Sabtu, 11 Jun 2011

Kredit Karbon

Kredit Karbon atau Bumi semakin uzur....


Panas sungguh hari nie, mungkin sebab pemanasan global gamaknya. Dalam aku dok berehat2 sambil dok layan TV3suku nie terkeluar berita tentang kredit karbon dalam buletin 1.30. Tahun lepas aku ada tengok dalam Discovery Chanel tentang kredit karbon nie, menarik rencana tu tapi aku tak berapa faham sangat. Tapi tu la org kata maklumat di hujung jari anda maka aku pon menggunakan khidmat tok guru google.

Mungkin ramai yang tak tahu apa dia kredit karbon nie. Kredit karbon adalah satu usaha yang diperkenalkan untuk mengurangkan kesan rumah hijau kepada dunia dimana secara konsepnya ia memberikan nilai harga pada karbon dioksida dalam bentuk kredit karbon dan kemudiannya dijual kepada syarikat2.

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi tentang kredit karbon nie, tentu semua masih ingat semasa kita di sekolah dulu cikgu sains ada ajar tentang proses fotosistesis dan kita cuma perlu tumpukan pada gas yang terlibat masa proses tu iaitu tumbuhan memerlukan karbon dioksida untuk buat makanan lepas tu membebaskan oksigen. manakala manusia pulak memerlukan oksigen dan membebaskan karbon dioksida.

Oleh itu dalam konsep kredit karbon ni hutan-hutan akan dianggap macam kilang antiseptic besar-besaran sebab hutan-hutan ni la yang akan menyedut karbon dioksida dalam muka bumi ni dan seterusnya mengurangkan kesan rumah hijau dan membebaskan gas oksigen. Untuk mendapatkan khidmat antiseptic ni kena la bayar memandangkan mereka ni la yang banyak lepaskan karbon dioksida.

Kesan kepada kredit karbon ni adalah:

1)Memberi pendapatan yang lumayan kepada negara yang mempunyai hutan yang luas
Sebab apa aku kata mcm ni? Ok mcm yang aku katakan tadi untuk mendapatkan kredit karbon ni kena la bayar dan dah tentu2 la tuan punya hutan la yang terima duit tu iaitu Negara tersebut.cuba bayangkan berapa luasnya pasaran mereka sehingga dinilaikan trilion USD dan tak mustahil kalau ada negara2 yang akan menjadikan penanaman hutan sebagai aktiviti ekonomi mereka.


2) Mengelakkan penebangan hutan secara berleluasa
Apa yang berlaku pada dunia hari ini adalah lebih banyak faedah supaya menebang hutan berbanding mengekalkannya (dari aspek ekonomi). Boleh buat taman perumahan,jual balak,buat Bandar, buat ladang dan lain2..Selain itu dinegara membangun dan miskin khususnye mereka terpaksa menebang hutan kerana keadaan ekonomi yang terlalu memaksa dan keinginan semulajadi manusia yang ingin memaksimumkan kepuasan. Manakala negara2 maju mendesak negara lain supaya mengekalkan hutan mereka sedangkan mereka sendiri menebang hutan untuk mencapai kemajuan Jadi dengan adanya kredit karbon ni secara teori nya masalah diatas itu akan dapat diatasi sbb tak mustahil negara yang paling banyak hutan adalah negara yang kaya raya dan mampu memberikan keselesaan pada rakyatnya.


3) Menggurangkan kesan rumah hijauIni boleh dijadikan sebab utama mengapa kredit karbon ni diperkenalkan memandangkan peningkatan suhu global yang sangat membimbangkan disebabkan oleh kesan rumah hijau iaitu kesan pencemaran udara akibat penghasilan karbon dioksida oleh kilang-kilang secara berlebihan (karbon dioksida memerangkap suhu dari matahari menyebabkan suhu lebih tinggi sbb tu makin bnyk karbon dioksida makin panas) dan penebangan hutan yang tak terkawal.

Bagi aku kredit karbon nie adalah sesuatu yang sgt subjektif dan perlu dibincangkan dengan lebih dalam lagi bagi mengelakkan ia dimanipulasi pihak2 tertentu sehingga boleh menggagalkan tujuan sebenar ia diwujudkan. Namun begitu semenjak ia diperkenalkan telah mula wujud syarikat2 yang merasakan mereka perlu bertanggungjawab terhadap pencemaran yang mereka lakukan dan mereka membeli kredit karbon ini atas rasa tanggujawab sosial. Mungkin suatu hari nanti akan ada undang2 yang khusus bagi kredit karbon ni yang mewajibkan semua syarikat membeli kredit karbon berdasarkan jumlah pencemaran yang mereka lakukan.


p/s mungkin 10 ke 20 lagi setiap manusia yang nak brnafas kena bayar...sebab dunia kekurangan oksigen..jadi SAYANGILAH HUTAN KITA...

Pokok Mas Cotek

Mas Cotek







Pokok mas cotek atau nama saintifiknya Ficus deltoidea merupakan tumbuhan herba. Selalunya pokok nie tumbuh kat kawasan tinggi ja. Antara khasiatnya boleh meningkatkan tenaga, melancarkan peredaran darah, merawat paru-paru berair, darah tinggi, kencing manis(kencing kawan pokok nie tak leh ubat), lemah jantung, cirit-birit serta boleh jugak mengecutkan rahim bagi kaum wanita.

Hasil kajian yang dibuat Universiti Malaya dan MARDI pokok mas cotek nie mengandungi empat bahan aktif yang diperlukan badan manusia iaitu:-
1. Flavonoid
* Anti-oksida yang kuat bagi membantu mengekalan peredaran darah yang sihat
* Bertindak sebagai anti-radang dan anti-rival
2. Tannis
* Menegangkan tisu yang kendur, mengeringkan perembesan air yang berlebihan (ciri-birit) dan melindungi tisu rosak seperti ekzema atau melecur
3. Triterpenoids
* Membantu membuang serta mengeluarkan kahak dan membantu menyerap nutrient
4. Phenols
* Membantu mengurangkan serta menghilangkan bengkak dan bertindak sebagai antiseptik

Cara penyediaannya mudah ja. Keseluruhan pokok mas cotek nie boleh dijadikan ubat dari akar sampai la ke daun termasuk la buah dia sekali tapi kena la jemok(keringkan) dulu. lepas tu boleh la diminum macam mana kita minum teh...

Jumaat, 10 Jun 2011

Depu@Karas 2

Kayu Kepala Nakok...









Bijih Besi di Kedah

MB Kedah bagi respon pasai Bijih Besi.....

ALOR SETAR - Penemuan beberapa lokasi mengandungi bijih besi di beberapa daerah sekitar negeri ini dijangka mampu menjana sumber pendapatan baru di Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, penemuan galian baru berkenaan dikenal pasti sejak setahun lalu apabila bijih besi itu timbul secara semula jadi di atas permukaan tanah di daerah Sungai Petani dan Kubang Pasu.

"Saya gembira dan bersyukur dengan penemuan ini kerana boleh jana pendapatan negeri. Banyak kawasan dikenal pasti mengandungi bijih besi malah permintaan galian ini juga amat tinggi, terutama dari China," katanya pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.

Menurutnya, buat masa ini operasi mengorek bijih besi belum dilaksanakan, sebaliknya pihaknya sedang meneliti beberapa permohonan daripada beberapa syarikat tempatan untuk mengendalikan projek berkenaan.

"Ramai pelabur berminat untuk melibatkan diri dalam operasi ini, bagaimana pun ianya masih di peringkat perbincangan untuk menilai sebut harga, termasuk nilai keseluruhan galian terbabit.

"Saya sendiri belum mendapat anggaran kawasan terlibat yang mengandungi bijih besi," katanya.

Azizan berkata, pihaknya kini sedang menyenaraipendekkan permohonan daripada pelabur tempatan dan sambutan adalah di luar jangkaan.

"Terdapat di satu lokasi itu seramai enam syarikat memohon, jadi saya kena teliti supaya mereka yang layak dan mampu boleh memohon. Semua tawaran kerja dibuat secara tender terbuka," katanya.

Azizan tidak menolak kemungkinan setelah sekian lama bijih besi berkenaan timbul berikutan Sungai Muda dan Sungai Batu di Lembah Bujang kini semakin cetek, selain tempat itu merupakan bekas tinggalan kilang bijih besi yang diusahakan.

Nota: Hari nie MB dah bagi respon pasai bijih besi. Harap2 akan wujud kuari Batu Maganese kat Kota Aur nie.