REALPOLITIK
Ludwig
von Rochau,seorang penulis dan ahli politik Jerman dalam bukunya yang
terbit tahun 1853 menyebutkan kepentingan kuasa dalam politik.Memegang
kuasa dalam politik adalah tujuan utama mengatasi yang lain hatta
soal-soal moraliti dan kemanusiaan.
Inilah politik yang sebenar.Realpolitik.Ini adalah istilah Jerman,sebab itu bukan ditulis sebagai,realpolitics.
Untuk itu pasti akan ada instrumen Machiavelli.
Apa itu?Matlamat menghalalkan cara.
Matlamat PR untuk jatuhkan UMNO dahulu baru pergi ke soal pembahagian
kuasa antara 3 parti itu adalah realpolitik.Sebab para realpolitiker
tahu pentingnya memegang kuasa.Power is everything.
Tapi UMNO adalah Machiavelli.
Contoh lain realpolitik ialah ABU (Asal Bukan UMNO)
Sebab itu politik Malaysia adalah menarik dramanya.
UMNO dikatakan menjaga kepentingan Melayu dan jika jatuh dibimbangi Melayu akan musnah.Ini utopia UMNO.
Tapi dilema rakyat ialah para pemimpin UMNO yang jadi penyangak duit
rakyat.Bila di atas mereka merompak duit rakyat sedikit demi sedikit.Ini
realiti dan jadi cult dalam budaya UMNO.
Memang ada yang jujur.Tapi lama-lama mereka tentu banyak belajar dari senior mereka.
Mastermind PR ialah DS Anwar Ibrahim.Beliau pasti akan buat realpolitik sebab UMNO sudah menzalimi segenap kehidupannya.
UMNO merompak duit rakyat melalui Petronas dan ini memang umum.
Persoalannya,jika rakyat Melayu jatuhkan UMNO,adakah mereka bakal duduk bawah realpolitiker bangsa lain?
Selepas DS Anwar,tiada lagi realpolitiker yang berwibawa.
Tapi sekarang UMNO akan jadi Machiavelli paling taksub.
Manakan tidak,jika mereka jatuh,mereka akan jadi pembangkang dan akan
dikeji dan dihina.Dosa-dosa mereka akan terpalit diwajah sendiri.
Tapi dalam UMNO memang ramai Machiavelli.
Bagi saya,realpolitik ialah semata-mata kerana wang.Untuk memenuhkan
majlis UMNO,mereka terpaksa bayar wang kepada orang ramai untuk hadir
program mereka,ini umum.
Tun Mahathir contoh realpolitiker yang
tahu menggunakan asas Machiavelli.Sebab siapa yang master dalam
realpolitik kena tahu buat Machiavelli.
Tapi sejarah
realpolitik selalu berakhir dengan 'chaos'.Sebab manusia diciptakan
bersama moraliti dan emosi kemanusiaan.Power is not everything.Macam
wang,ada orang kata memang wang bukan segalanya tapi anda perlukan wang
untuk dapatkan segalanya itu.You wrong.Wang tetap tidak boleh beli
segalanya.Ia boleh beli perkara-perkara tertentu sahaja.
Dan para Machiavelli juga dalam sejarah...selalu mendapat karma mereka.
So...beware politicians...
~Srikandi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan