Rabu, 12 Februari 2014

Sesuatu yang kita tak tahu..

Tumbuhan Ajaib: Hemp & Kegunaannya



Ladang Hemp

Hemp
Atau nama saitifiknya Cannabis Sativa, ialah tumbuhan berserabut yang mempunyai kegunaan yang tidak terbilang. Hemp selalu dikelirukan dengan Marijuana atau Ganja (hanya 10% daripada semua species Cannabis Sativa adalah Ganja). Hemp tidak boleh digunakan sama dengan cara penggunaan Marijuana, ini kerana Hemp tidak mempunyai, atau dalam kandungan yang sangat rendah, bahan psikoaktif, iaitu TetraHydroCannabinol (THC) yang menyebabkan efek khayal. Saintis memutuskan, untuk mendapatkan walaupun sedikit efek psikoaktif, seorang pengguna perlu menghisap rokok Hemp sebesar tiang lampu. Tapi kerana rupa fizikal kedua-dua tumbuhan ini adalah hampir serupa, Hemp juga dikategorikan sebagai dadah merbahaya. Ini tidak logik, jika difikirkan. Kerana gula icing & gula pasir mirip 100% dadah jenis Kokain, Heroin, Morfin & Syabu. Patutkah kita mengharamkan penggunaan gula icing? Rupa sesuatu benda sepatutnya tidak menjadi faktor pengunaanya. 

Marijuana/Ganja

Kegunaan
Apa yang istimewa tentang pengunaan Hemp?

Hemp mempunyai banyak kegunaan am yang boleh menggantikan pengunaan sumber-sumber tidak mampan yang bakal memusnahkan dunia. Seperti petroleum & kayu balak.

Roti dengan benih hemp


Makanan
Hemp boleh dimakan & berkhasiat tinggi. Minyak biji Hemp mengandungi 80% essential fatty acids(EFA) seperti Omega-3 & 6. Protin Hemp mengandungi semua 21 amino acids, termasuk 9 jenis yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia dewasa. Ini menjadikan ia ‘protin lengkap’ & sedia diserap oleh sistem pencernaan manusia. 15ml atau satu sudu makan minyak biji Hemp sehari, cukup untuk memenuhi keperluan EFA. Daun Hemp juga boleh dimakan seperti salad.


Kasut Adidas Hemp


Pakaian
Di China, Hemp telah digunakan sebagai pakaian lebih dari 10, 000 tahun dahulu. Serabut & serat Hemp yang panjang dapat menghasilkan kain yang lebih kuat daripada kain kapas. Hemp adalah bahan pertama yang digunakan untuk menghasilkan jeans Levis Strauss. Mengapa kain Hemp lebih berkualiti tinggi adalah kerana serat Hemp boleh menjangkau kepanjangan 4 meter. Berbanding dengan kapas, hanya 1-2 mm. Kain Hemp lebih lembut ,lebih tahan air & berfaktor insulasi tinggi. Maksudnya, pemakai baju Hemp akan berasa sejuk ketika hari panas & berasa panas selesa di dalam cuaca yang sejuk. Tambahan lagi, pemprosesan kain Hemp menggunakan jauh lebih sedikit bahan kimia berbanding dengan pemprosesan kain kapas.


Declaration of Independent


Kertas
2000 tahun dahulu, Cai Lun, atau lebih dikenali sebagai “Pencipta Kertas”, telah menyeragamkan penciptaan kertas. Apa yang tidak diketahui pada masa itu, 200 tahun sebelum Cai Lun mencipta kertas, kertas Hemp telah digunakan oleh Dinasti Han. Kertas Hemp tahan lebih lama berbanding kertas dari kayu balak. The Declaration of Independent Amerika yang pertama, ditandatangani pada 4 Julai 1776, diperbuat dari Hemp. Sehingga sekarang, kertas perjanjian itu masih dalam keadaan seperti baru. Pokok Balak mengambil masa 50-100 tahun untuk mencapai kematangan. Hemp mengambil masa 3 bulan. Jumlah hutan yang dapat kita selamatkan dengan menggunakan kertas Hemp, adalah memeranjatkan.


Semua bahagian dalaman ini diperbuat daripada plastik Hemp

Plastik
Hemp boleh diproses menjadi plastik mesra alam yang kalis api, berdasarkan tumbuhan (mampan) & yang paling penting boleh terbiodegradasi (boleh reput secara semula jadi dengan cepat). Plastik konvensional adalah ciptaan manusia yang paling berjaya & paling gagal. Manusia membuatnya terlalu tegar, ia mengambil masa 500-1000 tahun untuk reput secara semulajadi. Sambil melepaskan gas-gas merbahaya kepada manusia. Pada 1941, Henry Ford telah mencipta kereta Soybean. Prototaip yang dibuat dengan sumber Hemp. Badan kereta ini telah terbukti lebih tahan daripada badan kereta besi kovensional. Enjin Diesel kereta Soybean ini, berfungsi dengan bahan bakar alternatif seperti Hemp & jagung. Pada masa kini Audi, BMW, Ford, Chrysler, Honda, GM, Iveco, Lotus, Mercedes, Mitsubishi, Saturn, Volkwagen, Porsche & Volvo menggunakan bahan plastik diperbuat dari Hemp di dalam kereta keluaran mereka.

Kereta Hemp Henry Ford

Rumah ini diperbuat daripada bahan binaan Hemp

Bahan Binaan
Bahan binaan yang kuat & ringan, seperti Hempcrete dapat dibuat dengan mencampurkan serat Hemp dengan konkrit. Hemp juga boleh digunakan sebagai bahan insulasi dinding. Secara teori, 1 meter kubik ruang yang diperbuat dari bahan binaan Hemp dapat menyerap 165kg karbon dioksida di udara. Jadi bukan sahaja ia dapat membina sebuah rumah, malah dapat membersihkan udara di dalam rumah tersebut.

Hempcrete


Pembersih Air & Tanah
Kerana pokok Hemp mampu menyerap fosforus & bahan-bahan merbahaya yang terperangkap di dalam tanah (lebihan pengunaan baja tahi ayam), menanam ladang Hemp mampu membersihkan sebidang tanah & kandungan airnya untuk penyediaan tanaman seterusnya. Petani tidak lagi perlu membiarkan tanah kosong untuk beberapa bulan, tanpa hasil, supaya tanah tersebut boleh digunakan semula (setelah di nyah toksik oleh penanaman Hemp). Oleh kerana kebolehan semulajadi ini, Hemp banyak ditanam di tapak bencana nuclear Chernobyl, Russia. Kerajaan Jepun patut mengambil insiatif yang sama untuk insiden di Fukushima.

Hemp sebagai pengawal rumpai

Pengawal Rumpai
Hemp boleh ditanam sebagai pengawal rumpai biologikal. Hemp mempunyai kanopi yang tinggi, menyekat cahaya matahari ke permukaan tanah. Sekaligus membantut pertumbuhan rumpai. Hemp juga boleh ditanam dengan rapat, mengurangkan peluang rumpai untuk bertapak. Petani boleh memanfaatkan penanaman Hemp sebagai pengawal rumpai, daripada menggunakan racun rumpai yang mencemarkan alam.  Hemp juga boleh menumpaskan penanaman Ganja & Marijuana. Jika sepohon pokok Hemp ditanam berdekatan dengan ladang Marijuana, selepas 3 generasi, kandungan bahan psikoaktif THC dalam semua Marijuana di ladang tersebut akan berkurangan atau hilang sekali gus. Ini kerana, genetik Hemp akan terkacuk dengan genetik Marijuana. Hemp secara semulajadi, mengandungi kandungan THC yang amat rendah.


Perskripsi seorang pesakit di California

Ubat
Jika kita nilai saudara Hemp yang berTHC tinggi, Marijuana, ia juga dapat digunakan sebagai ubat. Pada 1980-an Saintis telah menemui reseptor Kannabinoid di dalam badan manusia. Reseptor ini hanya dapat diaktifkan dengan Kannabinoid seperti THC (TetraHydroCannabinol) & CBD (Cannabidiol) yang terdapat di dalam bunga betina Marijuana. Banyak kajian telah mendapati penggunaan Marijuana memberi kesan positif kepada manusia. Ia dapat mengecilkan ketumbuhan, sama ada kanser atau tidak. Ia dapat membantu beberapa penyakit-penyakit kronik seperti Glaukoma, pelega kesakitan kronik, Gout,  multiple scelrosis, tekanan darah tinggi, kurang selera makan, muntah-muntah untuk ibu mengandung & pesakit kanser yang menghadapi terapi Chemo & pelbagai lagi. Ganja juga telah menunjukkan kesan positif terhadap Human Imunnodeficiency Virus (HIV). Pesakit-pesakit HIV yang menggunakan Ganja, mempunyai peluang hidup yang lebih panjang. Ini kerana, THC merangsang reseptor CD4 yang terdapat pada sel imun manusia. HIV memang diketahui untuk menyerang reseptor CD4 ini. Efek Ganja sebagai ubat boleh dilihat dengan jelas di dalam pesakit-pesakit Epilepsi yang diserang sawan. Kannabinoid juga telah ditemui di dalam susu ibu mengandung. Fungsinya untuk mengstimulasi perasaan lapar di dalam bayi. Tanpa Kannabinoid, bayi manusia akan mati kelaparan.


Efek Ganja sebagai ubat Epilepsi

Ganja sebagai ubat Multiple Sclerosis


Proses penggunaan Hemp sebagai bahan bakar

Bahan Api
Akhir sekali & paling penting, Hemp boleh digunakan sebagai bahan api biojisim mesra alam yang mampan. Jawapan kepada kezaliman bahan bakar tidak mampan seperti petroleum. Sebab kenapa Hemp diharamkan serata dunia, ada kena mengena dengan kuasa-kuasa besar yang mengawal sumber tenaga dunia. Bayangkan anda adalah kuasa monopoli tenaga dunia sekarang, tidakkah anda takut jika saya beritahu anda, ada sesuatu yang dapat menggantikan sumber tenaga anda? Ia lebih murah & mesra alam. Pasti anda akan melakukan apa sahaja supaya tiada orang tahu tentang perkara ini. Dunia sekarang  sudah ketagih dengan tenaga. Hampir semua barang-barang di sekeliing anda sekarang menggunakan tenaga. Itulah kelemahan kita yang kini menyebabkan kemusnahan alam. Jika 6% Amerika ditanam dengan Hemp, ia dapat menampung permintaan tenaga seluruh Amerika. Hanya begitu sedikit untuk meliberalisasikan Amerika daripada bahan bakar konvensional. Hemp mempunyai 4 kali kemampuan biojisim daripada jagung (bahan bakar biojisim no.1 di dunia sekarang), membuktikan bahawa Hemp adalah sumber biojisim yang terbaik.


Keratan majalah Popular Mechanics menunjukkan bagaimana Hemp
boleh ditukar kepada bahan bakar

Kelebihan
Setiap hektar ladang Hemp dapat menghasilkan 25 tan bahan berguna setiap tahun. Dibandingkan dengan gandum & jagung yang hanya mampu menghasilkan 8.5 tan. Kelapa sawit hanya boleh dituai selepas 4 tahun, Hemp matang & boleh dituai 3 kali setahun. Perolehan tanaman yang singkat ini dapat memastikan pembekalan sumber Hemp yang mampan. Bahan mentah dari 1 ekar tanaman Hemp adalah sama dengan 4 ekar kayu balak & 2 ekar kapas. Tetapi kelebihan Hemp yang muktamad ialah, kitar penanaman Hemp & pembakaran bahan bakar Hemp akan mengekalkan tahap karbon dioksida di atmosfera dunia dalam keadaan seimbang. Ini kerana, penanaman Hemp menyerap karbon dioksida yang dilepaskan ketika pembakaran bahan api Hemp. Ini bermaksud, penanaman Hemp tidak akan menambah “Pemanasan Global”. Bahan bakar Hemp juga terbakar bersih, ia tidak akan menyebabkan hujan asid.


'Hemp For Victory', video awam yang ditayangkan pada 1942. Kerajaan Amerika mendesak petani untuk menanam Hemp sebagai bekalan bahan mentah, bagi membolehkan pihak Allied menang Perang Dunia ke-2. Mengapa ia haram sekarang?

Ini adalah senarai yang amat panjang, tapi malangnya, ia hanya mampu membongkar sedikit sahaja kegunaan Hemp. Jangan ambil kata saya. Pergi mencari sendiri kegunaan-kegunaan Hemp & Marijuana, kemudian kongsi bersama rakan atau keluarga.