Isnin, 15 Februari 2010

Manusia lebih zalim daripada binatang.......

Anda perhatikan gambar2 nie..
kemana hilangnya sifat kemanusiaan..
Jika anda salah sorang yang melakukannya
BERTAUBATLAH......




Demi Allah, sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami kepada umat-umat sebelum kamu, tetapi syaitan menjadikan umat-umat itu memandang baik perbuatan mereka (yang buruk), maka syaitan menjadi pemimpin mereka di hari itu dan bagi mereka azab yang sangat pedih. (An-Nahl :63)














BAKAR BAYI MACAM BAKAR ROKOK


Bila berlaku satu peristiwa yang menggemparkan iaitu kes buang dan bakar bayi semalam, maka beberapa orang tertentu yang berpengaruh mengeluarkan kenyataan untuk bekerjasama membendung kejadian ini.

Iaitu untuk membendung supaya kes buang dan bakar seperti ini tidak berulang lagi. Kes buang bayi ini bukan sikit, saya percaya banyak berlaku di setiap negeri, cuma saya tak tahu statistik yang tepat saja. Saya percaya, banyak juga kes buang bayi ini tidak diketahui kerana orang yang melakukannya berjaya melakukannya dengan selamat.

Bagaimana nak bendung masalah buang bayi ? Pada saya, bukannya kita nak cegah buang bayi saja. Kalau cegah buang bayi saja, mungkin kita minta pihak berkuasa atau sukarelawan jaga tong sampah, selongkar tong sampah dan halang orang buang bayi dalam tong sampah. Kalau orang bakar tong sampah, lagi kita halang takut-takut ada bayi dalam tong tu. Pada saya, kalau nak jaga tong sampah, ini kerja kelakar macam kerja pengutip sampah.

Cegahlah Zina Pada Peringkat Awal
Pada saya, kita kena cegah zina itu diperingkat awal iaitu benteras ruang-ruang untuk orang ramai melakukan maksiat. Jangan tunggu sampai gadis kita dah 'kembung' tiada gunanya. Zina tak bermula dengan zina terus, tetapi ada permulaannya atau ringan-ringannya, kemudian barulah berat-beratnya. Permulaan itu apa ?

Mula dengan berkenalan lelaki perempuan, kemudian keluar bersama, kemudian pegang-pegang, kemudian cium-cium, raba-raba, kemudian romen-romen, kemudian mulalah berani masuk hotel atau rumah, maka barulah zina berlaku. Zina tak akan terus jumpa terus zina.

Bahan lucah

Sekarang amat mudah memiliki VCD atau DVD lucah. Di Johor Bahru dan bandar lain seperti Kuala Lumpur, senang saja nak dapat. Malah kalau kita pergi ke pusat beli belah tertentu, kalau kita tak tahu pun akan jadi tahu, kerana kita ditawarkan oleh penjual. Tindakan demi tindakan oleh pihak berkuasa seolah-olah tidak menjadi ketakutan kepada penjual ini. Sekarang, kedai jual telefon bimbit, bukan hanya jual telefon dan 'top up', tapi banyak juga yang jual video lucah.

Dengan bayaran serendah RM 10, kita boleh dapat video lucah Melayu percuma yang boleh dimasukkan dalam telefon bimbit kita. Kalau telefon kita tak boleh masuk video, penjual akan tawarkan kita telefon yang boleh masuk video atau dia jual memori card yang lebih besar. Sebuah kedai jual 100 klip video lucah dengan bayaran RM 50, penjual hanya perlu masa tak sampai 5 minit untuk masukkan video itu dalam telefon bimbit kita.

Kalau beli telefon baru, penjual akan menawarkan video baik itu secara percuma saja. Saya tahu sebab saya sendiri, nak tahu cerita lanjut, dengarlah ceramah saya dalam blog saya. Ini bukan cerita rekaan, itu pengalaman kisah benar saya.

Apa kaitan bahan lucah ini dengan buang anak ? Lu fikirlah sendiri apa kaitannya. Bila sudah teransang melihat video ini, maka timbul keinginan. Lebih dahsyat lagi, kalau mereka sendiri yang berzina dan buat video sendiri, kemudian menjualnya ke kedai telefon dengan bayaran tertentu. Semua video tadi, bukannya video dari luar, tapi semuanya Melayu termasuk budak sekolah yang masih berpakaian sekolah, buat kerja tak senonoh ini.

Arak Ibu Segala Maksiat
Senangnya nak dapat arak, di kedai 24 jam pun ada jual, tak payah nak pegi kelab malam. Bila minum arak, disertai dengan pergaulan bebas, maka perzinaan mudah berlaku. Kalau pergi ke kelab malam (saya dah biasa sangat masuk kelab malam), minum arak pasti disertai pergaulan bebas lelaki dan perempuan. Bermula di kelab malam itu mereka kenal dan bergaul bebas, kemudian disambung pula dengan masuk hotel berdua atau rumah sewa.

Pusat Hiburan Penggalak Maksiat Terbesar

Sekarang ini, kelab malam, disco dan karaoke yang ada arak, muzik dan wanita GRO ini bersepah-sepah dan perniagaannya bagus gitu, ikut bahasa Indon. Sebabnya kerana orang kita yang memberi sokongan. Pukul berapa kelab malam ini tutup ? Jam 12 atau 1 pagi ?

Kalau anda ronda-ronda di bandar Johor Bahru (dan bandar lain), hampir tak ada kelab malam yang tutup jam 1 pagi, yang tutupnya hanya pintu luar. Yang dalam sedang hangat beroperasi. Jam 1 pagi, makin ramai orang mula datang. Maka banyak juga yang tutup bila tiba waktu subuh. Ini saya bukan buat cerita menipu, tak percaya, sila tengok sendiri. Malang sekali, pusat hiburan ini tidak diambil tindakan sewajarnya.

Ikhlaskah kita Membenteras Maksiat ?

Kesimpulan saya, bukanlah suatu yang tepat kalau kita nak bendung kes buang anak bila dah termengandung. Tetapi benteraslah dari awalnya dari sekecil-kecil punca hinggalah sebesar-besarnya. Hari ini kes berlaku kepada orang lain, jangan suatu hari nanti berlaku kepada keluarga kita sendiri. (sumber)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan