Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini menyerahkan senarai nama
lebih 175,000 pengundi yang diragui kepada Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad.
Menurut Mahfuz (gambar,
kiri sekali), senarai itu mengandungi nama pengundi dengan kod kelahiran
dengan "angka-angka pelik" dalam kad pengenalan.
Selain
itu, ia juga melibatkan pengundi yang mempunyai kod kelahiran 71
(kelahiran luar negara) dalam kad pengenalan tetapi bukan berbangsa
Melayu, Cina, India atau lain-lain.
"Kedatangan mereka boleh menggugat sistem beraja kerana di negara mereka tidak ada sistem raja berperlembagaan.
"Malah di Nepal juga mereka telah menggulingkan raja mereka sebelum ini," kata anggota parlimen Pokok Sena itu.
Pohon tak perkenan bubar Parlimen
Justeru, beliau menuntut satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.
"Kita
mohon perkenan ke bawah duli Seri Paduka Baginda untuk membentuk
suruhanjaya diraja untuk siasat pemberian kewarganegaraan kepada warga
asing," kata Mahfuz.
Penyerahan senarai itu dibuat Mahfuz susulan
dakwaan beliau sebelum ini bahawa wujud 'task force' yang beroperasi
dari Pejabat Perdana Menteri dan memberikan kewarganegaraan kepada warga
asing.
Mengulas penafian Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad
Omar tentang penglibatannya dalam 'task force' itu, Mahfuz berkata Wan
Ahmad hanya menafikan penglibatannya tetapi tidak menafikan kewujudan
'task force' itu sendiri.
Mahfuz juga memohon Yang di-Pertuan
Agong tidak memperkenankan pembubaran Parlimen sebelum diruhanjaya
diraja yang dicadangkan selesai menyiasat dakwaannya.
Beliau turut menggesa agar mereka yang didakwanya terlibat dalam 'task force' itu digantung tugas sehingga siasatan selesai.
sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan