Memaparkan catatan dengan label Ulu Muda/Gubir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ulu Muda/Gubir. Papar semua catatan

Rabu, 6 April 2011

Ulu Muda - Chalet Kuala Labua..

Chalet Kuala Labua...

Setelah hampir 3 tahun di bina akhirnya chalet kuala Labua bakal dibuka untuk orang ramai. Projek dibawah kelolaan UPEN ini ini kabarnya menelan belanja hampir 2.5juta, satu pelaburan yang amat besar. Namun yang menjadi persoalannya sekarang mampukah chalet ini beroperasi memandangkan satu2nya cara untuk ke sini adalah melalui jalan air.

Kita doakanlah semoga projek ini tidak menjadi projek Gajah Putih seperti yang lain2. semoga dengan projek ini hutan simpan Ulu Muda dapat diperkenalkan kepada dunia kerana hutan Ulu Muda memiliki begitu banyak khazanah alam yang tidak ternilai..




Rumah2 chalet yg di bina di sini....




Rumah VIP..




Surau


Rumah Genset untuk bekalkan eletrik..




Dewan makan







Khamis, 24 Februari 2011

Sira Air Panas - Kuala Labua

Di Tasik Gubir terdapat satu tempat yang dinamakan Sira Air Panas. Air kat sira nie ada yang panas ada yang sejuk. Sira nie menjadi tempat tumpuan binatang2 seperti gajah, rusa, tapir, kijang, pelanduk bermain. Mungkin jugak binatang2 nie suka mandi air panas(agak2 aku je la). perjalanan ke tempat nie, kalau dari pengkalan gubir memakan masa lebih kurang 1 jam setengah.

kat sini airnya ada yang panas ada yang sejuk..

yang kat sini airnya panas tak ada yang sejuk...kalu letak telor ayam, setengah minit dah boleh makan.

yang nampak putih2 tu, air kat situ panas..bawah pada tu sejuk boleh mandi lagi..









Rabu, 17 Februari 2010

Tasik Ulu Muda.....tiada pemantauan menyebabkan pengunjung semakin rakus dan tamak.



Tiada pemantauan pihak berkuasa menyebabkan tasik Ulu Muda/Gubir semakin dinodai. Jika 5 tahun yang lalu begitu banyaknya spesis ikan yang terdapat di sini, namun kini semuanya bakal tinggal kenangan saja jika tiada pemantauan dilakukan.

KotaLabua masih ingat lagi, dulu ikan-ikan seperti Tengas, Kelah dan Sebarau begitu banyak sekali. Tak susah kalau nak makan ikan2 ni tapi sekarang nie jangan kata nak makan tengas atau kelah, sebarau pun belum tentu lagi. Ini semua disebabkan aktiviti2 mengebom ikan yang berleluasa(ikut sedap hati mak bapak depa saja) dan jugak aktiviti karan ikan.

KotaLabua rasa sudah sampai masanya kerajaan Negeri Kedah melakukan sesuatu sebelum keadaan menjadi lebih parah lagi. Kalau boleh wartakan Tasik Ulu Muda/Gubir sebagai taman negeri.

Kepada pengunjung2 yang ingin datang ke tasik Ulu Muda/Gubir ini hargailah anugerah yang ALLAH berikan kepada kita.

KotaLabua......

Rabu, 13 Mei 2009

Ulu Muda. - Sg Besar








Barang2 yang dibawa.















Inilah kenderaan kami,enjin V10...Walaupun jeram2 yang ada kat sini agak bahaya, namun kami dapat juga mengharunginya...syabas kpada pemandu bot...










Cantik tempat nie...Bukan senang nak smpai sini.Bagi yang inginkan kedamaian,keindahan alam semulajadi ini adalah tempatnya.Tempat yang tiada pencemaran.Banyak lagi gambar ni tapi berokband buat hal la..tapi tak pa akan di pastikan semua gambar yang diambil akan di upload...sabar yea...