Selasa, 22 Mac 2011

Skandal video seks Anuar Ibrahim

Konspirasi terancang terhadap Anwar Ibrahim

Media arus perdana , mendedahkan bahawa tarikh video yang didakwa rakaman seks lelaki mirip Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur cina dirakamkan pada 21 Febuari , dengan time stamp tertera antara pukul 10:23 PM dan 10:45 PM [TheStar].



Anwar berada di rumahnya bersama ahli keluarga pada 21 Februari 2011 iaitu tarikh yang tertera dalam rakaman video berkenaan."Saya di rumah bersama (Wan Dr) Azizah (Ismail), anak-anak dan cucu selepas bermesyuarat dengan staf KEADILAN," katanya.Malah, Anwar ketika waktu dan tarikh yang kononnya video itu dirakam, beliau sedang membalas twitter dengan penyokong.

Video 20 minit itu menunjukkan ia masa jam 10 malam dan bertarikh 21 Februari 2011.

"Pada jam 10.30 pagi pada 21 Februari lalu, saya berada bersama keluarga dan kawan-kawan dan sedang berbalas-balas twitter dengan penyokong," katanya.

Anwar sempat berjenaka dengan wartawan apabila berdiri dan menunjukkan perutnya yang kempis, sama sekali berbeza dengan lelaki yang didakwa menyerupai beliau dalam video itu.

"Gambar mirip saya, cuma perutnya jauh lebih buncit dari saya," katanya pada sidang media khas di ibu pejabat KEADILAN, Damansara 21 Mac lalu.

Anwar juga menyifatkan rakaman video itu sebagai fitnah jahat dan jijik serta satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat dan KEADILAN.



ini bermakna jika Anwar Ibrahim adalah lelaki di dalam video tersebut, maka jelas sekali Anwar seorang yang hebat, kerana melakukan seks dengan pelacur sambil mengemaskini (update) Facebooknya [FB Anwar]. Ini berikutan rekod masa yang tertera pada facebooknya adalah di dalam sela masa waktu video tersebut dirakamkan.



Malah pada malam kejadian rakaman video itu, Twitter Anwar Ibrahim membuktikan bahawa beliau sedang aktif mengemaskini dan melayan soalan-soalan daripada pengikut-pengikut di Twitter [TwitterAnwar].


Di bawah ini screenshot saat Anwar sedang melayani soalan pengikutnya di Twitter beliau [TwitterAnwar].


Maka untuk membuktikan bahawa Anwar benar-benar melakukan seks dengan pelacur cina tersebut, video rakaman adengan seks itu seharusnya merakam juga aksi Anwar melakukan seks sambil tangannya menaip laptop atau blackberry atau apa-apa peranti elektronik lain yang membolehkannya mengemaskini akaun facebooknya.


"Nampaknya pereka konspirasi video ini, tak cukup bijak.
-DATUK T ke DATUK TIPU-

ubah sekarang selamatkan Malaysia....

sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan