Kenali siapa Latife Uşşaki..First Lady..
Latife Uşşaki (1898-1975)
Siapa Latifah?Boleh dikatakan ramai yang tidak pernah mendengar nama
ini.Namun jika kita sebut nama ini;Mustapha Kemal Pasha atau Kamal
Attaturk,pasti kebanyakan kita sedia maklum.
Beliau adalah
isteri kepada pemimpin sekular Turki tersebut yang juga bertanggungjawab
menggulingkan pemerintahan lebih 6 abad Empayar Uthhmaniyyah di
Anatolia dan sebahagian Eropah.
Sebelum berkahwin dengan Kamal Attaturk,Latifa adalah seorang wanita Islam yang memakai tudung.
Mereka berkahwin pada tahun 1923.Terpengaruh dengan aura sekularisasi
oleh suaminya dan mengalami kejutan budaya oleh gerakan emansipasi
wanita,maka Latifa tergamak membuang hijab dan tudung yang selama ini
dipakai dan tak cukup dengan itu Latifa menggalakkan wanita Turki
membuang tudung bersama-sama.
Berperang dengan hukum Tuhan yang
menciptakan sekecil-kecil quark dan sebesar-besar Proxima Centauri
adalah harga mati.Akibatnya ialah fatal.
Latifa diceraikan 2 tahun kemudian.Sangat singkat untuk Latifa berada di puncak kekuasaan sebagai First Lady.
Maka aksi-aksinya membuang tudung amat memalukan dirinya dan membuatkan
dirinya begitu hipokrit terhadap Tuhan yang menciptakan wanita seperti
dirinya.
Ada sebab tudung dan hijab diperintahkan wanita untuk
dipakai.Tuhan bukan main-main dalam soal ini.Pernahkah Tuhan
bermain-main dalam mencipta alam semesta?
Selepas
diceraikan,Latifa mengasingkan diri di Izmir dan Istanbul dan hidup
seolah-olah dalam buangan dan mengelakkan diri dari hubungan luar
sehingga akhir hayatnya.
Itu baru bab tudung...jika bab HUKUM ALLAH?
Kita sudah maklum hukuman Tuhan kepada Kamal Attaturk.Mayatnya masih
dihimpit batu-batu granit 42 ton di Anitkabir,Ankara...bukan ditanam
sebab bumi Tuhan tidak menerima mayatnya.
Bila bumi tak terima mayat,rumah macam resort harga 3juta pun tak berguna.Tanah,saham,perniagaan dah macam sampah dan bangkai.
Sebab itu siapa yang mengatakan hukum Tuhan di dalam AlQuran tidak
sesuai dijalankan sebab masyarakat majmuklah atau sebab zaman yang
berbezalah maka persiapkan diri untuk 'berperang dengan Tuhan'.
Saya nak ajar pemimpin-pemimpin Umno yang serba salah dalam menjawab
soalan pasal Hudud ni.Lain kali kalau wartawan tanya kenapa tak jalankan
hukum Islam/Hudud?
Jawab macam ni: "Iman saya lemah nak jalankan ia buat masa sekarang".
atau,"Saya ingin buat tapi masih tak mampu lagi,saya berharap Allah swt
bagi saya kekuatan untuk saya laksanakan hukum Dia pada masa akan
datang"
bukannya,"hukum Hudud tak sesuai dijalankan di Malaysia"
atau,"saya akui ia hukum Allah tapi buat masa ini ia belum lagi sesuai untuk masyarakat majmuk macam Malaysia"
Siapa yang tentukan ia sesuai atau tak?Tuhan atau anda?
Ingat,jawapan anda disaksikan malaikat.Ini bukan main-main.Hukum dalam
AlQuran bukan main-main.Allah swt ciptakan susunan kromosom dalam DNA
tak main-main.Tanya ahli biologi.Allah swt ciptakan susunan petala dalam
peringkat elektron pun bukan main-main,tanya ahli kimia.Allah swt
ciptakan jumlah tenaga yang terlepas dalam satu diskret dalam kuantum
mekanik sesuatu juzuk pun bukan main-main.Tanyalah pakar Fizik.
Kita yang yang mengeluh bila sakit perut nak ke tandas ni boleh
main-main dengan hukum Allah Yang Maha Perkasa?I wonder hear this.
Tidak mustahil ini kali terakhir Datin Rosmah jadi "First Lady".Sakit
kalau dah jatuh terduduk.Orang dah tak pandang kita.Kita tiada kuasa
dah.Musuh-musuh kita tunggu masa nak makan kita yang dah jatuh ni.Masa
ni baru nak ingat Tuhan.Confirm...masa susah baru nak ingat sejadah.
~Srikandi
Master of PoliticalPuppet
Tiada ulasan:
Catat Ulasan