Sabtu, 9 Julai 2011

PRESIDEN PAS DITANGKAP!!!!!!!! umPROno saja cari nahas...

6 Syaaban 1432H.
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangkap di stesen KL Sentral kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Beliau dibawa dengan trak polis ke Balai Polis Jinjang.

Turut ditangkap ialah setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sebelum itu timbalannya Mohammad Sabu dan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga turut ditangkap.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub juga ditangkap di KL Sentral pada jam 12.24 tengah hari dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Selain mereka, lebih 400 sudah ditangkap dan Pasukan Peguam PAS telah mengenalpasti lebih 133 orang dari mereka.

Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang atau Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak.

p/s: umPRono saja cari nahas jika tidak dilepaskan Presiden PAS...

BERSIH 2.0 - ANWAR IBRAHIM DIKEJAR KE HOSPITAL PANTAI AKIBAT DITEMBAK

TERKINI!! BERSIH 2.0 LIVE 1540 HRS - ANWAR IBRAHIM DIKEJAR KE HOSPITAL PANTAI, HUSAM MUSA BERJAYA KE STADIUM MERDEKA!! TAKBIR!!

TERKINI!!


SUSULAN TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA YANG HAMPIR MENGENAI KETUA PEMBANGKANG ANWAR IBRAHIM TADI, KINI BELIAU DIKEJARKAN KE HOSPITAL PANTAI, BANGSAR UNTUK MENDAPAT RAWATAN LANJUT!

SEMENTARA ITU - STATUS PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT YANG DITAHAN

1) KHALID SAMAD DIKEJAR KE HOSPITAL KERANA CEDERA PARAH DI BADAN

2) DR DZULKEFLY AHMAD - DITAHAN

3) SIVARASA RASIAH - DITAHAN

4) NGEH KOO HAM - DITAHAN

5) LATHEEFA KOYA - DITAHAN

MANAKALA NURUL IZZAH TERSELAMAT DAN KINI BERADA DI HOTEL HILTON KL SENTRAL

NAIB PRESIDEN PAS YANG MASIH BERADA DI LAPANGAN, HUSAM MUSA PULA BERJAYA MARA KE STADIUM MERDEKA DENGAN RIBUAN PEJUANG RAKYAT!

SUASANA DI HOSPITAL TUNG SHIN MASIH DALAM KEADAAN KELAM KABUT KERANA POLIS SEDANG MEMPERHEBATKAN SERANGAN GAS PEMEDIH MATA!

sumber - http://jalanpulang1978.blogspot.com

BERSIH 2.0 - MASIH BERHIMPUN

Sekurang-kurangnya lima lokasi dijadikan tempat berkumpul perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini. Antaranya di Jalan Petaling, berhampiran Kompleks Daya Bumi, Masjid Jamek, Pudu dan Sogo.

NONEPolis terus melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyekat kemaraan rakyat.

Akibat asakan dan tangkapan ke atas tangkapan lebih 500 orang, penunjuk perasaan mula menuju ke kawasan Puduraya-Menara Maybank. Jumlah mereka kini dianggarkan tidak kurang 10,000 orang.

LAPORAN LANGSUNG:

3.38pm: Pudu - 2,000 orang kini di Pudu selepas dinafikan laluan selamat yang didakwa dijanjikan sebelum ini menuju ke Jalan Sultan. Polis anti rusuhan terus melepaskan meraim air dan gas pemedih mata kepada mereka yang cuba mendapatkan perlindungan di Hospital Tung Shin.

Mereka kini terperangkap di tengah-tengah antara dua sekatan FRU.

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata selepas rundingan dengan MP Pakatan R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham gagal berhubung apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang berarak itu.

Adalah dipercayai orang ramai yang menggunakan separuh daripada jalan itu tetapi pihak polis mahu mereka bersurai dalam kumpulan kecil sebelum dibenarkan berarak.

Adalah dipercayau Sivarasa juga telah ditahan tetapi tempat beliau dibawa belum dapat disahkan.

3.37pm: Pasar Seni - kumpulan BERSIH berarak melalui Jalan Sultan ke arah Pasar Seni, tetapi mereka ditembak gas pemedih mata berhampiran Stesen LRT Pasar Seni. Ia memaksa mereka berundur ke Jalan Sultan.

3.22pm: Bukit Bintang - 300 penyokong Pemuda Umno di Jalan Bukit Bintang di depan Hotel Federal mula bersurai selepas mengadakan rundingan dengan pihak polis.

Sambil mendakwa telah mencapai kemenangan moral - walaupun hanya mampu bergerak 200 meter sepanjang Jalan Bukit Bintang - masih jauh dari destinasi mereka di Stadium Merdeka - Exco Pemuda Umno, Megat Omardin berkata mesej mereka sudah disampaikan.

Katanya mereka telah datang dan telah mencapai tujuan mereka, diikuti dengan pembacaan doa.

NONEKemudian, Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Arman Azha memberitahu Malaysiakini bahawa exco Pemuda, Lokman Noor Adam serta 20 lagi ahli mereka telah ditangkap.

3:20pm:
Pudu - Orang ramai mula berarak dari Pudu ke arah Jalan Sultan, sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana memberi mereka laluan selamat. Kumpulan seramai 2,000 orang itu, juga menyanyi Negaraku ketika berjalan.

3.15pm: Pudu - Polis bersetuju memberi laluan selamat kepada ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di Pudu sehingga Jalan Sultan dengan syarat mereka hanya menggunakan separuh jalan dan berarak secara aman.

NONEPersetujuan dicapai selepas ahli parlimen Pakatan Rakyat, R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham berunding dengan pihak polis.

3.10pm: Facebook PDRM Facebook - Jumlah yang ditangkap setakat jam 2.30 petang tadi adalah 672 orang.

3.00pm: TV Selangor melaporkan laman webnya digodam. Bagaimanapun ia masih bersiaran menerusi alamat www.itv.com/tv_channels/p5577 dan alamat pintas www.itv.com.

Video perarakan perhimpunan BERSIH 2.0 ke Stadium Merdeka yang sedang berlaku boleh ditonton menerusi www.intisari tvsnews.blogspot.com

NONE2.57pm: Bukit Bintang - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditangkap ketika sedang membersihkan matanya ketika gas pemedih mata dilepaskan, di sebuah pondok yang terletak kira-kira 100 meter dari benteng FRU.

Meriam air dan gas pemedih mata juga ditembak ke arah baki penyokong Pemuda Umno, menyebabkan mereka berundur 50m dari tempat asal mereka.

Kumpulan itu tinggal kira-kira 200 orang.

2.55pm: Bukit Bintang - Kira-kira tiga orang ditangkap apabila penyokong Pemuda Umno cuba melepasi benteng anggota FRU, menyebabkan berlaku pergelutan dan gas pemedih mata dilepaskan.

2:50: KL Sentral - Naib presiden PKR, N Surendran memberitahu Malaysiakini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdarah di kepala dan mencederakan di lutut.

2.48pm: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ditahan.

NONE2:45pm: KL Sentral - Datuk Seri Anwar Ibrahim tweet bahawa dia mengalami kecederaan dan dua anak perempuannya - Nurul Izzah dan Nurul Hana - juga telah ditahan.