Isnin, 29 April 2013

Ustaz Azhar Idrus - Presint 19 Putrajaya


P-125 PUTRAJAYA

Catatan Pengalaman Seorang Penjawat Awan P-125 Putrajaya

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas peluang dan kesempatan yang diberi kepada saya sekeluarga menghadiri sesi ceramah politik oleh Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya yang berlangsung di Presint 3, Putrajaya. Terima kasih kepada pihak JPA yang membenarkan penjawat awam untuk hadir ke acara demikian bagi memberi peluang kepada kami membuat penilaian sebelum memangkah pada Pilihanraya ke-13, 5 Mei 2013 nanti.

Berikut merupakan sebahagian kesimpulan yang dapat saya rumuskan sebagai seorang rakyat marhaen yang pertama kali hadir ke sesi penerangan oleh parti bukan kerajaan yang belum memerintah.

1. Sikap kesemua anak-anak muda yang saya temui amat menginsafkan saya. Waktu kami baru sampai sebaik meletakkan kereta di bahu jalan, tiba sekumpulan konvoi bermotor yang memegang bendera PAS dan PKR dalam keadaan yang aman.

Mereka sama2 meletakkan motorsikal dalam keadaan tersusun dalam suasana yang sungguh tertib, tiada hiruk pikuk atau jerit pekik sebelum mereka mengambil gambar bersama bendera parti masing2. Saya, suami dan anak2 terkedu...

Cara berpakaian dan adab anak2 muda dan orang ramai yang hadir juga amat menyejukkan mata dan hati yang memandang. Semuanya dalam keadaan tenang dan mengukir senyuman.

Terdapat sekumpulan anak2 muda yang bertugas sebagai sukarelawan yang memakai vest Unit Amal yang tugasnya mengutip sampah sarap yang tertinggal di kawasan ceramah.

Saya masih ingat, sebelum sempat pengacara mengingatkan supaya hadirin tidak meninggalkan sebarang sampah di kawasan ceramah semasa sesi berakhir, beberapa orang hadirin sudah mula mengingatkan ahli keluarga supaya mengutip sampah dan bersihkan tempat duduk sebelum beredar.

2. Tiada sebarang kata-kata kesat, caci maki atau fitnah yang dikeluarkan sepanjang majlis oleh kesemua penceramah. Ini sangat jauh berbeza dengan apa yang sering dipaparkan di tv arus perdana yang sering mengatakan pihak mereka ini suka menyebarkan fitnah dan menakut-nakutkan orang ramai.

Semua kenyataan yang diberikan contohnya mengenai hutang adalah berdasarkan fakta. Mereka lebih banyak menyatakan tawaran dan perubahan yang akan ditawarkan kepada rakyat dan penjawat awam khasnya jika diizinkan Allah untuk memerintah.

Antara yang saya ingat selain dari pembinaan maahad tahfiz sains dan bonus empat bulan (penjawat awam):
i. Rumah kuaters yang diduduki akan ditawarkan secara sewa beli dan boleh menjadi hak milik penjawat awam.
ii. Pinjaman kenderaan dan perumahan sebanyak 4% akan dihapuskan sebagai mana yang dibuat di negeri Kelantan.
iii. Lebih banyak program keagamaan dan berbentuk kekeluargaan berlandaskan syarak akan diadakan di Putrajaya.

3. Ramai hadirin yang hadir bersama keluarga dan membawa sekali anak2 yang masih kecil dan berpiknik di sana. Menurut laporan, kehadiran dianggarkan seramai 20,000 orang bukan sahaja dari Putrajaya, malahan kawasan sekitarnya. Suasana pada malam itu meleset daripada apa yang saya jangkakan. Pada anggapan saya, sudah tentu akan berpeluh dan panas kerana orang yang ramai. Tetapi alhamdulillah kuasa Allah suasana terasa nyaman dan mendamaikan walaupun dalam suasana berpuluh ribu manusia. Ada hujan rintik2 sekejap tapi tidak ada seorang pun yang berganjak bila hujan turun.

4. Sebelum majlis dimulakan, lagu qasidah dipasang untuk diperdengarkan. Sebelum dan sesudah majlis diiringi dengan doa dan menyerahkan segalanya kepada Allah.

5. Alhamdulillah anak2 tidak banyak meragam dan masing2 tidur sendiri bila mengantuk. Keberkatan dan aura dalam majlis bersama ulama menjadikan suasana di situ tidak dapat saya gambarkan dengan kata2.

6. Sejak kecil lagi saya mengimpikan suasana dan kehidupan sebegini yang menjadikan ulama sebagai ikutan dan Al-Quran dan hadith sebagai panduan tidak kira parti mana yang memerintah. Semoga Allah perkenankan impian hamba yang lemah lagi hina ini..."

Khamis, 18 April 2013

SENARAI CALON-CALON PAS & PKR KEDAH DAN PROFAIL CALON PAS KEDAH PRU13

Dewan Undangan Negeri
N1-AYER HANGAT : Zubir Ahmad (PAS)
N2-KUAH : Ahmad Kassim (PKR)
N3-KOTA SIPUTEH : Ismail Wan Teh (PAS)
N4-AYER HITAM : Abd Ghani Ahmad (PAS)
N5-BUKIT KAYU HITAM : Haji Nasrol (PKR)
N6-JITRA :Dr Rohani Abdul Mutalib (PAS)
N7-KUALA NERANG : Syed Ibrahim (PAS)
N8-PEDU : Zamri Yusof (PKR)
N9-BUKIT LADA : Ahmad Izzat Mohamad Shauki(PAS)

N10-BUKIT PINANG : Wan Romaini (PAS)
N11-DERGA : TBA
N12-BAKAR BATA : Ekmal Ahmad (PKR)
N13-KOTA DARUL AMAN : TBA
N14-ALOR MENGKUDU : Ustaz Ahmad Yahaya (PAS)
N15-ANAK BUKIT : Amiruddin Hamzah (PAS)
N16-KUBANG ROTAN : Mohd Nasir Mustafa (PAS)
N17-PENGKALAN KUNDOR : Phahrolrazi Mohd Zawawi (PAS)
N18-TOKAI : Mohamed Taulan Mat Rasul (PAS)
N19-SUNGAI TIANG : Fadzil Baharum (PAS)
N20-SUNGAI LIMAU : Azizan Abdul Razak (PAS)
N21-GUAR CHEMPEDAK : Musoddak Ahmad (PAS)
N22-GURUN : Salma Ismail (PKR)
N23-BELANTEK : Abu Bakar Bakilani (PAS)
N24-JENERI : Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS)
N25-BUKIT SELAMBAU : Dr Krishnamoorty (PKR)
N26-TANJUNG DAWAI : Dr Fakharudin (PAS)
N27-PANTAI MERDEKA : Abdullah Jusoh (PAS)
N28-BAKAR ARANG : Simon Ooi (PKR)
N29-SIDAM : Dr Robert (PKR)
N30-BAYU : Ustaz Mahmud (PAS)
N31-KUPANG :Johari Abdullah (PAS)
N32-KUALA KETIL : Md Zuki Yusof (PAS)
N33-MERBAU PULAS : Aishah Ghazali (PAS)
N34-LUNAS : Cikgu Azman Nasrudin (PKR)
N35-KULIM : Hsu Lian (PKR) ejaan aku belasah ja
N36-BANDAR BAHARU : Khairi Salleh (PAS)
Parlimen
P04-LANGKAWI : Ahmad Abdullah (PKR) kalau aku x salah dengar la
P05-JERLUN : Dr Ismail Salleh (PAS)
P06-KUBANG PASU : Jamal Nasir (PAS)
P07-PADANG TERAP : Mohd Nasir Zakaria (PAS)
P08-POKOK SENA : Mahfuz Omar (PAS)
P09-ALOR SETAR : Gooi Hsiao Leung (PKR)
P10-KUALA KEDAH : Dr Azman (PKR)
P11-PENDANG : Mohamad Sabu (PAS)
P12-JERAI : Mohd Firdaus Jaafar (PAS)
P13-SIK : Che Uda Che Nik (PAS)
P14-MERBOk : Nurin Aina (PKR)
P15-SUNGAI PETANI : Johari Abdul (PKR)
P16-BALING : Najmi Ahmad (PAS)
P17-PDG SERAI : N. Surendran (PKR)
P18-KULIM BANDAR BAHARU : Saifuddin Nasution (PKR)

Profail Calon PAS Kedah PRU13
































Selasa, 16 April 2013

REALPOLITIK

Ludwig von Rochau,seorang penulis dan ahli politik Jerman dalam bukunya yang terbit tahun 1853 menyebutkan kepentingan kuasa dalam politik.Memegang kuasa dalam politik adalah tujuan utama mengatasi yang lain hatta soal-soal moraliti dan kemanusiaan.

Inilah politik yang sebenar.Realpolitik.Ini adalah istilah Jerman,sebab itu bukan ditulis sebagai,realpolitics.

Untuk itu pasti akan ada instrumen Machiavelli.

Apa itu?Matlamat menghalalkan cara.

Matlamat PR untuk jatuhkan UMNO dahulu baru pergi ke soal pembahagian kuasa antara 3 parti itu adalah realpolitik.Sebab para realpolitiker tahu pentingnya memegang kuasa.Power is everything.

Tapi UMNO adalah Machiavelli.

Contoh lain realpolitik ialah ABU (Asal Bukan UMNO)

Sebab itu politik Malaysia adalah menarik dramanya.

UMNO dikatakan menjaga kepentingan Melayu dan jika jatuh dibimbangi Melayu akan musnah.Ini utopia UMNO.

Tapi dilema rakyat ialah para pemimpin UMNO yang jadi penyangak duit rakyat.Bila di atas mereka merompak duit rakyat sedikit demi sedikit.Ini realiti dan jadi cult dalam budaya UMNO.

Memang ada yang jujur.Tapi lama-lama mereka tentu banyak belajar dari senior mereka.

Mastermind PR ialah DS Anwar Ibrahim.Beliau pasti akan buat realpolitik sebab UMNO sudah menzalimi segenap kehidupannya.

UMNO merompak duit rakyat melalui Petronas dan ini memang umum.

Persoalannya,jika rakyat Melayu jatuhkan UMNO,adakah mereka bakal duduk bawah realpolitiker bangsa lain?

Selepas DS Anwar,tiada lagi realpolitiker yang berwibawa.

Tapi sekarang UMNO akan jadi Machiavelli paling taksub.

Manakan tidak,jika mereka jatuh,mereka akan jadi pembangkang dan akan dikeji dan dihina.Dosa-dosa mereka akan terpalit diwajah sendiri.

Tapi dalam UMNO memang ramai Machiavelli.

Bagi saya,realpolitik ialah semata-mata kerana wang.Untuk memenuhkan majlis UMNO,mereka terpaksa bayar wang kepada orang ramai untuk hadir program mereka,ini umum.

Tun Mahathir contoh realpolitiker yang tahu menggunakan asas Machiavelli.Sebab siapa yang master dalam realpolitik kena tahu buat Machiavelli.

Tapi sejarah realpolitik selalu berakhir dengan 'chaos'.Sebab manusia diciptakan bersama moraliti dan emosi kemanusiaan.Power is not everything.Macam wang,ada orang kata memang wang bukan segalanya tapi anda perlukan wang untuk dapatkan segalanya itu.You wrong.Wang tetap tidak boleh beli segalanya.Ia boleh beli perkara-perkara tertentu sahaja.

Dan para Machiavelli juga dalam sejarah...selalu mendapat karma mereka.

So...beware politicians...
~Srikandi.

PRU13: SENARAI PENUH CALON BN KEDAH!!!!!! JOM TERJAH..

ALOR SETAR 16 April - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah mengumumkan senarai calon parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Pengumuman itu dibuat di Wisma Persekutuan Anak Bukit di sini kira-kira pukul 11 pagi.

Senarai calon berkenaan ialah:

P4 LANGKAWI - Datuk Nawawi Ahmad
N1. AYER HANGAT - Mohd. Rawi Abdul Hamid
N2. KUAH - Nor Saidi Nayan (baharu)

P5 JERLUN - Datuk Othman Aziz
N3 KOTA SIPUTEH - Datuk Abu Hassan Sharif
N4 AYER HITAM - Datuk Mukhriz Tun Mahathir

P7 PADANG TERAP - Datuk Seri Mahdzir Khalid
N7 KUALA NERANG - Badrol Hisham Hashim (baharu)
N8 PEDU - Kama Noriah Ibrahim (Baharu)

P8 POKOK SENA - Datuk Shahlan Ismail (baharu)
N9 BUKIT LADA - Datuk Ahmad Lebai Sudin
N10 BUKIT PINANG - Mokhtar Mohd. Nor (baharu)
N11 DERGA - Dr. Cheah Soon Hai

P9 ALOR SETAR - Datuk Seri Chor Chee Heung
N12 BAKAR BATA - Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah
N13 KOTA DARULAMAN - Loh Gim Hui (baharu)
N14 ALOR MENGKUDU - Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah (baharu)

P10 KUALA KEDAH - Dr. Zaki Zamani Abdul Rashid (baharu)
N15 ANAK BUKIT - Datuk Hashim Yahya
N16 KUBANG ROTAN - Datuk Latt Shariman Abdullah (baharu)
N17 PENGKALAN KUNDOR - Noor Hasita Mat Isa (baharu)

P11 PENDANG - Datuk Othman Abdul
N18 TOKAI - Najmudin Darus (baharu)
N19 SUNGAI TIANG - Datuk Suraya Yaacob

P12 JERAI - Datuk Seri Jamil Khir (baharu)
N20 SUNGAI LIMAU - Fadzilah Mohd. Ali. (baharu)
N21 GUAR CHEMPEDAK - Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ismail
N22 GURUN - Dr. Leong Yong Kong (baharu)

P13 SIK - Dr. Mansor Abdul Rahman (baharu)
N23 BELANTEK - Datuk Mohd. Tajudin Abdullah
N24 JENERI - Mahadzir Abdul Hamid (baharu)

P14 MERBOK - Prof Dr. Ismail Daud (baharu)
N25 BUKIT SELAMBAU - M. L. Maran (baharu)
N26 TANJONG DAWAI - Datuk Tajul Urus Mat Zain

P15 SUNGAI PETANI - Shamsul Anuar Ismail (baharu)
N27 PANTAI MERDEKA - Ali Yahya (baharu)
N28 BAKAR ARANG - Lee Yean Wang (baharu)
N29 SIDAM - Bee Sieong Heng (baharu)

P16 BALING - Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
N30 BAYU - Datuk Azmi Che Husain
N31 KUPANG - Harun Abdul Aziz (baharu)
N32 KUALA KETIL - Mohd. Khairul Abdullah (baharu)

P17 PADANG SERAI - Datuk Heng Seai Kie
N33 MERBAU PULAS - Datuk Marlia Abdul Latif (baharu)
N34 LUNAS - S. Ananthan

P18 KULIM/BANDAR BAHARU - Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir
N35 KULIM - Chua Thiong Gee (baharu)
N36 BANDAR BAHARU - Nor Sabrina Mohd Noor (baharu)

P6 KUBANG PASU - Datuk Johari Baharom
N5 BUKIT KAYU HITAM - Datuk Ahmad Zaini Jaafar
N6 JITRA - Aminuddin Omar (baharu)

- UTUSEX ONLINE

p/s Pakat2 tengoklah calon yang bertanding kat tempat hangpa tapi jangan tengok saja pulak pastikan calon2 nie kecundang dalam PRU13 5 Mei nie.

Khamis, 11 April 2013

Kenali siapa Latife Uşşaki..First Lady..

File:Latife Hanım.jpg
Latife Uşşaki (1898-1975)

Siapa Latifah?Boleh dikatakan ramai yang tidak pernah mendengar nama ini.Namun jika kita sebut nama ini;Mustapha Kemal Pasha atau Kamal Attaturk,pasti kebanyakan kita sedia maklum.

Beliau adalah isteri kepada pemimpin sekular Turki tersebut yang juga bertanggungjawab menggulingkan pemerintahan lebih 6 abad Empayar Uthhmaniyyah di Anatolia dan sebahagian Eropah.


Sebelum berkahwin dengan Kamal Attaturk,Latifa adalah seorang wanita Islam yang memakai tudung.


Mereka berkahwin pada tahun 1923.Terpengaruh dengan aura sekularisasi oleh suaminya dan mengalami kejutan budaya oleh gerakan emansipasi wanita,maka Latifa tergamak membuang hijab dan tudung yang selama ini dipakai dan tak cukup dengan itu Latifa menggalakkan wanita Turki membuang tudung bersama-sama.


Berperang dengan hukum Tuhan yang menciptakan sekecil-kecil quark dan sebesar-besar Proxima Centauri adalah harga mati.Akibatnya ialah fatal.


Latifa diceraikan 2 tahun kemudian.Sangat singkat untuk Latifa berada di puncak kekuasaan sebagai First Lady.


Maka aksi-aksinya membuang tudung amat memalukan dirinya dan membuatkan dirinya begitu hipokrit terhadap Tuhan yang menciptakan wanita seperti dirinya.


Ada sebab tudung dan hijab diperintahkan wanita untuk dipakai.Tuhan bukan main-main dalam soal ini.Pernahkah Tuhan bermain-main dalam mencipta alam semesta?


Selepas diceraikan,Latifa mengasingkan diri di Izmir dan Istanbul dan hidup seolah-olah dalam buangan dan mengelakkan diri dari hubungan luar sehingga akhir hayatnya.


Itu baru bab tudung...jika bab HUKUM ALLAH?


Kita sudah maklum hukuman Tuhan kepada Kamal Attaturk.Mayatnya masih dihimpit batu-batu granit 42 ton di Anitkabir,Ankara...bukan ditanam sebab bumi Tuhan tidak menerima mayatnya.


Bila bumi tak terima mayat,rumah macam resort harga 3juta pun tak berguna.Tanah,saham,perniagaan dah macam sampah dan bangkai.


Sebab itu siapa yang mengatakan hukum Tuhan di dalam AlQuran tidak sesuai dijalankan sebab masyarakat majmuklah atau sebab zaman yang berbezalah maka persiapkan diri untuk 'berperang dengan Tuhan'.


Saya nak ajar pemimpin-pemimpin Umno yang serba salah dalam menjawab soalan pasal Hudud ni.Lain kali kalau wartawan tanya kenapa tak jalankan hukum Islam/Hudud?


Jawab macam ni: "Iman saya lemah nak jalankan ia buat masa sekarang".


atau,"Saya ingin buat tapi masih tak mampu lagi,saya berharap Allah swt bagi saya kekuatan untuk saya laksanakan hukum Dia pada masa akan datang"


bukannya,"hukum Hudud tak sesuai dijalankan di Malaysia"

atau,"saya akui ia hukum Allah tapi buat masa ini ia belum lagi sesuai untuk masyarakat majmuk macam Malaysia"

Siapa yang tentukan ia sesuai atau tak?Tuhan atau anda?


Ingat,jawapan anda disaksikan malaikat.Ini bukan main-main.Hukum dalam AlQuran bukan main-main.Allah swt ciptakan susunan kromosom dalam DNA tak main-main.Tanya ahli biologi.Allah swt ciptakan susunan petala dalam peringkat elektron pun bukan main-main,tanya ahli kimia.Allah swt ciptakan jumlah tenaga yang terlepas dalam satu diskret dalam kuantum mekanik sesuatu juzuk pun bukan main-main.Tanyalah pakar Fizik.


Kita yang yang mengeluh bila sakit perut nak ke tandas ni boleh main-main dengan hukum Allah Yang Maha Perkasa?I wonder hear this.


Tidak mustahil ini kali terakhir Datin Rosmah jadi "First Lady".Sakit kalau dah jatuh terduduk.Orang dah tak pandang kita.Kita tiada kuasa dah.Musuh-musuh kita tunggu masa nak makan kita yang dah jatuh ni.Masa ni baru nak ingat Tuhan.Confirm...masa susah baru nak ingat sejadah.


~Srikandi

Master of PoliticalPuppet