Rabu, 16 Mac 2011

Tsunami Jepun






















Bencana Alam atau Peringatan dari Allah S.W.T.

MasyaAllah,SubhanAllah. Allah jua yang menghendaki. Mudah saja bagi-Nya. Lalu, kita ini hanyalah makhluk yang kerdil. Siapalah kita ini? Tidaklah mampu bagi kita hendak menghalang akan segala kehendak-Nya. Lahaulawalaquwwataillabilla……
Hampir 7 tahun sudah berlalu. Peristiwa tanggal 26 Dis 2004. Masih belum hilang dari benak ingatan. Namun ternyata kealpaan. Manusia mudah saja lupa akan peringatan demi peringatan.
Masihkah lagi kita tidak mahu menyedari akan peringatan demi peringatan ini?
Adakah kita di Malaysia masih berfikir…ooooh ini di Jepun di China di Taiwan di kepulauan pasifik tidak berlaku di Malaysia……gempa dan tsunami tidak berlaku di Malaysia! lalu kita terus leka dan lupa.
Negara kita juga sedang dilanda gempa. Sedang dilanda tsunami. Lihatlah apa yang sedang berlaku di sekeliling kita. Apa yang sedang kita lakukan? terlalu banyak kemungkaran. Terlalu tinggi kesombongan. Tetapi kita masih tidak mahu menyedari. Kita sedang tenggelam dalam tsunami kesesatan. Kita masih mencipta hukum sendiri. Halal haram tiada dipeduli. Fitnah adu domba jadi sebati. Kuasa digilai. Wang ringgit dipuja puji. Arak judi menjadi-jadi. Fatwa ilmuan tidak digengari. Para ulamak dihina dicaci. Apa lagi yang kita perbuat sehari demi sehari makin menyasari fitrah dan hukum Ilahi.
Bersediakah kita untuk menghentikan semua ini. Hentikan sebelum kita terlambat. Marilah sama-sama kita menginsafi lalu bertaubat dengan memperbetulkan arah haluan kita mohon taufik hidayah-Nya. Mohon keredhaan-Nya jua. Kita masih ada peluang untuk itu melainkan bagi yang masih keras hati.

P/S: Allah sudah beri isyarat. Hampir sama dengan tsunami tahun 2004. Malangnya manusia tidak mengambil iktibar dari sejarah masa lalu:
LOS ANGELES (10 Feb 2011) – Berjuta-juta ikan kecil mati termasuk ikan kembung dan sardin ditemui terapung di sebuah marina di pantai Redondo, selatan Los Angeles, lapor sebuah akhbar semalam. Apakah itu tandanya?
Malaysia (10 Mac 2011) dan beberapa hari sebelumnya – Diwaktu malam ada tak anda mendongak ke langit melihat bintang-bintang?. Hanya anak bulan sabit 5 R Akhir 1432 tanpa bintang-bintang berkedipan walaupun cuaca elok tiada hujan. Apakah itu tandanya?
wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan