Sabtu, 29 Januari 2011

Gambar -Teloq ayam PELIK.





Pesanan buat kaum Hawa.

FITNAH AKHIR ZAMAN


Wanita di zaman ini ramai yang telah meninggalkan ajaran islam. Mereka berpakaian tapi bertelanjang, meniru pakaian orang kafir yang jelas haram hukumnya. Dan mereka juga memuja pakaian artis yang terang-terang bercanggah dengan hukum islam, mereka berseluar ketat dan nipis, berbaju singkat dan ketat. Mereka mendedahkan tubuh (aurat) dan mengiklankannya dikhalayak ramai dengan sombong, megah dan tidak segan malu dan tidak takut lagi kepada dosa dan murka (azab) Allah.

Pemerintah, mufti-mufti, alim-ulamak, ibu-bapa dan masyarakat tidak bersungguh-sungguh untuk menasihati dan mencegahnya. Kesudahan dan akhirnya berlakulah zina dan maksiat dengan bermaharaja lela di dalam kehidupan manusia hari ini akibat daripada kuman-kuman wanita yang mendedahkan tubuh badannya dan pergaulan bebas di antara laki-laki dan wanita tanpa batas agama dan undang-undang? Maka kita semua akan ditimpa bala oleh Allah! Wahai orang-orang yang mempunyai akal fikiran, bertaubatlah segera sebelum kita masuk ke dalam lubang kubur!

Manusia di zaman ini tamak haloba dengan nikmat Allah tetapi mereka tidak mahu taat kepada Allah! Manusia di zaman ini mengetahui Allah itu ada tetapi mereka tidak mahu berusaha untuk menuntut mengenal Allah. Mereka menyembah Allah sedang mata hati mereka buta terhadap Allah dan tidak pernah berhadap kepada Allah, alangkah murkanya Allah, tidakkah mereka tahu Allah sahaja yang wujud di dalam alam ini?

Manusia di zaman ini ramai tidak syukur dengan nikmat Allah, rezeki yang Allah kurnia kepada mereka itu, mereka anggap dari usaha mereka dan cerdik pandai mereka sendiri. Barangsiapa yang tidak taat kepada Allah dan tidak syukur dengan nikmat Allah dan tidak redha barang yang ditakdirkan oleh Allah, maka carilah tuhan yang lain daripada Allah dan keluarlah dari bumi Allah..!

-SEBARKAN-

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda (mafhumnya):

"Dua sifat daripada ahli neraka, aku belum lagi melihat keduanya, satu kaum yang bersama-sama mereka cemeti-cemeti seperti ekor-ekor lembu, mereka memukul manusia dengannya. Dan perempuan-perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk jannah (syurga) dan tidak akan mendapatkan baunya. Dan sesungguhnya baunya (jannah) itu boleh didapati dari jarak perjalanan demikian dan demikian.. (jauh jaraknya)."
(hadis riwayat Imam Muslim)

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." – Surah al-Ahzab : 59.

Ahad, 16 Januari 2011

Dirgahayu Tuanku..Selamat Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang ke-83




Dirgahayu Tuanku.

Semoga Allah SWT memberi taufik & hidayahNya
serta memberkati Baginda bagi terus mentadbir negeri Kedah dibawah
pemerintahannya dan Kerajaan Negeri.
Barakallahu Fi Umrik. Amin.

"Tuanku Berbudi, Rakyat Bahagia, Kedah Sejahtera"
Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.