Khamis, 15 September 2011

Jamil Khir Baharom ubah suai rumah guna duit sendiri...Banyaknya duit dia????

Saya guna duit saya sendiri....

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan dakwaan portal pembangkang kononnya beliau menggunakan wang zakat untuk mengubah suai kediaman di Kampung Batu Muda, Batu Caves di ibunegara.

NONEBeliau berkata wang yang digunakan untuk mengubahsuai rumah yang dihuni anggota keluarganya sejak 1994 itu, adalah hasil titik peluh sendiri ketika berkhidmat dalam angkatan tentera dan menyifatkan dakwaan itu sebagai 'politik terdesak'.

"Ini perbuatan politik terdesak... Saya dulu bukan penganggur. Jawatan terakhir saya dalam tentera ialah Mejar Jeneral. Jadi, tidak mungkin seorang Mejar Jeneral tidak mampu ada rumah.

"Dia kena faham, saya tentera yang berpencen dan ada ganjaran, tetapi tiadalah sampai RM1 juta... anak-anak seramai enam orang juga tinggal bersama, jadi sebab itu banyak kereta di rumah," katanya kepada pemberita hari ini.

Jamil Khir berkata pinjaman perumahan bagi rumah yang didiami sejak 17 tahun itu, masih lagi berbaki malah lebih 10 anggota keluarga tinggal sebumbung, termasuk kedua orang tuanya.

"Rumah, hutang kerajaan, itupun tak habis lagi, hutang sejak dari 1994, (anda) boleh rujuk, dan bukan hutang masa saya jadi menteri ni," katanya.

Jamil Khir sanggup bersumpah bagi membuktikan beliau tidak menggunakan wang zakat untuk membesarkan rumahnya.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Khairul Anuar Ahmad Zainuddin hari ini dilapor menggesa menteri berkenaan menjelaskan tentang pengubahsuaian rumahnya yang didakwa menelan belanja jutaan ringgit.- Bernama

p/s: mudah-mudahan apa yang dikatakannya benar2 belaka....

MKK&Pas Cawangan Kota Aur

TAHNIAH!!!!!!Kerana berjaya menganjurkan Majlis Kesyukuran&Jamuan Hari Raya Aidilfitri






Penduduk kampung sedang menjamu selera sambil bersembang.



Ahli Parlimen Sik(YB Che Uda Che Nik) turut hadir ke majlis tersebut.





YB serta rombongannya sedang menjamu selera.


Ketua Kampung(berkopiah) sedang sibuk melayan tetamu












Termenung jauh pak long kita nie.








p/s: Dari maklumat yang ulumuda terima belum pernah lagi umno cawgn atau JKKK mengadakan majlis sebegini sepanjang mereka memerintah. Insyaallah majoriti UPU Kota Aur pasti meningkat...

Rabu, 14 September 2011

Tu dia!!!! besaqnya rumah Jamil Khir Baharom.....

Mahligai mewah Menteri Hal Ehwal Agama..

(Oleh: Nabihah Hamid)

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit.

Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.

“Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri),” katanya mengulas isu yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam.

Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah.

Beliau merujuk kes bekas Menteri Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mencetus kontroversi kerana kos kediamannya dikatakan melebihi kemampuan sebagai menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

“Rakyat pun tidak terperanjat dengan isu yang sudah dianggap biasa ini. Oleh itu, jika beliau (Jamil) ada sedikit rasa tanggungjawab dengan imej dan kedudukannya, beliau perlu tampil memberi penjelasan.

“Walaupun (dia) Jamil Khir merupakan Menteri Agama namun ia bukanlah jaminan beliau berperangai seperti Menteri-menteri lain” katanya kepada Keadilandaily.

Sebelum ini KEADILAN pernah mempersoalkan kehilangan RM32,000 wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didakwa membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Pengarah Jabatan Islam (JAWI), Datuk Che Mat Ali.

Ia terbongkar melalui kenyataan media Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, beberapa bulan lalu.

Wang zakat tersebut didakwa digunakan bagi menghalang permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan, sedangkan Jamil dan Che Mat tidak tergolong dalam kategori yang layak menerima zakat. BatuvsKayu

p/s: 2,3 kucing berlari, berlari-lari didalam dewan, mula-mula jadi menteri, lepas tu boleh la jadi jutawan...hehe mcm tak betul ja pantun nie.

Najib: GST kemungkinan selepas PRU13

Wahai orang2 kampung bersiap sedialah!!!!!!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata bahawa kerajaan sedang meninjau kemungkinan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum akan datang.

NONEBercakap kepada pemberita selepas majlis makan malam Persidangan CEO Global Forbes Ke-11 di Kuala Lumpur hari ini, Najib berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri telah diminta untuk memastikan segala sistem sudah bersiap-sedia. Katanya, isu sekarang ialah masa yang sesuai bagi pelaksanaan berkenaan.

"Kami telah umumkan, secara prinsip bahawa kita akan memperkenalkan GST dan mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menubuhkan sistem bagi membolehkan kita untuk melaksanakan ini.

"Persoalannya ialah masa. Saya berpendapat apabila tiba masanya, dalam masa terdekat... kemungkinan selepas pilihan raya akan datang, kami akan memperkenalkan GST," kata Najib.

Beliau berkata adalah penting untuk bersedia memandangkan akan terdapat gangguan dan penilaian semula apabila tiba masa pelaksanaannya.

"Saya percaya apabila sesuatu sistem diperkenalkan, tidak kira betapa rapi persediaan dilakukan, tetap akan ada kesilapan dan kelemahan dalam pelaksanaan nanti," katanya.

azlanNajib yang juga menteri kewangan juga mendakwa penerimaan rakyat terhadap pelaksanaan GST semakin meningkat.

Daripada 12 juta rakyat, hanya 1.2 juta yang membayar cukai, katanya.

"Rancangan kami ialah untuk mengurangkan defisit fiskal kami daripada 5.6 peratus kepada 5.4 peratus tahun ini dan turun kepada kira-kira tiga peratus dalam masa beberapa tahun akan datang. Jadi, apabila kami mngurangkan defisit fiskal kami, akan terdapat lebih keyakinan dalam ekonomi serta kami akan dapat menyaksikan asas yang lebih kukuh di Malaysia," kata Najib.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan pada dialog selama 45 minit itu yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarang dan Pengerusi Forbes Asia, Steve Forbes, Najib juga berkata tindakan afirmatif untuk membantu Bumiputera, yang diperkenal di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan dikekalkan.

new economic policy nepBagaimanapun menurut perdana menteri, DEB akan berubah menjadi lebih mesra pasaran dan berdasarkan merit.

Najib, yang juga menteri kewangan, berkata strategi kerajaan sekarang yang mewujudkan lebih banyak peluang bagi Bumiputera, tanpa mengenakan kuota ke atas kaum lain, juga menarik bukan Bumiputera.

"Apa yang kita dapati ialah cara ini (tindakan afirmatif di bawah DEB), pertamanya, ia tidak popular dengan pasaran; dan keduanya, tidak benar-benar membantu bumiputera.

"Apa yang cuba kita lakukan sekarang ialah mengubahnya; tindakan afirmatif kekal, tetapi ia harus lebih mesra pasaran dan harus lebih berdasarkan merit," katanya.

asean meetingMengenai sama ada telah tiba masanya bagi Asean mengkaji untuk memperkenal mata wang baharu, Najib berkata negara-negara Asean akan tetap terbuka kepada idea dalam jangka panjang tetapi pendekatan mestilah terkawal bagi mengelak daripada gangguan dalam pasaran kewangan dan mata wang.

"Saya menerima hakikat bahawa dalam jangka pendek dan sederhana, dolar AS akan terus menjadi mata wang utama antarabangsa dan euro juga akan menjadi mata wang penting. Saya tidak melihat gambaran berubah dalam jangka pendek dan sederhana.

najib and ringgit and us dollar"Tetapi dalam jangka panjang, ia (idea mata wang baharu bagi Asean) masih terbuka. Tetapi biarlah pelaksanaan terkawal supaya kami tidak mengganggu pasaran kewangan dan mata wang," kata Najib.

Beliau berkata Malaysia merupakan negara pertama menggunakan mata wang tempatan untuk menjalankan perniagaan dan perdagangan dengan China. - malaysiakini.com

p/s: adik kakak, makcik pakcik, mak long pak long lepas PRU13 nie kalau nak ke kedai kena la bawak duit lebih sikit sebab semua barang akan dikenakan cukai..