Catatan Pengalaman Seorang Penjawat Awan P-125 Putrajaya
"Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas peluang dan kesempatan yang diberi kepada saya sekeluarga menghadiri
sesi ceramah politik oleh Pakatan Rakyat amnya dan PAS khasnya yang
berlangsung di Presint 3, Putrajaya. Terima kasih kepada pihak JPA yang
membenarkan penjawat awam untuk hadir ke acara demikian bagi memberi
peluang kepada kami membuat penilaian sebelum memangkah pada Pilihanraya
ke-13, 5 Mei 2013 nanti.
Berikut merupakan sebahagian
kesimpulan yang dapat saya rumuskan sebagai seorang rakyat marhaen yang
pertama kali hadir ke sesi penerangan oleh parti bukan kerajaan yang
belum memerintah.
1. Sikap kesemua anak-anak muda yang saya
temui amat menginsafkan saya. Waktu kami baru sampai sebaik meletakkan
kereta di bahu jalan, tiba sekumpulan konvoi bermotor yang memegang
bendera PAS dan PKR dalam keadaan yang aman.
Mereka sama2
meletakkan motorsikal dalam keadaan tersusun dalam suasana yang sungguh
tertib, tiada hiruk pikuk atau jerit pekik sebelum mereka mengambil
gambar bersama bendera parti masing2. Saya, suami dan anak2 terkedu...
Cara berpakaian dan adab anak2 muda dan orang ramai yang hadir juga
amat menyejukkan mata dan hati yang memandang. Semuanya dalam keadaan
tenang dan mengukir senyuman.
Terdapat sekumpulan anak2 muda
yang bertugas sebagai sukarelawan yang memakai vest Unit Amal yang
tugasnya mengutip sampah sarap yang tertinggal di kawasan ceramah.
Saya masih ingat, sebelum sempat pengacara mengingatkan supaya hadirin
tidak meninggalkan sebarang sampah di kawasan ceramah semasa sesi
berakhir, beberapa orang hadirin sudah mula mengingatkan ahli keluarga
supaya mengutip sampah dan bersihkan tempat duduk sebelum beredar.
2. Tiada sebarang kata-kata kesat, caci maki atau fitnah yang
dikeluarkan sepanjang majlis oleh kesemua penceramah. Ini sangat jauh
berbeza dengan apa yang sering dipaparkan di tv arus perdana yang sering
mengatakan pihak mereka ini suka menyebarkan fitnah dan
menakut-nakutkan orang ramai.
Semua kenyataan yang diberikan
contohnya mengenai hutang adalah berdasarkan fakta. Mereka lebih banyak
menyatakan tawaran dan perubahan yang akan ditawarkan kepada rakyat dan
penjawat awam khasnya jika diizinkan Allah untuk memerintah.
Antara yang saya ingat selain dari pembinaan maahad tahfiz sains dan bonus empat bulan (penjawat awam):
i. Rumah kuaters yang diduduki akan ditawarkan secara sewa beli dan boleh menjadi hak milik penjawat awam.
ii. Pinjaman kenderaan dan perumahan sebanyak 4% akan dihapuskan sebagai mana yang dibuat di negeri Kelantan.
iii. Lebih banyak program keagamaan dan berbentuk kekeluargaan berlandaskan syarak akan diadakan di Putrajaya.
3. Ramai hadirin yang hadir bersama keluarga dan membawa sekali anak2
yang masih kecil dan berpiknik di sana. Menurut laporan, kehadiran
dianggarkan seramai 20,000 orang bukan sahaja dari Putrajaya, malahan
kawasan sekitarnya. Suasana pada malam itu meleset daripada apa yang
saya jangkakan. Pada anggapan saya, sudah tentu akan berpeluh dan panas
kerana orang yang ramai. Tetapi alhamdulillah kuasa Allah suasana terasa
nyaman dan mendamaikan walaupun dalam suasana berpuluh ribu manusia.
Ada hujan rintik2 sekejap tapi tidak ada seorang pun yang berganjak bila
hujan turun.
4. Sebelum majlis dimulakan, lagu qasidah
dipasang untuk diperdengarkan. Sebelum dan sesudah majlis diiringi
dengan doa dan menyerahkan segalanya kepada Allah.
5.
Alhamdulillah anak2 tidak banyak meragam dan masing2 tidur sendiri bila
mengantuk. Keberkatan dan aura dalam majlis bersama ulama menjadikan
suasana di situ tidak dapat saya gambarkan dengan kata2.
6.
Sejak kecil lagi saya mengimpikan suasana dan kehidupan sebegini yang
menjadikan ulama sebagai ikutan dan Al-Quran dan hadith sebagai panduan
tidak kira parti mana yang memerintah. Semoga Allah perkenankan impian
hamba yang lemah lagi hina ini..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan