Rabu, 12 Februari 2014

Sesuatu yang kita tak tahu..

Tumbuhan Ajaib: Hemp & Kegunaannya



Ladang Hemp

Hemp
Atau nama saitifiknya Cannabis Sativa, ialah tumbuhan berserabut yang mempunyai kegunaan yang tidak terbilang. Hemp selalu dikelirukan dengan Marijuana atau Ganja (hanya 10% daripada semua species Cannabis Sativa adalah Ganja). Hemp tidak boleh digunakan sama dengan cara penggunaan Marijuana, ini kerana Hemp tidak mempunyai, atau dalam kandungan yang sangat rendah, bahan psikoaktif, iaitu TetraHydroCannabinol (THC) yang menyebabkan efek khayal. Saintis memutuskan, untuk mendapatkan walaupun sedikit efek psikoaktif, seorang pengguna perlu menghisap rokok Hemp sebesar tiang lampu. Tapi kerana rupa fizikal kedua-dua tumbuhan ini adalah hampir serupa, Hemp juga dikategorikan sebagai dadah merbahaya. Ini tidak logik, jika difikirkan. Kerana gula icing & gula pasir mirip 100% dadah jenis Kokain, Heroin, Morfin & Syabu. Patutkah kita mengharamkan penggunaan gula icing? Rupa sesuatu benda sepatutnya tidak menjadi faktor pengunaanya. 

Marijuana/Ganja

Kegunaan
Apa yang istimewa tentang pengunaan Hemp?

Hemp mempunyai banyak kegunaan am yang boleh menggantikan pengunaan sumber-sumber tidak mampan yang bakal memusnahkan dunia. Seperti petroleum & kayu balak.

Roti dengan benih hemp


Makanan
Hemp boleh dimakan & berkhasiat tinggi. Minyak biji Hemp mengandungi 80% essential fatty acids(EFA) seperti Omega-3 & 6. Protin Hemp mengandungi semua 21 amino acids, termasuk 9 jenis yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia dewasa. Ini menjadikan ia ‘protin lengkap’ & sedia diserap oleh sistem pencernaan manusia. 15ml atau satu sudu makan minyak biji Hemp sehari, cukup untuk memenuhi keperluan EFA. Daun Hemp juga boleh dimakan seperti salad.


Kasut Adidas Hemp


Pakaian
Di China, Hemp telah digunakan sebagai pakaian lebih dari 10, 000 tahun dahulu. Serabut & serat Hemp yang panjang dapat menghasilkan kain yang lebih kuat daripada kain kapas. Hemp adalah bahan pertama yang digunakan untuk menghasilkan jeans Levis Strauss. Mengapa kain Hemp lebih berkualiti tinggi adalah kerana serat Hemp boleh menjangkau kepanjangan 4 meter. Berbanding dengan kapas, hanya 1-2 mm. Kain Hemp lebih lembut ,lebih tahan air & berfaktor insulasi tinggi. Maksudnya, pemakai baju Hemp akan berasa sejuk ketika hari panas & berasa panas selesa di dalam cuaca yang sejuk. Tambahan lagi, pemprosesan kain Hemp menggunakan jauh lebih sedikit bahan kimia berbanding dengan pemprosesan kain kapas.


Declaration of Independent


Kertas
2000 tahun dahulu, Cai Lun, atau lebih dikenali sebagai “Pencipta Kertas”, telah menyeragamkan penciptaan kertas. Apa yang tidak diketahui pada masa itu, 200 tahun sebelum Cai Lun mencipta kertas, kertas Hemp telah digunakan oleh Dinasti Han. Kertas Hemp tahan lebih lama berbanding kertas dari kayu balak. The Declaration of Independent Amerika yang pertama, ditandatangani pada 4 Julai 1776, diperbuat dari Hemp. Sehingga sekarang, kertas perjanjian itu masih dalam keadaan seperti baru. Pokok Balak mengambil masa 50-100 tahun untuk mencapai kematangan. Hemp mengambil masa 3 bulan. Jumlah hutan yang dapat kita selamatkan dengan menggunakan kertas Hemp, adalah memeranjatkan.


Semua bahagian dalaman ini diperbuat daripada plastik Hemp

Plastik
Hemp boleh diproses menjadi plastik mesra alam yang kalis api, berdasarkan tumbuhan (mampan) & yang paling penting boleh terbiodegradasi (boleh reput secara semula jadi dengan cepat). Plastik konvensional adalah ciptaan manusia yang paling berjaya & paling gagal. Manusia membuatnya terlalu tegar, ia mengambil masa 500-1000 tahun untuk reput secara semulajadi. Sambil melepaskan gas-gas merbahaya kepada manusia. Pada 1941, Henry Ford telah mencipta kereta Soybean. Prototaip yang dibuat dengan sumber Hemp. Badan kereta ini telah terbukti lebih tahan daripada badan kereta besi kovensional. Enjin Diesel kereta Soybean ini, berfungsi dengan bahan bakar alternatif seperti Hemp & jagung. Pada masa kini Audi, BMW, Ford, Chrysler, Honda, GM, Iveco, Lotus, Mercedes, Mitsubishi, Saturn, Volkwagen, Porsche & Volvo menggunakan bahan plastik diperbuat dari Hemp di dalam kereta keluaran mereka.

Kereta Hemp Henry Ford

Rumah ini diperbuat daripada bahan binaan Hemp

Bahan Binaan
Bahan binaan yang kuat & ringan, seperti Hempcrete dapat dibuat dengan mencampurkan serat Hemp dengan konkrit. Hemp juga boleh digunakan sebagai bahan insulasi dinding. Secara teori, 1 meter kubik ruang yang diperbuat dari bahan binaan Hemp dapat menyerap 165kg karbon dioksida di udara. Jadi bukan sahaja ia dapat membina sebuah rumah, malah dapat membersihkan udara di dalam rumah tersebut.

Hempcrete


Pembersih Air & Tanah
Kerana pokok Hemp mampu menyerap fosforus & bahan-bahan merbahaya yang terperangkap di dalam tanah (lebihan pengunaan baja tahi ayam), menanam ladang Hemp mampu membersihkan sebidang tanah & kandungan airnya untuk penyediaan tanaman seterusnya. Petani tidak lagi perlu membiarkan tanah kosong untuk beberapa bulan, tanpa hasil, supaya tanah tersebut boleh digunakan semula (setelah di nyah toksik oleh penanaman Hemp). Oleh kerana kebolehan semulajadi ini, Hemp banyak ditanam di tapak bencana nuclear Chernobyl, Russia. Kerajaan Jepun patut mengambil insiatif yang sama untuk insiden di Fukushima.

Hemp sebagai pengawal rumpai

Pengawal Rumpai
Hemp boleh ditanam sebagai pengawal rumpai biologikal. Hemp mempunyai kanopi yang tinggi, menyekat cahaya matahari ke permukaan tanah. Sekaligus membantut pertumbuhan rumpai. Hemp juga boleh ditanam dengan rapat, mengurangkan peluang rumpai untuk bertapak. Petani boleh memanfaatkan penanaman Hemp sebagai pengawal rumpai, daripada menggunakan racun rumpai yang mencemarkan alam.  Hemp juga boleh menumpaskan penanaman Ganja & Marijuana. Jika sepohon pokok Hemp ditanam berdekatan dengan ladang Marijuana, selepas 3 generasi, kandungan bahan psikoaktif THC dalam semua Marijuana di ladang tersebut akan berkurangan atau hilang sekali gus. Ini kerana, genetik Hemp akan terkacuk dengan genetik Marijuana. Hemp secara semulajadi, mengandungi kandungan THC yang amat rendah.


Perskripsi seorang pesakit di California

Ubat
Jika kita nilai saudara Hemp yang berTHC tinggi, Marijuana, ia juga dapat digunakan sebagai ubat. Pada 1980-an Saintis telah menemui reseptor Kannabinoid di dalam badan manusia. Reseptor ini hanya dapat diaktifkan dengan Kannabinoid seperti THC (TetraHydroCannabinol) & CBD (Cannabidiol) yang terdapat di dalam bunga betina Marijuana. Banyak kajian telah mendapati penggunaan Marijuana memberi kesan positif kepada manusia. Ia dapat mengecilkan ketumbuhan, sama ada kanser atau tidak. Ia dapat membantu beberapa penyakit-penyakit kronik seperti Glaukoma, pelega kesakitan kronik, Gout,  multiple scelrosis, tekanan darah tinggi, kurang selera makan, muntah-muntah untuk ibu mengandung & pesakit kanser yang menghadapi terapi Chemo & pelbagai lagi. Ganja juga telah menunjukkan kesan positif terhadap Human Imunnodeficiency Virus (HIV). Pesakit-pesakit HIV yang menggunakan Ganja, mempunyai peluang hidup yang lebih panjang. Ini kerana, THC merangsang reseptor CD4 yang terdapat pada sel imun manusia. HIV memang diketahui untuk menyerang reseptor CD4 ini. Efek Ganja sebagai ubat boleh dilihat dengan jelas di dalam pesakit-pesakit Epilepsi yang diserang sawan. Kannabinoid juga telah ditemui di dalam susu ibu mengandung. Fungsinya untuk mengstimulasi perasaan lapar di dalam bayi. Tanpa Kannabinoid, bayi manusia akan mati kelaparan.


Efek Ganja sebagai ubat Epilepsi

Ganja sebagai ubat Multiple Sclerosis


Proses penggunaan Hemp sebagai bahan bakar

Bahan Api
Akhir sekali & paling penting, Hemp boleh digunakan sebagai bahan api biojisim mesra alam yang mampan. Jawapan kepada kezaliman bahan bakar tidak mampan seperti petroleum. Sebab kenapa Hemp diharamkan serata dunia, ada kena mengena dengan kuasa-kuasa besar yang mengawal sumber tenaga dunia. Bayangkan anda adalah kuasa monopoli tenaga dunia sekarang, tidakkah anda takut jika saya beritahu anda, ada sesuatu yang dapat menggantikan sumber tenaga anda? Ia lebih murah & mesra alam. Pasti anda akan melakukan apa sahaja supaya tiada orang tahu tentang perkara ini. Dunia sekarang  sudah ketagih dengan tenaga. Hampir semua barang-barang di sekeliing anda sekarang menggunakan tenaga. Itulah kelemahan kita yang kini menyebabkan kemusnahan alam. Jika 6% Amerika ditanam dengan Hemp, ia dapat menampung permintaan tenaga seluruh Amerika. Hanya begitu sedikit untuk meliberalisasikan Amerika daripada bahan bakar konvensional. Hemp mempunyai 4 kali kemampuan biojisim daripada jagung (bahan bakar biojisim no.1 di dunia sekarang), membuktikan bahawa Hemp adalah sumber biojisim yang terbaik.


Keratan majalah Popular Mechanics menunjukkan bagaimana Hemp
boleh ditukar kepada bahan bakar

Kelebihan
Setiap hektar ladang Hemp dapat menghasilkan 25 tan bahan berguna setiap tahun. Dibandingkan dengan gandum & jagung yang hanya mampu menghasilkan 8.5 tan. Kelapa sawit hanya boleh dituai selepas 4 tahun, Hemp matang & boleh dituai 3 kali setahun. Perolehan tanaman yang singkat ini dapat memastikan pembekalan sumber Hemp yang mampan. Bahan mentah dari 1 ekar tanaman Hemp adalah sama dengan 4 ekar kayu balak & 2 ekar kapas. Tetapi kelebihan Hemp yang muktamad ialah, kitar penanaman Hemp & pembakaran bahan bakar Hemp akan mengekalkan tahap karbon dioksida di atmosfera dunia dalam keadaan seimbang. Ini kerana, penanaman Hemp menyerap karbon dioksida yang dilepaskan ketika pembakaran bahan api Hemp. Ini bermaksud, penanaman Hemp tidak akan menambah “Pemanasan Global”. Bahan bakar Hemp juga terbakar bersih, ia tidak akan menyebabkan hujan asid.


'Hemp For Victory', video awam yang ditayangkan pada 1942. Kerajaan Amerika mendesak petani untuk menanam Hemp sebagai bekalan bahan mentah, bagi membolehkan pihak Allied menang Perang Dunia ke-2. Mengapa ia haram sekarang?

Ini adalah senarai yang amat panjang, tapi malangnya, ia hanya mampu membongkar sedikit sahaja kegunaan Hemp. Jangan ambil kata saya. Pergi mencari sendiri kegunaan-kegunaan Hemp & Marijuana, kemudian kongsi bersama rakan atau keluarga.  


Selasa, 7 Januari 2014

Minyak dan Matematik

Apa Kesan Harga Minyak Naik?






(Sumber akhbar Msia)


Pakar Matematik Gunaan dedah fakta sama ada impaknya untung atau rugikan negara

Penyelarasan subsidi ke atas bebearapa bahan keperluan seperti petrol dan gula bukan sahaja memberikan kesan kenaikan harga keperluan asas lain, malah, pelbagai pihak dari sektor perkhidmatan juga menaikkan cas atas alasan tersebut.

Dalam keadaan yang semakin tertekan ini, kakitangan kerajaan yang bergaji RM3,000 sebulan pun sudah boleh dikategorikan miskin, apatah lagi yang tidak bekerja.

Ironinya, setiap kali kenaikan harga barang, golongan ini disaran berjimat cermat. Bagaimanakah lagi caranya hendak berjimat? Adakah sehingga makan sekali seminggu itu yang dikatakan berjimat? Semua saranan ini tentu sekali tidak akan meredakan kemelut sara hidup yang menyeksakan.

Bagi merungkai permasalahan kenaikan harga ini, ikuti wawancara khas wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN (Sinar Harian: 5 Januari 2011) dengan Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin. Beliau menggunakan pendekatan Matematik untuk meneliti fakta apakah kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia benar-benar merugikan negara sehingga terpaksa mengurangkan subsidi rakyat.

1) Bolehkah harga bahan api ini diturunkan?

HAMID YEOP:

Ya boleh! Malah boleh diturunkan kepada 30 sen sahaja seliter jika menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan. Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu.

Di pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan tidak pernah turun asyik naik sahaja.

Sesiapa pun faham ini membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia. Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen seliter (Venezuela).

2) Bagaimanakah boleh dijual begitu murah sekali?

HAMID YEOP:lawak minyak naik

Untuk memudahkan orang awam faham, ambil contoh kelapa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu harga sawit RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000. Kita untung atau rugi? Sudah tentu untung 3 kali ganda.

Begitu juga minyak mentah. Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Jika Malaysia jual kira-kira 700,000 tong minyak mentah sehari pada kadar USD130 Setong (dengan kadar tukaran mata wang RM3.80 untuk USD1 satu ketika dahulu), ini bermakna perolehan setahun adalah USD33 billion iaitu melebihi RM126 billion. Dengan anggaran perolehan melebihi satu trillion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi, bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya? Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah didalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutnya dinikmati rakyat.

3) Maknanya, kenaikan harga minyak mentah dunia tidak merugikan negara?

HAMID YEOP:

Ya benar. Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya mendapat keuntungan berganda. Seperti kelapa sawit, ramai yang tahu tetapi tidak ramai yang tahu pasal telaga minyak. Kita rujuk data 2008 dengan anggaran jualan minyak mentah Malaysia sebanyak 700,000 tong sehari. Oleh kerana minyak dijual dalam dollar Amerika, bagi memudahkan perbandingan, anggapkan kadar tukaran RM kepada USD ialah RM3.50 untuk USD1.

Harga minyak pada Januari 2007 adalah USD50 iaitu RM175 setong. Justeru perolehan setahun bagi 2007 adalah melebihi RM44 billion. Jun 2008, harga minyak telah naik kepada USD138 iaitu RM483 setong. Justeru perolahan setahun sehingga Jun 2009 adalah kira-kira RM123 billion. Ini memberikan tambahan lebihan untung sebanyak RM78 billion. Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan diesel. Oleh itu, keuntungan sebenar hasil kenaikan harga minyak dunia adalah jauh lebih tinggi.

4) Dengan RM78 billion lebihan untung, lebih banyakkah subsidi?
HAMID YEOP:

Kalau tiada subsidi pun harga minyak boleh diturunkan, apatah lagi jika ada subsidi. Tetapi rakyat kini menanggung beban kenaikan harga minyak yang kononnya disebabkan kenaikan harga minyak dunia. Ramai yang ingin tahu kemanakah perginya lebihan untuk RM78 billion ini? Lagilah tidak logik kita terpaksa pula mengurangkan subsidi. Kita bukan Singapura dan kita tidak boleh ikut Singapura kerana ia negara pembeli bukan pengeluar. Harga di kilang tidak sama dengan harga di kedai.

5) Benarkah ada subsidi dan siapakah yang menerimanya?
HAMID YEOP:

Ketika minyak mentah berharga USD130 setong (RM455 pada kadar tukaran RM3.50 kepada USD1), kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 seliter dan diberikan subsidi RM0.30 sen menjadikannya RM2.70 seliter.

Jika benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex, BHP dan lain-lain? Tanpa subsidi atau suatu bentuk persetujuan bayaran tertentu kepada syarikat asing tersebut mustahil mereka mahu jual dengan harga sama seperti dijual Petronas, iaitu RM2.70 seliter.

Sekiranya syarikat asing itu tidak mendapat sejumlah subsidi (sama ada daripada kerajaan atau Petronas atau kedua-duanya), tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan masing-masing sebagaimana yang dijual di negara lain. Sebab itu harga Shell di Singapura jauh lebih mahal.

Tinjauan saya mendapati stesen minyak membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat asing. Daripada jumlah itu, mereka hanya memperolehi komisen RM0.095. Ini bermakna, pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 80 peratus daripada RM33 billion subsidi dibayar kepada syarikat asing.

6) Jadi berapakah sebenarnya subsidi minyak kepada rakyat?

HAMID YEOP:

Berdasarkan RM33 billion yang dikatakan tadi, kita boleh mengetahui penggunaan petrol negara ini dalam setahun adalah kira-kira 110 billion liter. Lebih kurang 301 juta liter sehari.

Mengikut laporan pada tahun 2007, terdapat 3,098 stesen minyak di seluruh negara dengan 40% daripadanya, terutama yang di bandar besar dan lebuhraya beroperasi 24 jam.

Ini memberi gambaran purata jualan harian bagi setiap stesen minyak adalah sebanyak 97 ribu liter sehari, atau hampir 3 juta liter sebulan. Suatu angka yang sukar diterima untuk sebuah stesen minyak kerana, secara purata jualan harian mereka tidak melebihi 20,000 liter.

Jika benar ada subsidi maka angka-angkanya mesti selari dengan pengiraan matematik tadi, tetapi kerana angka-angkanya tidak sekena, maka keputusan ini‘menidakkan dan menolak kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 sen seliter atau RM33 billion setahun.’ Ada atau tidak subsidi minyak untuk rakyat? Andalah yang menentukan jawapannya.

7) Jika tiada subsidi, rakyat terpaksa membeli dengan harga yang mahal?
HAMID YEOP:

Sepatutnya tidak.Salah satu cara terbaik untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menyerapkan terus keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak (petrol dan diesel) yang dijual di dalam negara.

Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan Petronas menjual Petrol dengan harga lebih rendah. Secara langsung akan menaikkan lagi keuntungan Petronas dengan peningkatan penjualan minyak.

Tindakan inilah yang sebenarnya menangkis persoalan ke manakah perginya keuntungan Petronas.

Lagipun bukan semua pengusaha syarikat asing seperti BHP, Esso, Caltex, Shell dan Mobil membeli minyak mentah dari Petronas. Itupun Petronas tetap mengaut untung berbillion ringgit. Sedangkan dengan harga USD50 setong kerajaan mampu menanggung subsidi berbillion ringgit, inikan pula USD138 setong (RM483).

Bila untung 2 kali ganda sepatutnya turun separuh harga.

8) Benarkah stok minyak kita akan habis?
HAMID YEOP:

Tuhan jadikan Malaysia unik. Laluan gempa bumi pun tidak menempuh Malaysia. Telaga minyak kita macam telaga air di kampung, dicedok banyak mana pun tidak akan habis. Minyak kita, kalau ambil satu tong dia boleh keluar lagi sehingga tiga tong. Saya banyak mmendapat maklumbalas daripada ramai bekas pelajar saya yang menjadi jurutera di Petronas dan di kawsan carigali.

Untuk satu jangka yang amat lama lagi dakwaan ini tidak benar. Kalau habis pun, saya percaya ketika itu minyak bukan lagi merupakan sumber utama tenaga.

9) Formula ini telah Prof cipta semenjak 2008 tetapi tidak diterima kerajaan. Apa komen Prof?
HAMID YEOP:

Sebagai rakyat biasa yang prihatin saya hanya membantu dan mencadangkan setakat yang termampu. Asalnya pun daripada permintaan salah seorang menteri kabinet. Pada pendapat saya, model ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada mereka tetapi salah pada rakyat.

10) Akhirnya apakah harapan Prof?

HAMID YEOP:

Menurunkan harga barang menjadi harapan sebahagian rakyat. Saya sedia berkongsi formula ini dengan mana-mana pihak terutamanya perti politik yang berhasrat memerintah negara ini, supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat jelata. InsyaAllah jika pemerintah melaksanakan formula ini, semua rakyat akan jadi kaya dan dalam tiga tahun Malaysia akan jadi ‘World Reserved Bank’.


Sumber






Isnin, 30 September 2013

RAMALAN EKONOMI MALAYSIA


RAMALAN EKONOMI DARI PENJAHIL EKONOMI

Saya tiada pernah belajar ekonomi dari mana-mana universiti. Saya hanya belajarnya "by heart" dengan memerhatikan mekanisma ekonomi yang berlaku dalam negara dan luar negara.

Semasa anda main Warcraft, Counter Strike, Candy Crush saya juga bermain game juga. Tetapi game saya ialah FXCM (Foreign Exchange Game menggunakan wang maya sahaja). Ya, saya main game FXCM masih demo lagi.

Ada baik juga orang bodoh ekonomi macam saya bercerita tentang ekonomi. Orang bodoh menulis orang bodoh dan pandai kedua-duanya boleh faham. Kalau orang pandai menulis, orang pandai sahaja faham dan orang tak pandai ni macammana pula?

OK, itu bukan isu yang nak saya ceritakan. Tapi mudahnya, saya belajar ekonomi by heart tanpa paper. MAKA, jangan percaya sangat ramalan yang saya tulis ini.
Baca sahaja, TRUST with your own risk

RAMALAN EKONOMI NEGARA LAGI 5 TAHUN DARI SEKARANG.

Ramai juga saya lihat pakar ekonomi facebook meradang sana sini bercerita tentang National Debt yang adakalanya jadi satu hiburan mengalahkan Rajalawak. Mereka pun macam saya juga, cakap pasal ekonomi tanpa pergi sekolah belajar ekonomi. Ini macam kisah monyet tengok monyet lain dan gelakkan monyet itu dan bercakap "Kelakarlah muka ko macam monyet". (Ok cukup. Tarik nafas)

Secara terperinci saya tidak tahu, tetapi ramalan saya dalam tempoh 5 tahun ini, Malaysia akan mengalami STROKE EKONOMI.

Beberapa fenomena yang membimbangkan sedang terjadi. Saya nak mudahkan sahaja supaya orang tak pergi sekolah ekonomi pun boleh faham Satu yang anda perlu faham ialah tentang HUTANG NEGARA.

Dengan siapa negara berhutang? Risau sangat sampai sebahagian yang juga dah jadi ahli politik pun gelabah ayam takut negara tergadai macam hutang kereta bila tak bayar nanti kena tarik balik dengan tonto. Siapa nak tarik negara?

Ini penjelasan saya. Kerajaan perlukan WANG untuk bangunkan negara. Pendapatan kerajaan datang dari beberapa sumber utamanya seperti ;

(BAHAGIAN A - SUMBER / DARI KERAJAAN)

1. CUKAI (pelbagai jenis cukai - Cukai pendapatan, kastam, dll)

2. Hasil dari GLC (Syarikat seperti Petronas, TNB, Telekom dll)3. Lain-lainDan juga takungan besar negara kita antaranya ialah ;(BAHAGIAN B : TABUNGAN / SUMBER DARI RAKYAT)1. Simpanan WANG ANDA dalam bank2. KWSP

3. Tabung Haji

4. Segala wang-wang dalam bank

5. Lain-lain (e.g rezab dalam dan luar negara dll.)

Cuba alirkan satu hos air ke dalam sebuah baldi sehingga melimpah. Apabila baldi dah penuh, air masuk dan air keluar lebih kurang sama kuantitinya. Sebahagian air dalam baldi itu adalah air yang sama tak berolak. Sama seperti bank. Ada masuk ada keluar dan ada juga yang duduk diam-diam dalam tu. Hasil dari SUMBER akan digunakan untuk menjalankan operasi dan membangunkan negara oleh pemerintah yang dipilih.

Jika dana dari SUMBER itu (Bahagian A) tidak mencukupi, maka Negara akan meminjam dana dari BAHAGIAN B. Ia sama seperti konsep pinjam tabung anak sementara gaji belum masuk. Nanti kita dah dapat gaji, kita bayar balik tabung anak yang kita guna.

Dalam masa yang sama, kita perlu pastikan bila anak nak pakai duit dalam tabung itu, duit itu ADA di situ. Jika bapak boros sangat, duit gaji habis hari pertama dan kedua lama-lama duit tabung anak pun kering kontang dah tak ada apa nak dikorek lagi.

Apabila jumlah hutang bapa yang pinjam duit anak itu bersamaan dengan duit tabung anak MAKA...itulah analogi BENGKRAP (syaratnya, duit gaji dah habis pakai dan guna duit tabung anak selepas itu).

Hutang lama tak sempat nak bayar, dah buat hutang baru.

Ternyata, tabung besar kita ialah KWSP. Ia merupakan satu simpanan paksa. Apa yang bapa akan buat jika tabung anak semakin KOSONG? Bapa akan buka tabung baru yang cantik-cantik dan promote kepada anak untuk menabung di situ juga dengan janji bulan dan bintang. Itulah analogi BON, Sukuk (Islamik) dan juga yang paling mudah nak faham...AMANAH SAHAM.

Kerajaan promosi orang menyimpan duit dalam bank DAN BUKAN KELUARKAN WANG UNTUK BELI EMAS.Anak yang selalu menabung tapi terasa tabung tak bertambah berat akan mula sangsi dan mula menabung di tempat lain pula. Ada yang ambil duit itu beli EMAS dan ada juga yang tak menabung dengan tabung jagaan bapa tetapi menabung dengan tabung jagaan Cik Senah sebelah rumah yang dirasakan lebih dipercayai.

Situasi ketika ini, SUMBER negara tidak mencukupi untuk menampung kos negara dan pembangunannya dan TAK CUKUP juga untuk bayar pinjaman kepada penabung. Maka, akibat seterusnya adalah perkara-perkaraberikut;

1. Kenaikan cukai
2. Pengenalan cukai baru
3. Adjustment BLR (Kadar faedah pinjaman)
4. Cetakan wang
5. Pengurangan subsidi etc

Perkara di atas akan berlaku dan ia sedang berlaku. Yang paling merisaukan kerana itulah punca inflasi. Keupayaan membeli berkurang, nilai RM1 dulu tak sama dengan RM1 sekarang. Kalau dulu RM1 boleh beli sekilo kacang, hari ini RM1 boleh beli 500g sahaja. Itulah inflasi kerana mereka yang bergaji RM10,000 hari ini merasa ia seperti RM5000 sahaja.

Mekanisma nilai RM jatuh itu satu topik lagi, yang itu baik baca sendiri lah. Kesimpulannya, jangan panik Malaysia tak mungkin kena tarik jadi milik orang lain KECUALI kalau Si Bapa yang hutang anak tu pinjam duit dari Cik Bedah, CETI depan rumah untuk bayar hutang anak pula. Cik Bedah tanya apa nak cagar, kemudian setuju Cik Bedah seluk kutang baju beri kat bapak selonggok duit.

Bapak bayar hutang anak sampai selesai tetapi tak selesaipun, bapak alih hutang itu kepada Si Ceti pula. Nanti Bapak tak boleh bayar Cik Bedah pula habis rumah Bapak tu tergadai diambil Cik Bedah. Dalam konteks ini, Cik Bedah ialah IMF. Dalam 5 tahun lagi, Malaysia akan sampai ke persimpangan itu.

Duit tabung anak dah habis dikorek, siap korek tabung atuk yang nak pencen pun licin. Pendapatan macam tu juga tak cukup nak bayar balik pinjaman. Anak pula dah hilang percaya daripada duit habis di kebas, baik anak beli barang kemas ataupun anak simpan tabung pada jiran pula (foreign investment).

Pada ketika itu, Malaysia dalam ambang bengkrap. Memang tak payah risau negara tergadai selagi tak pinjam dari Makcik Bedah (IMF).

TETAPI...dari manakah lagi wang untuk dikorek oleh kerajaan untuk mereka yang cucuk duit di ATM pasal nak pergi beli sayur di pasar borong. Jika keluarpun duit itu, berapa murah nilai duit itu nanti? Adakah perlu bawa seguni RM untuk beli sekilo ikan cencaru?

Pada ketika itu, tidak kira BN atau PAKATAN RAKYAT kedua-dua pun dah tak minat nak perintah Malaysia. Siapakah PENYELAMAT ketika itu?

Itulah masa, PEMIMPIN tidak boleh bongkak dengan rakyat lagi. Itulah masa ego pemimpin dijatuhkan rakyat. Itulah ketika pemimpin akan merayu kepada rakyat. Itulah masa sebenar RAKYAT MENJADI TUAN.

Mengapa?Di tangan rakyat ada WANG DAN ASET yang tidak berada dalam TABUNGAN (Bahagian B ).

Di tangan rakyat ADA EMAS yang berjongkong-jongkong. Di tangan rakyat ada kekayaan yang disimpan dengan jiran. Di tangan rakyat ada cukai yang patut dibayar. Di tangan rakyat ada PENENTU.

BAPAK KENA TAUBAT, BAPAK KENA JADI BIJAK, Bapak kena berjimat, bapak kena pandai business, bapak kena pandai kawal risiko, supaya harta anak tidak dibazirkan lagi. Anak pula jangan ego sangat nak ajar bapak sampai nanti bapak pinjam dari Cik Bedah dengan menggadaikan rumah. Tak dapat bayar Cik Bedah, habis rumah kena tukarmilik habislah kita tak berumah lagi nanti.

Dimana anak cucu kita nak merempat. Pak Menteri ramai boleh apply PR luar negara. Itulah kebangkitan kuasa rakyat yang sebenar...

Itulah bermulanya ERA BARU EKONOMI.

Itulah KEMERDEKAAN SEMULA NEGARA.

Itulah reformasi RAKYAT

Itulah Transformasi NEGARA

Semuanya ada pada tangan rakyat. Pemimpin hanya mentadbir bukan untuk mengambil.

Kita masih belum terlambat.

Ekonomi sudah parah TETAPI
masih belum terlambat. Buangkan egomu pemimpinku.Bersatulah dengan seteru politikmu Supaya tidak kamu belanja berboros untuk menunjuk siapa kamu.

Tak perlu capai 2020 jika poket tak mampu

Tak perlu buat projek mega untuk orang tahu kamu terbaik untuk diundi

Jangan boros belanjakan wang itu.

Rakyat pun mahu Malaysia maju
Tapi janganlah invest melulu
Malaysia sedang menjunam. Pemimpin, tolonglah berhenti bergaduh, kerana pesawat dah nak jatuh. Penumpang dah meraung, pilot-pilot masih sibuk bergaduh nak berebut kerusi. Gaduh pasal siapa nak jadi Kapten siapa nak jadi co-pilot.

Untuk renungan bersama. Agar kita sama-sama berfikir.

SAIFUL NANG
Jahil Ekonomi