Jumaat, 10 Jun 2011

Bijih Besi di Kedah

MB Kedah bagi respon pasai Bijih Besi.....

ALOR SETAR - Penemuan beberapa lokasi mengandungi bijih besi di beberapa daerah sekitar negeri ini dijangka mampu menjana sumber pendapatan baru di Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, penemuan galian baru berkenaan dikenal pasti sejak setahun lalu apabila bijih besi itu timbul secara semula jadi di atas permukaan tanah di daerah Sungai Petani dan Kubang Pasu.

"Saya gembira dan bersyukur dengan penemuan ini kerana boleh jana pendapatan negeri. Banyak kawasan dikenal pasti mengandungi bijih besi malah permintaan galian ini juga amat tinggi, terutama dari China," katanya pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.

Menurutnya, buat masa ini operasi mengorek bijih besi belum dilaksanakan, sebaliknya pihaknya sedang meneliti beberapa permohonan daripada beberapa syarikat tempatan untuk mengendalikan projek berkenaan.

"Ramai pelabur berminat untuk melibatkan diri dalam operasi ini, bagaimana pun ianya masih di peringkat perbincangan untuk menilai sebut harga, termasuk nilai keseluruhan galian terbabit.

"Saya sendiri belum mendapat anggaran kawasan terlibat yang mengandungi bijih besi," katanya.

Azizan berkata, pihaknya kini sedang menyenaraipendekkan permohonan daripada pelabur tempatan dan sambutan adalah di luar jangkaan.

"Terdapat di satu lokasi itu seramai enam syarikat memohon, jadi saya kena teliti supaya mereka yang layak dan mampu boleh memohon. Semua tawaran kerja dibuat secara tender terbuka," katanya.

Azizan tidak menolak kemungkinan setelah sekian lama bijih besi berkenaan timbul berikutan Sungai Muda dan Sungai Batu di Lembah Bujang kini semakin cetek, selain tempat itu merupakan bekas tinggalan kilang bijih besi yang diusahakan.

Nota: Hari nie MB dah bagi respon pasai bijih besi. Harap2 akan wujud kuari Batu Maganese kat Kota Aur nie.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan