Selasa, 24 April 2012

PRESIDEN PAS akan turun demo BERSIH 3.0


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan turun bersama dalam perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

"Parti juga telah mengeluarkan arahan kepada semua ahli untuk turun beramai-ramai ke himpunan tersebut," kata setiausaha akhbarnya Nasaie Ismail.

NONESelain Hadi, pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka mengumumkan kehadirannya ke perhimpunan "duduk bantah" itu dalam masa terdekat.

Dalam kenyataannya hari ini, Nasaie berkata, PAS juga mendesak anggota polis bertindak rasional dengan mengawal dengan baik perhimpunan tersebut.

"Mereka perlu ambil pengajaran (daripada perhimpunan) BERSIH 2.0 yang diprovokasi berlebihan sehingga mendatangkan suasana kecoh yang bukan timbul daripada peserta," katanya.

Ini kerana, kata Nasaie, perjuangan membersihkan pilihan raya melibatkan kepentingan semua pihak, termasuk juga pasukan polis.

Dakwanya, banyak juga anggota keselamatan yang menjadi mangsa seperti tidak dinaikkan pangkat akibat amalam kronisme dan dianiaya akibat tidak melaksanakan agenda politik kerajaan.

"Ini semua disebabkan pemimpin yang buruk tingkah lakunya memerintah negara dan menang pilihan raya dengan jalan yang salah," kata Nasaie lagi.

MyKad ada tarikh luput


JPN perjelas isu 'MyKad' bertarikh luput
Gambar 'Mykad' dengan perkataan "Pemastautin Sementara" dan mempunyai tarikh luput bersebar luas di Internet sejak termuat di Facebook minggu lepas.

Dikatakan dikeluarkan kepada warganegara Burma, perkara itu menimbulkan persoalan sama ada warga asing diberi kerakyatan dan sama ada ia boleh digunakan dalam pilihan raya umum akan datang.

Semakan dengan pangkalan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan pemegang MyKad itu bukan pengundi berdaftar.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagaimanapun menjelaskan hari ini bahawa MyKad ini sebagai versi kad lama pemastautin sementara yang dikeluarkan pada 2001.

"Pada masa itu, kerajaan tidak mempunyai pelbagai jenis kad untuk warganegara, permautautin tetap dan pemastautin sementara," kata JPN dalam kenyataannya kepada Malaysiakini pagi ini.

Mahfuz serah 175 000 nama pengundi diragui kepada Istana..

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini menyerahkan senarai nama lebih 175,000 pengundi yang diragui kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

Menurut Mahfuz (gambar, kiri sekali), senarai itu mengandungi nama pengundi dengan kod kelahiran dengan "angka-angka pelik" dalam kad pengenalan.

NONESelain itu, ia juga melibatkan pengundi yang mempunyai kod kelahiran 71 (kelahiran luar negara) dalam kad pengenalan tetapi bukan berbangsa Melayu, Cina, India atau lain-lain.

"Kedatangan mereka boleh menggugat sistem beraja kerana di negara mereka tidak ada sistem raja berperlembagaan.

"Malah di Nepal juga mereka telah menggulingkan raja mereka sebelum ini," kata anggota parlimen Pokok Sena itu.

Pohon tak perkenan bubar Parlimen
Justeru, beliau menuntut satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

"Kita mohon perkenan ke bawah duli Seri Paduka Baginda untuk membentuk suruhanjaya diraja untuk siasat pemberian kewarganegaraan kepada warga asing," kata Mahfuz.

Penyerahan senarai itu dibuat Mahfuz susulan dakwaan beliau sebelum ini bahawa wujud 'task force' yang beroperasi dari Pejabat Perdana Menteri dan memberikan kewarganegaraan kepada warga asing.

Mengulas penafian Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Omar tentang penglibatannya dalam 'task force' itu, Mahfuz berkata Wan Ahmad hanya menafikan penglibatannya tetapi tidak menafikan kewujudan 'task force' itu sendiri.

Mahfuz juga memohon Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan pembubaran Parlimen sebelum diruhanjaya diraja yang dicadangkan selesai menyiasat dakwaannya.

Beliau turut menggesa agar mereka yang didakwanya terlibat dalam 'task force' itu digantung tugas sehingga siasatan selesai.

sumber