Khamis, 24 Februari 2011

Sira Air Panas - Kuala Labua

Di Tasik Gubir terdapat satu tempat yang dinamakan Sira Air Panas. Air kat sira nie ada yang panas ada yang sejuk. Sira nie menjadi tempat tumpuan binatang2 seperti gajah, rusa, tapir, kijang, pelanduk bermain. Mungkin jugak binatang2 nie suka mandi air panas(agak2 aku je la). perjalanan ke tempat nie, kalau dari pengkalan gubir memakan masa lebih kurang 1 jam setengah.

kat sini airnya ada yang panas ada yang sejuk..

yang kat sini airnya panas tak ada yang sejuk...kalu letak telor ayam, setengah minit dah boleh makan.

yang nampak putih2 tu, air kat situ panas..bawah pada tu sejuk boleh mandi lagi..









Isnin, 7 Februari 2011

Mee Segera...!!!!!!!




Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

p/s lepas nie sapa2 yang suka makan mee segera mungkin boleh berfikir 2,3 kali untuk memakannya.