Sabtu, 11 Jun 2011

Pokok Mas Cotek

Mas Cotek







Pokok mas cotek atau nama saintifiknya Ficus deltoidea merupakan tumbuhan herba. Selalunya pokok nie tumbuh kat kawasan tinggi ja. Antara khasiatnya boleh meningkatkan tenaga, melancarkan peredaran darah, merawat paru-paru berair, darah tinggi, kencing manis(kencing kawan pokok nie tak leh ubat), lemah jantung, cirit-birit serta boleh jugak mengecutkan rahim bagi kaum wanita.

Hasil kajian yang dibuat Universiti Malaya dan MARDI pokok mas cotek nie mengandungi empat bahan aktif yang diperlukan badan manusia iaitu:-
1. Flavonoid
* Anti-oksida yang kuat bagi membantu mengekalan peredaran darah yang sihat
* Bertindak sebagai anti-radang dan anti-rival
2. Tannis
* Menegangkan tisu yang kendur, mengeringkan perembesan air yang berlebihan (ciri-birit) dan melindungi tisu rosak seperti ekzema atau melecur
3. Triterpenoids
* Membantu membuang serta mengeluarkan kahak dan membantu menyerap nutrient
4. Phenols
* Membantu mengurangkan serta menghilangkan bengkak dan bertindak sebagai antiseptik

Cara penyediaannya mudah ja. Keseluruhan pokok mas cotek nie boleh dijadikan ubat dari akar sampai la ke daun termasuk la buah dia sekali tapi kena la jemok(keringkan) dulu. lepas tu boleh la diminum macam mana kita minum teh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan