RCI, SEHEBAT EPIK MERONG MAHAWANGSA?

Oleh : MUTALIB M.D
FILEM
epik Merong Mahawangsa yang menelan belanja RM8 juta tidak sehebat
Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) yang bakal diumumkan oleh Perdana
Menteri dalam masa terdekat kerana memerlukan kos berbilion ringgit
disebabkan isu kerakyatan songsang sudah berakar umbi; serumit
pendedahan Sabahkini.net berhubung Epik Arsad Bin Haji Alwi pada kali
ini.
Arsad
Bin Haji Alwi, adalah salah seorang daripada puluhan ribu warga asing
tanpa izin (PATI) yang telah menyerap dalam perkhidmatan kerajaan dan
telah diterima secara sah melalui proses asimilasi dan terlepas tapisan
keselamatan serta kuat kuasa undang-undang.
Mengikut
siasatan Sabahkini.net, Arsad yang tidak mempunyai sijil lahir atau
MyKad telah berjaya memaksa rakyat Sabah membayar semua kos pelajarannya
sejak sekolah rendah sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Kepujian) daripada Universiti Sains Malaysia (USM).
Lebih
membanggakan, ketika ramai graduan Sabah masih menganggur, Kementerian
Pelajaran Malaysia kini melantik Arsad sebagai Guru yang berjawatan
Penolong Kanan HEM Skel hakiki DG 44 secara Tetap dan Berpencen di SMK
Balung, Tawau dengan gaji kasar RM5,963.68 sebulan.


Mengikut
rekod perkhidmatannya, Arsad mula bertugas di SMK Kunak pada 1
September 1994 sehingga 1 Januari 1999 sebelum berpindah ke SMK Balung
mulai 1 Januari 1999 sehingga 16 Disember 2006; kemudian ke SMK Pasir
Putih pada 12 Disember 2006 sehingga 1 Jun 2009 sebelum kembali ke SMK
Balung bermula 1 Jun 2009 sehingga kini.
Persoalan
yang menarik untuk dikaji oleh 222 Ahli Parlimen Malaysia dan 65
Senator yang menggubal Akta Pendaftaran Negara 1959, bagaimana Arsad
boleh dilantik ke Perkhidmatan Awam tanpa tapisan keselamatan; sedangkan
mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara kad pengenalan yang
digunakan oleh Arsad iaitu H0740273 milik A Ramlee @ Ramli Bin Rasim,
seorang penduduk Asal Sabah berketurunan Bajau dari Kg Kuala Abai,
Kulambai, Usukan, Kota Belud.
A
Ramlee telah tiga kali membuat penukaran kad pengenalan dan kali
terakhir mengambil Mykadnya, 700710-12-5439 pada 21 Januari 2012;
berbanding Arsad yang masih menggunakan Kad Pengenalan Lama bernombor
H0740273.

Tambah
menarik untuk dikaji bagaimana Akauntan Negara Malaysia boleh membuat
potongan gaji Arsad untuk membayar Cukai Pendapatan (SG07356629021),
KWSP (61135871) dan Bank Simpanan Nasional meluluskan pembukaan akaun
bank Arsad jika kad pengenalannya TIDAK SAH?
Maklumat Semakan Sabahkini.net, berikut Biodata Arsad Bin Alawi;
1. Nama : ARSAD BIN ALWI
2. Jantina : Lelaki
3. Tarikh lahir & Tempat Lahir : 07 JULAI 1970 - Sijil Lahir tiada
4. No. Kad Pengenalan : H 0740273
5. No. Fail SPP : JP (SB) D1–04/3699
6. No. Cukai Pendapatan : SG 07356629021
7. No. KWSP : 61135871
8. Jawatan/Gred : Penolong Kanan HEM, DG 44
9. Tarikh mula berkhidmat : 01.09.1994
10. Lantikan pertama : 01.09.1994
11. Pengesahan Dalam Perkhidmatan (Lantikan pertama) : 01.09.1997
12. Tarikh Masuk ke Jawatan Berpencen : 01. 09. 1994
13. Alamat Tempat Kerja : SMK Balung, P.S. 60070, 91010 Tawau. Sabah.
14. No. Tel. H/S : 013 85878320
15. No. Tel. Sekolah : 089 951032
16. Fax Sekolah : 089 951160
17. Alamat Rumah : Tempat Tinggal sekarang : Rumah Guru, SMK Balung, P.S. 60070, 91010 Tawau. Sabah.
Alamat lain tempat tinggal sekarang
i. Kg. Baru Pasir Putih, Tawau.
ii. Kg. Getah Baru Kunak.
Agak
menarik juga, semakan atas talian Rekod Perkhidmatan Kementerian
Pelajaran Malaysia mendapati rekod Arsad Haji Alwi seperti berikut;

Sebelum ini penulis telah mendedahkan kes PATI mendapati ijazah daripada Universiti Malaysia Sabah melalui artikel bertajuk 'UMS Untuk Siapa'?