Jumaat, 1 Mei 2009

PENDUDUK PULAU LANGKAWI TAGIH JANJI KEM. KESIHATAN.....

CHANDEK KURA - Janji tinggal janji, bot ambulans yang dijanjikan kepada penduduk Langkawi masih belum diperoleh seperti mana janji Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkannya bagi keperluan kecemasan di pulau ini.

Ketua Parti Pakatan Rakyat (PKR) Wan Salleh wan Isa mendesak KKM supaya menyegerakan kehadiran bot ambulans di pulau berkenaan.

Menurutnya, bot tersebut dijanjikan pada 1 April lalu namun sehingga sekarang ia gagal diperoleh.

"Dahulu kita nak buat, mereka juga nak buat, tetapi sehingga sekarang belum ada lagi, jangan menabur janji sekiranya tidak dapat ditunaikan.

"Keperluan bot ini sangat penting kepada penduduk Langkawi, banyak kejadian telah berlaku atas ketiadaan bot ini," katanya ketika melawat penduduk di Chandek Kura.

Wan Salleh berkata, parti Pakatan Rakyat (PR) kini berusaha mendapatkan bot mayat bagi urusan penghantaran jenazah dari pulau ini ke Kuala Kedah atau Kuala Perlis.

Menurutnya, PR akan berusaha mendapatkan bot mayat berukuran 10 meter yang diubah suai pada Ogos nanti.

"Kami masih di peringkat mengenal pasti bot mayat yang sesuai memandangkan bot itu harus dilengkapi dengan ruang penyimpanan mayat yang selamat," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Rokiah Saidin, 40, berkata, mengikut pengalamannya sendiri dia pernah berhadapan dengan situasi kecemasan sedemikian.

"Jenazah di Alor Setar pada jam 8 malam, disebabkan ketiadaan bot, jadi kami terpaksa menunggu keesokan harinya, pada jam 6 pagi baru jenazah dibawa ke Langkawi.

"Kami terpaksa meminjam duit daripada saudara mara dan jiran tetangga bagi membayar kos penyewaan bot tambang untuk penghantaran jenazah tersebut," katanya.

Seorang lagi penduduk, Firdaus Ali, 28, kecewa dengan janji yang ditaburkan kepada seluruh penduduk di pulau ini.

"Kami mengharap sangat bot ambulans dan bot mayat ini dan mengikut pengalaman kami sekeluarga, suatu ketika dahulu kami terpaksa mengeluarkan kos RM800 untuk menyewa bot tambang.

"Sudahlah keluarga diselubungi kesedihan ditambah pula terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk pengurusan jenazah," katanya.


 


 

kalau tak mampu jangan berjanji........

Buat rakyat sakit ati ja.......

Lanie sapa yang susah.........

Rakyat lanie cheredik dah.......

Jangan sampai rakyat langkawi tak mau kat hangpa dah........


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan