Khamis, 1 Mei 2014

TERKINI!!!!!!! : HIMPUNAN BANTAH GST 501 DATARAN MERDEKA- updated

RAKYAT MALAYSIA BANTAH GST....

 
Siaran Langsung klik http://www.mobtv.my/


KUALA LUMPUR: Kota raya Kuala Lumpur dibanjiri para peserta Himpunan 501 Bantah GST anjuran NGO 89, juga disertai komponen parti dalam Pakatan Rakyat. Dengan memakai baju berwarna merah, mereka mula berkumpul sejak subuh lagi.

Beberapa tempat ditetapkan penganjur sebagai tempat perkumpulan awal sebelum bergerak menuju ke Jalan Raja, Dataran Merdeka. Antaranya termasuklah, Masjid Negara, Dataran Maybank, KLCC dan Sogo.

Perhimpunan hari ini turut mendapat kerjasama pihak polis dan penganjur dibenarkan berhimpun di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka.

Polis bagaimanapun menegaskan peserta himpunan tidak boleh memasuki padang Dataran Merdeka kerana ia sedang dalam proses menaik taraf.

GST diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan bajet 2014 Oktober lalu, akan dilaksanakan pada April 2015.


LAPORAN LANGSUNG

4.30 PM: Penganjur mengumumkan himpunan tamat. Ia diakhiri dengan bacaan doa oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Johor yang juga Adun Puteri Wangsa Ust Abdullah Husin. Peserta dinasihatkan bersurai secara aman.


4.18 PM: Anwar Ibrahim mengambil pentas diambut sorakan daripada hadirin.
"Hari ini kita dikejutkan dengan kebangkitan rakyat. RTM, TV3 lapor tak lebih 1000 orang hadir," katanya.
"Kita terharu dengan dokongan rakyat. Kita rasa apa yang rakyat rasa.Sebab itu kita guna jalan raya
"Menteri BN faham? mereka tak faham," katanya lagi.


4.15 PM: Tian Chua berucap. Beliau ucap tahniah kepada BN.
"Kerana kebodohan pemimpin BN kita disini bersatu semua kaum," katanya.

Katanya, rakyat bukan hanya menolak GST, tapi menolak semua dasar yang zalim.

4.10 PM: AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berucap. Terdahulu Ambiga dan Syed Shahir berucap. Dzulkefly melaungkan GST "Gasak sampai tertunggeng".
Najib kata mereka sangat perihatin kepada rakyat. Dia kata dulu dua cukai sekarang satu.
"Dia tanya apa lagi rakyat mahu. Mereka akan dapat RM20 bilion hasil memerah keringat rakyat," katanya.

4.05 PM: Adun Changkat Jering Mohmmad Nizar Jamaluddin berucap. Beliau berkata Umno akan tumbang kerana kezaliman mereka. Rakyat akan lawan sampai Umno tumbang.

4.00 PM: Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berucap. Beliau mengimbau kembali kisah zaman reformasi tahun 1998. Beliau juga menceritakan semula pengainayaan terhadap Anwar Ibrahim.
 
3.55 PM: Mohamad Sabu sekali lagi berucap sebagai selingan. Beliau meminta peserta tunggu sehingga majlis selesai dengan berkata, "kita selesai, sempat solat Asar".
"Kita tunggu sehingga ucapan Anwar. Mungkin ini kali terakhir ucapan Anwar kepada kita," katanya merujuk hukuman penjara yang dikenakan kepada Anwar.

3.52 PM: Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Khairuddin Aman Razali mula berucap. Beliau memulakan ucapan dengan berkata "GST adalah zalim".
Ini kerana cukai ini katanya dikenakan kepada semua orang termasuk orang miskin. Dalam masa yang sama kerajaan pula terus berboros.
"Himpunan ini adalh jihad. Pertemuan kita hari ini adalh jihad. Jihad menentang pemborosan".
"Jihad ini perlu diteruskan sehingga BN tumbang pada pilihan raya akan datang," katanya.

3.50 PM: Keadaan langit mula gelap, guruh mula berbunyi. Dataran Merdeka masih penuh dengan lautan manusia.

Peserta tidak berganjak walaupun ada tanda-tanda menunjukkan akan hujan.

3.47 PM: Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar pula berucap.
"Hujan, jangan turun dulu," katanya memulakan ucapan.
Beliau turut menggesa semua beserta tidak berganjak sekalipun hujan turun.

3.45 PM: Pengerusi majlis mengumumkan ketibaan kumpulan daripada KLCC baru sahaja tiba.

3.40 PM: Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris AHmad mengambil giliran. Beliau berkata himpunan hari ini tanda penyatuan kaum membantah GST.
"GST dilaksana ini kerana duit kita tak ada. Satiap tahun laporan ketua audit negara kata berlaku pembaziran, tapi kerajaan ambil pengajaran atau tidak?
"Kalau macam ini punya gaya, air di lautan atlantik pun boleh habis," katanya.

 


3.20 PM: Pengerusi Majlis, Chegu Bard menyatakan himpunan hari ini akan berlangsung panjang dan meminta peserta bersabar dan akan diisi dengan program oleh penganjur. 3.30 PM: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berucap. Beliau berkata himpunan hari ini adalah satu kejayaan besar selepas beberapa kali himpunan besar yang dilakukan sebelum ini.

Pekerja negara ini menerima kenaikan gaji kalah dengan Indonesia. Sedangkan mengorban keringat untuk negara. Kini ditekan lagi dengan GST.

3.25 PM: Wakil Dewan Muslimat, Aiman Athirah berucap. Beliau mengajak rakyat untuk terus mendesak kerajaan agar menghapuskan GST.


3.15 PM: Mohamad Sabu sekali lagi berucap sebagai Timbalan Presiden PAS. Beliau berkata kerajaan tidak faham bahasa rakyat dan kali ini rakyat menggunakan bahasa jalan raya.

Kaedah jalan raya ini katanya telah berjaya mendesak kerajaan sebelum ini dalm isu ISA dan PPSMI.


3.12 PM: Sepanjang Jalan Raja dipenuhi dengan lautan peserta berpakaian merah. Dianggarkan hampir 50,000 sudah berada di sini ketika ini.

Kumpulan dari KLCC akan tiba di sini sedikit masa lagi.

Wartawan Harakahdaily di Jalan Raja melaporkan talian komunikasi mula terganggu.

3.10 PM: Azmin Ali pula berucap. Beliau berkata perhimpunan rakyat hari ini sesuatu yang luar biasa, semua rakyat bangkit utk tolak umno BN, bukan shj menentang gst tetapi kita tentang seluruh dasar zalim yg menekan rakyat.

"Umno mendakwa mereka mendapat RM3.8 bilion dari GST, tetapi syarikat besar dikecualikan dari cukai...Najib kena jawab," kata beliau.

3.05 PM: Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Ismail mula berucap. Beliau berkata kaum wanita turut terasa jika gst ini dilaksanakan.

"Kita akan tentang gst sampai habis-habisan, kita akan guna kuasa rakyat untuk tentang pelaksanaannya," katanya.


4.05 PM: Adun Changkat Jering Mohmmad Nizar Jamaluddin berucap. Beliau berkata Umno akan tumbang kerana kezaliman mereka. Rakyat akan lawan sampai Umno tumbang.

4.00 PM: Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berucap. Beliau mengimbau kembali kisah zaman reformasi tahun 1998. Beliau juga menceritakan semula pengainayaan terhadap Anwar Ibrahim.
 
3.55 PM: Mohamad Sabu sekali lagi berucap sebagai selingan. Beliau meminta peserta tunggu sehingga majlis selesai dengan berkata, "kita selesai, sempat solat Asar".
"Kita tunggu sehingga ucapan Anwar. Mungkin ini kali terakhir ucapan Anwar kepada kita," katanya merujuk hukuman penjara yang dikenakan kepada Anwar.

3.52 PM: Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Khairuddin Aman Razali mula berucap. Beliau memulakan ucapan dengan berkata "GST adalah zalim".
Ini kerana cukai ini katanya dikenakan kepada semua orang termasuk orang miskin. Dalam masa yang sama kerajaan pula terus berboros.
"Himpunan ini adalh jihad. Pertemuan kita hari ini adalh jihad. Jihad menentang pemborosan".
"Jihad ini perlu diteruskan sehingga BN tumbang pada pilihan raya akan datang," katanya.

3.50 PM: Keadaan langit mula gelap, guruh mula berbunyi. Dataran Merdeka masih penuh dengan lautan manusia.

Peserta tidak berganjak walaupun ada tanda-tanda menunjukkan akan hujan.

3.47 PM: Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar pula berucap.
"Hujan, jangan turun dulu," katanya memulakan ucapan.
Beliau turut menggesa semua beserta tidak berganjak sekalipun hujan turun.

3.45 PM: Pengerusi majlis mengumumkan ketibaan kumpulan daripada KLCC baru sahaja tiba.

3.40 PM: Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris AHmad mengambil giliran. Beliau berkata himpunan hari ini tanda penyatuan kaum membantah GST.
"GST dilaksana ini kerana duit kita tak ada. Satiap tahun laporan ketua audit negara kata berlaku pembaziran, tapi kerajaan ambil pengajaran atau tidak?
"Kalau macam ini punya gaya, air di lautan atlantik pun boleh habis," katanya.


3.00 PM: Suhaizan berkata, kita berhimpun kerana hendak tolak gst, kita ingin desak kerajaan tarik balik gst. Kita berhimpun untuk tentang gst yang zalim, menindas rakyat. Kita akn tentang....BN zalim sebab ingin laksanakan gst. Kita akan tentang mereka pada pru14 nanti.

2.55 PM: Giliran Mohamad Sabu memberi ucapan. Beliau berkata peserta tidak akan masuk ke padang, tetapi akan penuhkan jalan raya di sini, dan meminta peserta menunjukkan disiplin.

Mereka akan menunggu kumpulan dari KLCC tiba sedikit masa lagi.

"Kita akan berada di sini sampai arahan bersurai. Kita berhimpun secara aman. Sekarang semua di bawah arahan saya," katanya.


2.50 PM: Lebih 40,000 dianggar sudah memenuhi Jalan Raja di Dataran Merdeka ini. Bagaimanapun beberapa kumpulan lagi belum tiba termasuk kumpulan dari KLCC.

2.45 PM: Mahfuz dalam ucapannya berkata, perhimpunan hari ini merupakan sesuatu yang bersejarah. Ia bukan sahaja bagi rakyat menyatakan bantahan terhadap GST, tetaoi menjadi sebahagian daripada produk pelancongan.

"Kita harap setiap 1 Mei akan ada himpunan dan pihak kementerian pelancongan boleh setuju," katanya. 2:40pm Dataran Merdeka - Jumlah peserta semakin bertambah dan saling himpit menghimpit antara satu sama lain.

2.38pm Dataran Merdeka - Jumlah peserta yang berarak dari Masjid Negara bertambah kepada 25,000 orang apabila disertai oleh kumpulan yang tiba lebih awal di persimpangan Jalan Tun Perak - Jalan TAR.

Setiausaha Pemuda PAS Mohd Nasaie Ismail melaungkan "Merdeka" sebaik mereka tiba di kawasan Dataran Merdeka.

2:30pm Dataran Merdeka - Kedua-dua kumpulan, dari Jalan TAR dan Masjid Negara bergabung di Jalan Raja, di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Mereka mengibar bendera dan petugas yang membawa pembesar suara tidak putus-putus melaungkan "Merdeka" dan "Tolak GST" dengan disambut orang ramai.

2.30pm Jalan Ampang - Kumpulan peserta di KLCC mula berarak ke arah Dataran Merdeka dengan bendera berwarna merah kelihatan membanjiri Jalan ampang berdepan bangunan Avenue K.

Kumpulan ini diketuai Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan dan mereka berarak sambil berselawat ke atas nabi diikuti laungan "Bangkit! Bangkit! Bangkit rakyat!".

Bas dan teksi juga terperangkap dalam kesesakan di belakang kumpulan peserta ini yang berjalan perlahan-lahan menuju ke Dataran Merdeka.

Turut kelihatan berarak bersama kumpulan ini adalah bekas pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga dan pengasas NGO Suaram, Dr kua Kia Soong.

2.16pm Masjid Negara - Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar bersama beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat mengetuai lebih 5,000 peserta yang baru selesai menunaikan solat Zohor untuk berarak ke Dataran Merdeka.

Mereka melaungkan slogan "Hancur BN", "Hancur GST" dan "Hancur BN" sambil diawasi oleh Unit Amal PAS.

Jumlah peserta, termasuk di Jalan Ampang, di persimpangan Jalan TAR dan Jalan Tun Perak serta di Dataran Maybank, kini mencecah 10,000 orang.

2pm Jalan Ampang - Peserta himpunan yang duduk mula mendengar ucapan beberapa wakil NGO di antaranya merupakan aktivis siswa, Mohd Bukhairy Sufian, dan aktivis anti-Lynas, Wong Tack.

Di pintu masuk KLCC pula, petugas-petugas keselamatan pusat membeli-belah Suria KLCC berdiri dan meninjau keadaan semasa.

Mereka dilihat menghalang individu dengan kain pengikat kepala dengan mesej GST atau bendera-bendera anti-GST berwarna merah daripada masuk ke pusat membeli-belah.

1.20pm Jalan TAR - Kira-kira 1,000 peserta yang berarak dari Sogo tiba di persimpangan jalan TAR - Jalan Tun Perak.

Sebilangan daripadanya berteduh di bawah pokok dan juga di bawah landasan LRT sementara menunggu kumpulan lain.

1.10pm Masjid Negara Seorang petugas Unit Amal daripada PAS Hulu Langat memaklumkan kepada peserta supaya tidak termakan dengan pelekat dengan slogan "Hudud For All, Muslim and Non Muslim (Hudud untuk semua, Islam dan bukan Islam)".

Petugas itu memaklumkan bahawa satu tindakan provokasi daripada pihak tidak bertanggungjawab dan ia bukan dikeluarkan oleh pihak penganjur.

"Ia bukan daripada pihak kita. Ini untuk provokasi kepada perhimpunan aman kita," kata petugas Unit Amal itu.

Kata petugas parti PAS yang lain, sticker itu ditemui oleh petugas unit Amal dalam jumlah yang "banyak".

Dia juga turut menunjukkan pelekat tersebut kepada para wartawan dan jurugambar.

Manakala seorang peserta dripada Pulau Pinang kata, dia jumpa sticker bertulis: "Hudud is barbaric" dengan karikatur tiga orang berjubah sedang sebat seorang individu dan mengandungi logo DAP.

"Ini memang teruk, sebab hari ni tahu anti-GST, ini provokasi. Saja nak melaga-laga kita," katanya yang tidak mahu namanya disebut.

1.16pm Jalan Ampang dekat KLCC - Seorang individu yang sebelum ini didakwa di mahkamah berhubung kes National Feedlot Corporation Datuk Shamsubahrin Ismail dilihat mengawal lalu lintas untuk teksi.

Menurutnya, beliau kebetulan berada di kawasan ini kerana meninjau perjalanan operasi kereta sewa miliknya di hadapan KLCC.

"Himpunan ini objektifnya bagus dan setakat ini saya lihat himpunan ini aman," katanya kepada Malaysiakini.

1pm Sogo - Kira-kira 2,000 peserta himpunan kini mula berarak dari pusat membeli belah Sogo ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Pergerakan peserta himpunan itu yang memenuhi ruang jalan raya tersebut menghalang laluan lalu lintas di jalan berkenaan.

Jalan Ampang dekat KLCC - Kira-kira 300 orang dengan sebahagian besarnya berbaju T merah sudah berkumpul di depan pintu masuk KLCC berhampiran Jalan Ampang.

Sebahagian hadirin juga kelihatan memakai baju hitam SAMM dan antara personaliti yang kelihatan adalah Chegubard dan bekas ADUN Kota Damansara, Dr Nasir Hashim.

1.00pm Masjid Negara Peserta Protes Anti-GST berbondong-bondong menuju ke Masjid Negara menunaikan solat Zohor berjemaah.

12.37pm Dataran Merdeka - Dua orang pelancong China ketika ditemui berkata mereka tidak bimbang dengan kehadiran lebih 100 orang anggota polis yang mengelilingi Dataran Merdeka.

Seorang daripadanya yang enggan dikenali berkata perhimpunan tersebut menunjukkan kerajaan sedia mendengar suara rakyat.

"Kami tidak terkejut mahupun bimbang," katanya yang menambah suasana seperti itu amat jarang berlaku di China.

Walaupun kawasan padang itu ditutup, polis tetap membenarkan pelancong melepasi sekatan untuk bergambar di kawasan tersebut

12 tengahari Pulau Pinang - Perhimpunan berakhir selepas beberapa jurucakap membangkitkan isu hak pekerja di atas pentas dan juga ucapan penganjur, yang menyatakan penghargaan kepada 300 orang peserta.

Dataran Maybank, KL - Seramai 200 orang berhimpun dengan membawa kain rentang dengan slogan 'GST bebankan rakyat' dan 'Derita Derita Derita'.

Seramai kira-kira 50 orang anggota Unit Amal PAS sudahpun mengambil tempat namun pemimpin parti politik masih belum kelihatan.

KLCC - Kelihatan sekumpulan lima orang lelaki berpakaian baju-T merah dipercayai peserta himpunan hari ini berlegar-legar di kawasan air pancut Taman KLCC.

Empat orang polis berpakaian seragam tanpa lencara dilihat berkawal kira-kira lima meter dari kumpulan terbabit.

11.50am Sogo - Seramai 500 orang memenuhi di hadapan pintu masuk kompleks tersebut.

Ramai di kalangan peserta berkenaan mengambil peluang dengan dua pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli dan Datuk Kamaruddin di ruang tersebut.

Selain itu, para peserta juga mengambil kesempatan untuk bersarapan di kedai roti mewah The Loaf, di perkarangan kompleks berkenaan sambil melihat-lihat kumpulan orang ramai.

11.30am: Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka - Kawasan ini ditutup dengan hadangan bongkah plastik dan kelihatan petugas DBKL beruniform berkawal di sekeliling Dataran DBKL.

11.30am Masjid Negara - Ketua Penerangan PAS Kedah Mohamad Sanusi Mohd Noor yang ditemui Malaysiakini menggesa kerajaan mengambil kira suara rakyat yang bimbang dengan peningkatan kos sara hidup.

"Kerajaan jangan buat pekak telinga. Kerajaan perlu mendengar bantahan rakyat mengenai GST.

"Banatahan seumpama akan berterusan jika kerajaan enggan mendengar... Isu sara hidup jadi isu nasional dengan getah sekerap mencecah RM1.70 sekilogram di Baling, Ikan kembung di Kedah, RM15 sekilo.

"Peningkatan yang luar biasa. Rakyat tak tahan tapi depa datang jugak tunjuk bantahan," katanya.

Menurutnya lagi, terdapat peserta yang tiba seawal malam tadi atau sebelum subuh untuk menyertai perhimpunan ini.

11.15am Sogo – Seramai kira-kira 200 orang peserta mengambil tempat di di hadapan kompleks membeli belah, manakala beberapa individu cuba mengambil kesempatan menjual barangan seperti  ikat kepala, baju-T dan topeng muka dan juga vuvuzela.

Topeng dengan corak tengkorak itu dijual dengan harga antara RM10 hingga RM15. Penjualnya berkata, ia berguna bagi peserta demonstrasi yang tidak ingin dikenali.

11am Masjid Negara - Jalan masuk ke Masjid Negara ditutup kepada lalulintas. Tiga orang anggota polis trafik dilihat berkawal di pintu masuk manakala peserta perhimpunan mula berhimpun di luar masjid.

10.40am Pulau Pinang - pengerusi MTUC negeri S Ravindran menyalahkan akhbar tempatan yang didakwa memberi imej negatif ke atas perhimpunan hari ini sehingga menyebabkan tidak ramai menyertainya.

10:40am: Para peserta yang berpakaian warna merah mula berhimpun di perkarangan kompleks membeli belah Sogo. Beberapa orang anggota penguatkuasa DBKL dilihat berkawal di pintu masuk utama bangunan tersebut, selain enam petugas keselamatan Sogo.

10.25am Pulau Pinang - seramai 300 orang berhimpun di persimpangan Jalan Siram dan Jalan Telaga Air, Butterworth. Mereka membawa plakad dan bendera MTUC dan melaungkan slogan 'Hidup Pekerja'.

10.20am Masjid Negara Suasana di sini meriah dengan kehadiran para peserta perhimpunan sejam jam 5 pagi. Beberapa individu dilihat membuka gerai menjual barangan dengan slogan anti-GST, termasuk baju-T berwarna merah.