Rabu, 20 April 2011

Batu Maganese

Batu Maganese....

















Penduduk kampung Kota Aur mungkin akan menerima durian runtuh kerana Batu Maganese telah dijumpai di kampung mereka. Kuantiti yang dijumpai ini boleh dikatakan agak banyak dan boleh didirikan kuari di sini. Namun semua tu masih di peringkat awal lagi dan masih dalam proses

Apa yang ulumuda nak pesan, gunalah peluang nie sebaik-baik mungkin kerana peluang hanya datang sekali saja.

Rabu, 6 April 2011

Ulu Muda - Chalet Kuala Labua..

Chalet Kuala Labua...

Setelah hampir 3 tahun di bina akhirnya chalet kuala Labua bakal dibuka untuk orang ramai. Projek dibawah kelolaan UPEN ini ini kabarnya menelan belanja hampir 2.5juta, satu pelaburan yang amat besar. Namun yang menjadi persoalannya sekarang mampukah chalet ini beroperasi memandangkan satu2nya cara untuk ke sini adalah melalui jalan air.

Kita doakanlah semoga projek ini tidak menjadi projek Gajah Putih seperti yang lain2. semoga dengan projek ini hutan simpan Ulu Muda dapat diperkenalkan kepada dunia kerana hutan Ulu Muda memiliki begitu banyak khazanah alam yang tidak ternilai..




Rumah2 chalet yg di bina di sini....




Rumah VIP..




Surau


Rumah Genset untuk bekalkan eletrik..




Dewan makan







Ahad, 3 April 2011

Pokok Tanduk Rusa.









Pokok Tanduk Rusa merupakan sejenis paku-pakis yang menumpang di dahan pokok-pokok besar bagi mendapatkan cahaya matahari. Batangnya berupa rizom dengan sisik-sisik yang tebal, mendukung daun dwimorf. Daun pakis ini adalah tebal dan berwarna hijau. Sorusnya menutupi hujung-hujung daun fertil, dan sporanya halus seperti serbuk.

Namun kebanyakkan orang tidak mengetahui yang pokok tanduk rusa ini ada 2 jenis. 1 jenis yang tanduknya terjuntai ke bawah(seperti gambar di bawah) dan yang 1 jenis lagi tanduknya ke atas(seperti gambar di atas).




Yang nie pulak memang betul2 Tanduk Rusa@Gading Gajah bukannya pokok Tanduk Rusa .... jangan silap faham.......hehe..