Jumaat, 12 Jun 2009

SEMANGAT ‘ UNITY GOVERNMENT ‘

01- Nas : i) Ani'budullah wajtanibut thoghut ( Beriman dgn Allah dan menjauhi thoghut ) … Al Qur'an .

ii) Amal ma'ruf nahi mungkar ( Menyeru kepad kebaikan dan mencegah kemungkaran) asas perpaduan … sumber Al Qur'an .
iii) Tegakkan agama ( Ad-deen ) dan memerintah dunia dengannya kerna Islamu yaklu wala yakla alaiah

02 – Pembelajaran mata pelajaran matematik dan sains menggunakan Bahasa Pengantar Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu ) sebagaimana peruntukan yang sediada dalam perlembagaan di samping memberikan kebebasan kepada Bahasa lain digunapakai .

03- 'Air Time' yang relevent dan sekukupnya diberikan kepada semua parti politik yang bertanding pilihanraya di dalam RTM melalui Ketua-Ketua parti menyatakan dasar,agenda dan manifesto parti masing-masing secara adil dan saksama kerna RTM bukan milik mana-mana parti dan pembayar cukai kepada kerajaan berhak untuk mendapat maklumat daripada semua pihak dengan maklumat yang jelas , betul dan tepat daripada mulut ketua-ketua parti yang bertanding bukan daripada mulut parti lawan yang disogokkan dan yang dipaksakan.dengan fakta fitnah dan pembohongan.

04- 'Air Time' yang releven dan adil untuk semua ketua-ketua kerajaan negeri iaitu MB dan Ketua Menteri untuk menyatakan dasar-dasar kerajaan Negeri masing-masing untuk di nilai dan di justifikasi oleh rakyat kemudian secara adil melalui peti undi. Penghapusan JKKKP(Persekutuan); Hapuskan 'kerajaan dalam kerajaan' mengikut PRINSIP FEDERALISMA yang menghormati wibawa dan prerogatif MB.

05- Siaran langsung keseluruhan sidang Parliamen dan Dewan Undangan Negeri dan siaran ulangan sepenuhnya tanpa sebarang'censorship' supaya rakyat bisa saksi siapa yang tidur , siapa yang bekerja dan layak sebagai wakil rakyat mereka.

06- Untuk menghapuskan sebarang keraguan ke atas SPR dan ketelusan serta ketulusan semua pihak; CHAP JARI ( DAKWAT ) digunapakai, semasa mengundi jika semua pihak jujur untuk hapuskan 'Pengundi Hantu" , penghapusan UNDI POS TENTERA dan pendaftaran pengundi yang cukup umur dan layak secara " ON-LINE'

07- Majlis Syura Ulamak Negara yang bebas dariapada belenggu mana-mana parti politik yang terdiri daripada golongan ulama', profesyenal, dan pakar-pakar seperti jurutera, hakim, doktor , peguam, intelektual , professor, saintis, researcher dsb yang diketuai oleh Mursyidul Am yang bertindak sebagai ketua AL HISBAH yang bertanggungjawab langsung kepada Parliamen( DYMM AGONG ) bukan kepada PM atau Kabinet selaku PENGAWAL SELIA NEGARA ke atas perjalanan pemerintahan berjalan secara telus, tiada salahgunakan kuasa, nepotisma, kronisma, korupsi dan penyelewengan dengan menerapkan nilai -nilai sejagat dan universal sebagaimana yang dituntut dan diperintahkan di dalam KITABULLAH DAN ASSUNNAH sebagai ASAS FUNDAMENTAL yang ternyata cukup sesuai dengan FITRAH semulajadi kejadian manusia. ISLAM UNTUK SEMUA ( RAHMATAN LIL ALAMIN ) tanpa mengira kaum, ras, etnik, agama, ideologi dan pegangan ; JUSTICE 4 ALL insya Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan