Panas sungguh hari nie, mungkin sebab pemanasan global gamaknya. Dalam aku dok berehat2 sambil dok layan TV3suku nie terkeluar berita tentang kredit karbon dalam buletin 1.30. Tahun lepas aku ada tengok dalam Discovery Chanel tentang kredit karbon nie, menarik rencana tu tapi aku tak berapa faham sangat. Tapi tu la org kata maklumat di hujung jari anda maka aku pon menggunakan khidmat tok guru google.

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi tentang kredit karbon nie, tentu semua masih ingat semasa kita di sekolah dulu cikgu sains ada ajar tentang proses fotosistesis dan kita cuma perlu tumpukan pada gas yang terlibat masa proses tu iaitu tumbuhan memerlukan karbon dioksida untuk buat makanan lepas tu membebaskan oksigen. manakala manusia pulak memerlukan oksigen dan membebaskan karbon dioksida.
Oleh itu dalam konsep kredit karbon ni hutan-hutan akan dianggap macam kilang antiseptic besar-besaran sebab hutan-hutan ni la yang akan menyedut karbon dioksida dalam muka bumi ni dan seterusnya mengurangkan kesan rumah hijau dan membebaskan gas oksigen. Untuk mendapatkan khidmat antiseptic ni kena la bayar memandangkan mereka ni la yang banyak lepaskan karbon dioksida.
Kesan kepada kredit karbon ni adalah:

Sebab apa aku kata mcm ni? Ok mcm yang aku katakan tadi untuk mendapatkan kredit karbon ni kena la bayar dan dah tentu2 la tuan punya hutan la yang terima duit tu iaitu Negara tersebut.cuba bayangkan berapa luasnya pasaran mereka sehingga dinilaikan trilion USD dan tak mustahil kalau ada negara2 yang akan menjadikan penanaman hutan sebagai aktiviti ekonomi mereka.

Apa yang berlaku pada dunia hari ini adalah lebih banyak faedah supaya menebang hutan berbanding mengekalkannya (dari aspek ekonomi). Boleh buat taman perumahan,jual balak,buat Bandar, buat ladang dan lain2..Selain itu dinegara membangun dan miskin khususnye mereka terpaksa menebang hutan kerana keadaan ekonomi yang terlalu memaksa dan keinginan semulajadi manusia yang ingin memaksimumkan kepuasan. Manakala negara2 maju mendesak negara lain supaya mengekalkan hutan mereka sedangkan mereka sendiri menebang hutan untuk mencapai kemajuan Jadi dengan adanya kredit karbon ni secara teori nya masalah diatas itu akan dapat diatasi sbb tak mustahil negara yang paling banyak hutan adalah negara yang kaya raya dan mampu memberikan keselesaan pada rakyatnya.


Bagi aku kredit karbon nie adalah sesuatu yang sgt subjektif dan perlu dibincangkan dengan lebih dalam lagi bagi mengelakkan ia dimanipulasi pihak2 tertentu sehingga boleh menggagalkan tujuan sebenar ia diwujudkan. Namun begitu semenjak ia diperkenalkan telah mula wujud syarikat2 yang merasakan mereka perlu bertanggungjawab terhadap pencemaran yang mereka lakukan dan mereka membeli kredit karbon ini atas rasa tanggujawab sosial. Mungkin suatu hari nanti akan ada undang2 yang khusus bagi kredit karbon ni yang mewajibkan semua syarikat membeli kredit karbon berdasarkan jumlah pencemaran yang mereka lakukan.
Sumber:wikipedia n angin petang
p/s mungkin 10 ke 20 lagi setiap manusia yang nak brnafas kena bayar...sebab dunia kekurangan oksigen..jadi SAYANGILAH HUTAN KITA...