Khamis, 19 Januari 2012

Menteri takut untuk isytihar harta

Perisytiharaan harta menteri 'bahaya' kata Nazri

Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan.

"Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.

Ditanya mengenai ‘bahaya’ yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.

Nazri bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut perkara berkenaan.

Semalam, pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajipkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara prinsip telah bersetuju dan berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Minggu lalu, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka manakala Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria juga membayangkan semua hakim juga akan dikehendaki berbuat demikian. -sumber

p/s: apa yang bahayanya? majalah Forbes dedah senarai manusia terkaya di dunia tak bahaya pon.Kalau harta yang dimiliki dari sumber yang bersih kenapa perlu takut. Orang macam nie pon boleh jadi menteri..

Kedah bayar hutang Kerajaan pusat RM10 juta.

Rekod Cemerlang Pentadbiran Kerajaan Negeri Pimpinan PAS

http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/faktahutangkerajaanpasa.jpg

Kerajaan-kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS menunjukkan rekod cemerlang pemerintahan apabila kesemua kerajaan tersebut berjaya membayar hutang kepada kerajaan pusat.

Terbaru, kerajaan Kedah yang di pimpin Menteri Besarnya Dato' Seri Azizan Razak telah berjaya membayar hutang peninggalan Umno-Barisan Nasional (BN), walaupun baru sahaja menerajui tampuk pemerintahan sejak Mac, 2008.

Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di pekan Manir, dekat sini, 16 Oktober lalu.

”Tengok (negeri) Kedah, sebelum kita menang, sebelum Dato’ Seri Azizan jadi Menteri Besar, Kedah berhutang RM2 bilion dengan kerajaan pusat,

”tahun ni buat kali pertamanya, Kedah membayar (hutang sebanyak) RM10 juta,”katanya

Menurutnya, perkara tersebut telah dibentang dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak.

Katanya, apabila mendengar laporan tersebut, Najib ’berasa malu’ terpinga-pinga dan tidak berkata apa-apa, akhirnya bertanya kepada Menteri Besar Selangor, bilakah Selangor akan membayar hutang kepada kerajaan pusat.

Hasrat ’menutup malu’ dan cuba menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah dipulangkan ’paku buah keras’ oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

”Kerana ’tidak ada arah’ akhirnya pusing ke arah Menteri Besar Selangor, lalu bertanya, bila Selangor mahu bayar hutang,

”Menteri Besar Selangor menjawab ’dengan cerdik’ dan berkata, hutang kita (negeri Selangor) bukan saya yang buat, tapi milik anak’Toyo’ (Dato’ Seri Mohd Khir Toyo) sebelum ini,”jelas Nik Amar.

Sebelum itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, negeri-negeri dibawah pemerintahan Umno-BN adalah negeri yang paling teruk berhutang namun tidak pernah membayar hutang.

Sebaliknya berdasarkan rekod yang disemak Buletinonline, negeri-negeri dibawah pemerintahan PAS telah berusaha membayar hutang kerajaan, walaupun hutang tersebut telah dibuat oleh kerajaan Umno-BN (Lihat jadual)

Sebagai contoh, sehingga bulan Oktober 2008, Kerajaan negeri Kelantan telah berjaya membayar

sejumlah RM220 juta hutang kepada kerajaan pusat sejak memerintah Kelantan bermula tahun 1990.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Dato' Husam Musa berkata, jumlah hutang yang ditinggalkan kerajaan BN ketika PAS mula-mula mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sebanyak RM718 juta.

Katanya, setiap tahun kira-kira RM11 juta dibayar kepada kerajaan pusat, menjadi jumlah yang dibayar sehingga sekarang sebanyak RM220 juta.

Perkara yang sama telah dilakukan oleh kerajaan PAS Terengganu diantara 1999 sehingga 2004 lalu.

Kerajaan Barisan Alternatif (BA) negeri Terengganu (ketika itu) yang dipimpin oleh PAS telah membayar balik hutang peninggalan kerajaan Umno-BN sebanyak RM37,115,398.89 kepada kerajaan Pusat.

Bayaran balik yang dilakukan pada tahun 2000 itu terdiri daripada pokok sebanyak RM24,590,666.52 dan faedah berjumlah RM12,524,732.37.

Perkara diatas telah didedah oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Menteri Besar Terengganu ketika itu.

Beliau menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani (PAS-Rantau Abang) pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kesepuluh, pada bulan April tahun 2002.

Justeru, dengan rekod cemerlang tersebut, Nik Mohd Amar ketika mengakhiri ceramahnya berkata, rakyat Malaysia tidak perlu ragu untuk memilih PAS menjadi kerajaan dan melantik dikalangan pemimpin PAS untuk menjadi Menteri Besar sesebuah kerajaan. - sumber

p/s: Pemerintahan yang bersih rasuah Insyaallah hasil negeri akan bertambah..