesra pasaran dan harus lebih berdasarkan merit," katanya.

asean meetingMengenai sama ada telah tiba masanya bagi Asean mengkaji untuk memperkenal mata wang baharu, Najib berkata negara-negara Asean akan tetap terbuka kepada idea dalam jangka panjang tetapi pendekatan mestilah terkawal bagi mengelak daripada gangguan dalam pasaran kewangan dan mata wang.

"Saya menerima hakikat bahawa dalam jangka pendek dan sederhana, dolar AS akan terus menjadi mata wang utama antarabangsa dan euro juga akan menjadi mata wang penting. Saya tidak melihat gambaran berubah dalam jangka pendek dan sederhana.

najib and ringgit and us dollar"Tetapi dalam jangka panjang, ia (idea mata wang baharu bagi Asean) masih terbuka. Tetapi biarlah pelaksanaan terkawal supaya kami tidak mengganggu pasaran kewangan dan mata wang," kata Najib.

Beliau berkata Malaysia merupakan negara pertama menggunakan mata wang tempatan untuk menjalankan perniagaan dan perdagangan dengan China. - malaysiakini.com

p/s: adik kakak, makcik pakcik, mak long pak long lepas PRU13 nie kalau nak ke kedai kena la bawak duit lebih sikit sebab semua barang akan dikenakan cukai..

Khamis, 18 Ogos 2011

BABI DAN KEGUNAAN

Berhati-hati dengan produk kegunaan harian kita.


p/s: umat Islam harus berhati-hati...

Rabu, 17 Ogos 2011

Berhati-hati dengan MENTEGA DNA BABI !!!!!!!!

SEBUAH pasar raya terkenal di Pulau Pinang masih menempatkan mentega DNA babi bersama mentega halal di tempat sejuk beku semalam.

Mentega Golden Churn HARAM!!!!!

KUALA LUMPUR - Semua pengusaha pasar raya dan peruncit diminta mengasingkan segera mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi ke dalam rak seksyen tidak halal dengan segera.
Ia bagi mengelakkan umat Islam daripada terbeli mentega berkenaan sebagai bahan membuat kek dan biskut sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd. Roslan Mahayuddin berkata, pihak berkenaan juga perlu melupuskan logo halal yang tertera pada bungkusan mentega tersebut.
"Kami meminta kerjasama semua pengusaha pasar raya dan peruncit supaya mengasingkan segera mentega mengandungi DNA babi itu daripada rak halal ke dalam rak tidak halal dengan segera,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia disahkan tidak halal kerana mengandungi DNA babi.
Sementara itu, Eksekutif Perhubungan Awam pasar raya Carrefour, Salmieah Mohd. Zin berkata, pihaknya telah menghentikan penjualan mentega tersebut dua minggu lalu selepas pengguna mula meraguinya.
"Kita ada dengar cerita mentega ini ada DNA babi dan disebabkan logo halalnya bukan daripada Jakim, maka penjualannya kita hentikan dua minggu lepas," katanya.-kosmo

p/s : harap umat Islam berhati-hati apabila membeli mentega.

Ahad, 10 Julai 2011

Tu dia...BING MAMA beli cincin harga RM 24,450,400.00!!!!!! ambik duit mana?

Gambar-gambar bukti pembelian cincin berlian ROsmah dari Jabatan Kastam!!

Salam Sejahtera,

Banyak sungguh duit Rosmah, sampai boleh pi beli cincin berlian bertatahkan permaya dengan harga RM 24,450,400.00.... hangpa kira tengok....

Jawatan First Lady Malaysia ada elaun khas juga.... mana dia kerobek sampai banyak tu pi beli satu cincin....

Atau duit gaji Najib...... Nampaknya budjet 2012 pada bulan Oktober nanti, berapa ratus juta pu untuk peruntukkan PERMATA....
Ini rupa cincin permata berlian tu,










UNDI BN (UMNO) samalah anda memberi duit anda pada Rosmah untuk pi shopping dengan tanpa kerelaan.... setuju blogger-blogger UMNO .....

sumber - Manjung Mari

BERSIH 2.0 - Apalah dosa mereka??????

Dimanakah keadilan dan sifat perikemanusiaan sehingga rakyat diperlakukan sedemikian rupa. Apakah dosa mereka? Kebanyakan yang hadir ke perhimpunan BERSIH 2.0 petang tadi dari pelbagai golongan masyarakat. Pelbagai agama dan bangsa yang hadir. Warga emas kaum wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa kezaliman pihak berkuasa. Terbaru seorang peserta BERSIH 2.0 telah meninggal dunia iaitu saudara Baharudin b. Ahmad suami kepada ketua wanita PKR cabang titiwangsa. Dipercayai arwah meninggal dunia akibat terjatuh kerana sesak nafas gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pihak polis.
Al-Fatihah untuk arwah.....

Gambar-gambar dibawah menjadi bukti bahawa rakyat mahukan pilihanraya yang BERSIH dan adil!!!

Datuk Sri Tuan guru Hj Abdul Hadi Awang dan S/U Politiknya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
di dalam trak Polis sebelum dibawa ke Balai Polis Jinjang

Kaki timb presiden cedera, kereta polis langgar semasa hendak menahannya




















































p/s: inikah yang dikatakan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan???sama2lah kita renungkan..